Ahad, 1 Ogos 2010

Taman Pantun : Lokaliti menyerlah

 Taman Pantun adalah  salah satu kawasan bersejarah yang dimiliki sepenuhnya oleh UKM. Taman ini pada asalnya merupakan tapak bekas kampung tradisional yang pernah di huni oleh sebuah unit perkampungan yang berpenduduk kurang padat.
  Oleh kerana perancangan pembangunan sebuah Universiti pada awal 1960-an, kawasan ini terpaksa dikosongkan oleh penduduk-penduduk kampung dan oleh itu, kawasan ini dijaga sepenuhnya oleh pihak UKM.
Istana Lama di Taman Pantun, UKM
  Tujuan Taman pantun ini ditulis bukanlah sekadar mahu memperkenalkan tempat menarik di UKM  ini, tetapi lebih kepada tugasan Kerjalapangan di taman ini. Lebih kepada kawasan dusun buah-buahan, kawasan ini merupakan lokaliti pertama untuk subjek teknik pemetaan Geologi, yang mana kawasan ini asalnya merupakan alur sungai yang berdelta (Sungai Langat)yang mengalir di kawasan ini suatu masa dahulu.
 Dr. Zaiton sedang memberi penerangan berkenaan Peta Dasar dan maklumat yang perlu diisi
  Peta dasar Taman pantun pada hari pertama kedatangan ke kawasan ini dilukis dan disiapkan dalam makmal peta, bangunan Geologi. Peta dasar diukur berdasarkan langkah yang dikira sebelum itu, yang mana jarak yang diukur akan di tukarkan menjadi sebuah kawasan yang mempunyai arah ke utara.
keperluan semasa melukis peta dasar dan peta topografi.
   Subjek pemetaan secara kasar dilihat lebih berguna untuk bakal-bakal geologist yang mampu menggunakan ilmu ini semasa bekerja dilapangan, yang mana terpaksa malalui hutan-hutan yang tebal dan semak samun yang boleh kepada kesesatan. Satu lagi, Subjek ini bolehlah lebih berpihak kepada kaum lelaki kerana  ianya cukup mengerah tenaga dan memerlukan kekuatan yang optimum untuk terus bergerak menyiapkan peta dasar.
Memenatkan dan melenguhkan semasa bekerja, tapi apa nak buat...
   Secara peribadi, teknik pemetaan sangat menarik walaupun terpaksa meredah semak samun yang kita tidak ketahui apa yang ada didalamnya. Subjek ini memerlukan ketelitian yang tinggi untuk menyiapkan data yang lengkap di dalam sesuatu peta Topografi.Semoga semua pelajar Geologi, UKM sesi 2009/2010 dapat bertahan dan tidak gentar dalam manghadapi cabaran ini. Ini juga untuk kebaikan kita bersama dan berguna suatu hari nanti.

Peta Topografi

3 ulasan:

  1. hi sy junior awak and taman pantun adalah mapping terakhir kami. batch bawah dah xde mapping disini dsbbkan Dr zaiton dah bersara..

    BalasPadam
  2. hi sy junior awak and taman pantun adalah mapping terakhir kami. batch bawah dah xde mapping disini dsbbkan Dr zaiton dah bersara..

    BalasPadam
  3. hi sy junior awak and taman pantun adalah mapping terakhir kami. batch bawah dah xde mapping disini dsbbkan Dr zaiton dah bersara..

    BalasPadam