Ahad, 16 November 2014

Ekspedisi Gagau- Menjejak Dinosaur 2014 Berjaya, Dinosaur berusia Jura-Kapur Pernah Wujud di Terengganu?

Di ucapkan selamat datang kepada 'Rakyat Malaysia yang Hilang' 65 Juta Tahun Lampau.

Gambar menunjukkan jejak kaki Sauropod yang terfosil pada singkapan batuan. - Gambar Berita Harian.

Sejarah Sains Malaysia tercipta. Awal hari ini (16 Novermber 2014), satu sidang media yang diadakan di Kuala Terengganu yang melibatkan sekumpulan penyelidik dan pensyarah beberapa universiti tempatan mengenai penemuan fosil dinosaur termasuklah bekas tapak kaki, tulang serta gigi di Gunung Gagau, Hulu Terengganu dalam satu Ekspedisi Gagau- Menjejak Dinosaur 2014.

Ekspedisi Gagau- Menjejak Dinosaur 2014 yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Geologi (KWG) yang dianggotai oleh pensyarah dan penyelidik beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu dijalanka pada 13 hingga 23 Oktober 2014 lalu.

Ekspedisi itu disertai persyarah dan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti PETRONAS dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Gambar menunjukkan Iguanodron. gambar Berita Harian.

Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 itu telah membawa kepada penemuan fosil gigi, kesan tapak kaki pada singkapan batuan dan juga tulang dinosaur spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod di Sungai Chinchin, Tasik Kenyir.

Selain jumpaan-jumpaan fosil dinasour itu, fosil tumbuhan, kayu terpetri dan singkapan batu arang di Sungai Pertang turut ditemui.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Yunus Abd. Razak, penemuan membanggakan itu adalah penemuan pertama di Malaysia. Menurutnya lagi, fosil tersebut dianggarkan berusia 200 juta tahun hingga 65 juta tahun, sekaligus membuktikan kewujudan habitat dinosaur di negeri itu suatu masa lampau.

Illustrasi kesan jejak Iguanodon dan kesan tapak kaki iguanodon yang telah terfosil. gambar Berita Harian.

KP JMG berkata, dinosaur spesies Iguanodintid dan Sauropod adalah hidupan pemakan tumbuhan (herbivor) manakala Therapod adalah dinosaur pemngsa yang memakan daging (karnivor).

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dalam laman rasminya menyatakan, JMG akan meneruskan usaha secara lebih terperinci dan pihak kerajaan negeri Terengganu dalam menyokong penuh usaha tersebut serta bersedia menyediakan bantuan sewajarnya bagi menjayakan projek berkenaan.

Menurut JMG lagi, hasil penemuan ini dan penemuan-penemuan akan datang kelak akan memberikan kekuatan dan nilai tambah kepada usaha merealisasikan hasrat menjadikan Geopark Tasik Kenyir sebagai geopark Kebangsaan dan diiktiraf sebagai Geopark Global Unesco.

Kesan tapak Therapod yang telah terfosil.

Ditanya ramuan kejayaan dan inspirasi kepada ekspedisiyang gemilang ini, beliau berkata, penemuan fosil dinosaur lebih 20 spesies di Dataran Tinggi Korat, Thailand lah yang menjadi pembakar semangat untuk mencari dinosaur di Terengganu.

Penemuan fosil dinosaur ini juga membuka dimensi baru ilmu geologi tempatan mahupun antarabangsa disamping dapat memberi lonjakan impak terhadap industri eko-pelancongan negara.

Gunung Gagau terletak di sempadan Terengganu-Pahang-Kelantan berdekatan kawasan Tasik kenyir. Gunung Gagau mempunyai batuan berusia Jura-Kapur selain Gunung Panti di Johor yng mempunyai usia yang sama.

Sumber: Laman Rasmi Jabatan Mineral & Geosains, Berita Harian.

Jumaat, 31 Oktober 2014

Medan Magnetik Bumi Boleh Menyongsang Kembali


Bayangkan apabila anda bangun tidur, anda dapati arah kompas bagi arah Utara menunjukkan arah Selatan.

Ianya bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi bumi. Medan magnetik bumi telah banyak kali berubah- mengikut data kajian sepanjang sejarah evolusi bumi. Melalui data dwikutub kuno medan magnetik bumi, yang berfungsi seperti bar magnet, mengekalkan kekuatan yang sama sepanjang ribuan hingga jutaan tahun, tetapi atas sebab yang tidak pasti, kekuatan berkenaan menjadi semakin berkurangan untuk satu kadar masa tertentu, dan akhirnya medan magnetik bumi berkenaan berubah arah.

Kini, kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan pengkaji dari universiti di Itali, Perancis, Columbia serta saintis di Universiti of California, Berkeley, menggambarkan episod penyongsangan medan magnetik bumi yang terjadi pada 786,000 tahun lalu sebenarnya berlaku dalam jangka masa yang amat singkat, kurang daripada 100 tahun -- sebagai perbandingan terhadap purata usia manusia.


Penyongsangan Beri Kesan Grid Elektrik Bumi, Kadar Penyakit Kanser

Penemuan terbaru melalui hasil kajian terkini menyatakan bahawa tahap kekuatan medan magnetik bumi sedang berkurangn pada tahap 10 kali ganda lebih pantas daripada kadar normal, yang mana diakhirnya sebahagian geofizik meramalkan episod penyongsangan medan magnetik bumi yang seterusnya berlaku dalam beberapa ribu tahun lagi.

Aktiviti penyongsangan medan magnetik bumi ini adalah peristiwa penting oleh bumi yang dijana oleh bahan besi didalam teras bumi, walaubagaimanapun tiada bencana dahsyat yang pernah direkodkan berhubungkait dengan aktiviti penyongsangan terbabit, namun kajian selanjutnya masih dijalankan dari segi kesan geologi mahupun kesan biologi.

Hari ini, walaubagaimanapun, aktiviti penyongsangan medan mgnetik bumi berpotensi menyebabkan keeadaan huru-hara kepada grid elektrik, lalu mematikan sisitem elektrik yang kita ada kini. Dan sejak medan magnetik bumi yang bertindak sebagai pelindung kepada partikel-partikel bertenaga tinggi dari luar sistem solar dan sinar kosmik dari mengenai permukaan bumi. Zarah-zarah ini, jika memasuki bumi pada kadar yang amat banyak boleh menyebabkan mutasi (perubahan genetik pada suatu jasad hidup), dan meningkatkan bilangan pesakit kanser. Kesan bahaya kepada sistem kehidupan dibumi akan menjadi lebih besar sekiranya fasa-fasa ketika berlaku penyongsangan itu mengambil masa yang panjang kerana ketakstabilan medan magnetik bumi.

Penentuan Umur Daripada Data Volkanik Winward

Data penemuan terbaru berdasarkan pengukuran jaluran medan magnetik bumi di lapisan sedimen tasik kuno yang kini telah terdedah di lembangan Sulmona, di kawasan pergunungan Apennine di timur Rome, Itali. Sedimen tasik terbabit terdiri daripada lapisan debu-debu gunung berapi yang meletus di wilayah volanik Roman, kawasan luas yang terdiri daripada jujukan tasik yang terjadi akibat letusan gunung berapi termasuklah gunung yang meletus berdekatan Sabatini, Vesuvius dan Alban Hills.

Pengkaji Itali yang diketuai Leonardo Sagnotti, pensyarah di Institut Geofizik dan Vokanologi Rome mengira arah medan magnetik bumi yang trbentuk didalam batuan sedimen terbabit di bawah permukaan tasik kuno terbabit.

Sprain dan Renne menggunakan kaedah penentuan usia melalui kaedah argon-argon (Ar-Ar), salah satu kaedah yang digunakan secara meluas dalam menentukan usia sesuatu batuan, samada ianya beribu tahun atau berjuta tahun lampau usianya, selain menentukan usia lapisan debu-debu gunung berapi bagi lapisan atas dan lapisan bawah untuk menentukan usia sebenar lapisan semasa berlakunya penyongsangan medan magnetik bumi.

Oleh kerana lapisan sedimen kuno tasik berkenaan dimendapkan pada kadar yang laju serta berterusan sepanjang jangkamasa 10,000 ribu tahun, kumpulan berkenaan berjaya menentukan tarikh sebenar lapisan yang menunjukkan penyongsangan medan magnetik bumi, digelar 'Peralihan Matuyama-Brunhes', dianggarkan kira-kira 786,000 ribu tahun lalu. Tarikh ini lebih tepat berbanding kajian terdahulu, yang menetapkan jangkamasa episod penyongsangan pada 770,000 tahun hingga 795,000 tahun lalu.



Ketakstabilan Medan Magnetik Didahului Perubahan 180-darjah

Samada penemuan terbaru ini akan memberi kesan kepada tamadun moden, ianya secara langsung memberi bantuan kepada pengkaji untuk memahami bagaimana dan kenapa kepolaran medan magnetik bumi kerap berubah.

Rekod magnetik daripada kumpulan pengkaji Itali terbabit yang diperolehi juga menunjukkan perubahan mendadak 180-darjah bagi medan magnetik bumi ini diikuti dengan ketidakstabilan medan magnetik bumi selama 6,000 tahun. Ketakstabilan tersebut termasuklah dua kali selang masa bagi kitaran medan magnetik bumi berkekuatan lemah bagi setiap 2,000 tahun antara satu sama lain. Bagi episod penyongsangan penuh kepolaran medan magnetik bumi ini -- akhirnya, menjadi apa yang bumi yang kita kenali kini -- dan kini menuju selang masa bagi kitaran medan magnetik bumi berkekuatan lemah.

Sumber: Earth's magnetic field could flip within a human lifetime

Khamis, 30 Oktober 2014

Plat Tektonik Punca Kepupusan Massa?


Kajian sains bumi terkini menunjukkan betapa teruknya bencana kepupusan massa dalam sejarah bumi berkemungkinan mempunyai perhubungan dengan pembentukan superbenua Pangea. Tragedi tersebut bukannya disebabkan impak dari luar bumi - sebaliknya dari sumber yang tidak disangka - daripada proses geologi itu sendiri, jauh dibawah teras bumi.

Ianya dikenali sebagai 'Kepupusan Massa' (The Great Dying).

Kira-kira 252 juta tahun lampau, hampir kesemua kehidupan musnah. Lebih 90 pratus spesies hidupan lautan dan 70 peratus spesies hidupan darat mati. Pokok, tumbuhan, reptilia, ikan, serangga, mikrob - semuanya hampir pupus sepenuhnya.

Gambaran Zaman Trias

Kejadian ini berlaku menandakan pengakhiran zaman Perm hingga ke permulaan ke zaman Trias, jangka waktu dimana zaman kebangkitan dinasaur. Tetapi pada lewat zaman kepupusan Kapur (K-T), zaman dimana dinasaur pupus sepenuhnya 186 juta tahun kemudian, difahamkan ianya bukan disebabkan oleh impak asteroid, hujah kebanyakkan saintis geosains. Penyebab paling utama, masih menjadi misteri yang masih belum terungkap sehingga kini.

Para saintis seluruh dunia telah bertungkus lumus untuk menyelesaikan misteri yang masih menjadi persoalan sehingga berabad lamanya. Sehingga kini pembuktian lebih menjurus terhadap perubahan drastik bumi serta keadaan lautan. Kadar oksigen sangat rendah dalam laut, menjadikan amat sukar kebanyakkan spesies pada masa berkenaan untuk terus kekal hidup. Kadar kandungan gas karbon dioksida dan gas metana di atmosfera bumi pada ketika itu luarbiasa tinggi, sekaligus menyumbang kepada pemanasan major seluruh planet bumi pada masa berkenaan.

Hujan asid membasahi permukaan bumi, dan menjadikan air laut semakin berasid, memberi kesan kepada terumbu karang. Kawasan daratan menjadi tandus dan kering kontang, serta mencetuskan kebakaran-kebakaran hutan. Dari sudut pencuacaan pula, perubahan drastik daripada suhu panas kepada sejuk dalam jangka masa yang amat sekejap sahaja juga memberi kesan, hampir mustahil bagi mana-mana spesies untuk sekurang-kurangnya bertahan dengan situasi cuaca ekstrem berkenaan.

Aktiviti Volkanik menyebabkan pelepasan gas rumah hijau yang amat banyak diruang atmosfera.


Kebanyakkan perubahan-perubahan ini amat berkait rapat dengan dua letupan gunung berapi major - sebuah di kawasan Selatan China pada 260 juta lampau, dan satu lagi di kawasan Utara Rusia (Siberian Trap) pada 251 juta tahun lampau. Dua kejadian letusan volkanik major ini telah melepaskan jumlah karbon dioksida yang amat banyak, lalu berlaku kesan rumah hijau (Greenhouse Effect) dan pemanasan global (Global Warming). Gas karbon dioksida juga telah menjadikan air laut semakin berasid, lalu membunuh banyak hidupan mikro organisma lautan. Letusan juga telah menyebabkan pelepasan gas metana, sebuah lagi jenis gas rumah hijau, lebih dikenali sebagai 'ais metana', tersimpan dilapisan lantai lautan.

Namun begitu, 'drama' sebenarnya telah berlaku lebih awal, menurut kajian daripada beberapa saintis. Perubahan drastik paras lautan telah memberi kesan kepada arah arus lautan dan arah tiupan angin, termasuklah perubahan cuaca.

Dan akhirnya, semua klu adalah berkait antara satu sama lain.


Gambaran Siberian Traps


Apabila Benua Menjadi Satu

Dalam satu kajian yang dicetak bulan ini di Jurnal di Selatan china, Earth Sciences, dua saintis dengan berani menyingkap kembali titik mula perubahan, serta mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Berdasarkan kepada Dr. Yin Hongfu dan Dr. Song Haijun dari Universiti Geosains China (China University Of Geosciences, Wuhan), kesemua kejadian yang berlaku yang dijelkn diatas telah berlaku 50 juta tahun sebelum kemuncak kepada bencana dahsyat terbabit.

Menurut kertas kajian terbabit, kesemuanya berlaku seperti berikut (mengikut hiereraki).

Pada 300 juta tahun lalu, pada permulaan kepada zaman Perm, kesemua benua telah bercantum menjadi sebuah superbenua, dikenali sebagai 'Pangae', dan kesemua lautan menjadi satu lautan raksasa dikenali 'Panthalassa'.

Pembentukkan Pangea telah menyaksikan terjadinya gunung-ganang yang tinggi, dan lautan yang amat dalam. Berpaksikan kepada prinsip keseimbangan (Equilibrium Principle), sebuah benua raksasa akan mempunyai lapisan kerak benua yang tebal dan lantai lautan yang amat dalam. Perubahan paras lautan ini telah memberi kesan terhadap biodiversiti lautan cetek. Perubahan ini juga telah mencetuskan perubahan kepada arah arus lautan serta arah tiupan angin, mencetuskan perubahan cuaca global pada masa berkenaan.

Tambahan pula, kawasan benua yang luas telah menyebabkan perluasan kawasan gurun dan tandus, lalu menjadikan banyak tumbuhan musnah.

Apabila kesemua kawasan daratan bersatu, sebahagian plat tektonik menyusup dibawah sebahagian benua lain dan tersusup jauh kedalam bahagian mantle bumi. Buktinya termasuklah perubahan titik magnetik bumi secara menyongsang yang berlaku pada jangka masa berkenaan, yang dipanggil 'Penyongsangan Magnetik Illawarra'.

Kesan kepada pennumpukkan bahan sejuk berdekatan tras bumi kemungkinan telah menyebabkan pembentukkan jambul mantle 'mantle plume' - daripada proses thermokonveksi, pengkaji-pengkaji lain turut memberi cadangan. Jambul super (Super-plume) terbabit boleh secara mendadak mendekati kawasan permukaan bumi pada dua kawasan berbeza seterusya menghasilkan magma banjir - seperti yang berlaku di China pada 260 juta tahun lampau dan di Rusia 251 juta tahun lampau.

Super-jambul yang mencetuskan banjiran basalt.


 Pada masa berkenaan, semua kehidupan hampir pupus sepenuhnya.

Secara ringkas, kertas kajian terbabit mempersoalkan tentang episod kepupusan massa yang mempunyai perkaitan rapat dengan pembetukkan Pangea, yang menyaksikan peningkatan kepada paras lautan dan perubahan cuaca, tetapi juga berkait dengan apa berlaku dibawah permukaan bumi.

Masalah dengan Pangea

Walaubagaimanapun, kebanyakkan saintis tidak menyetujui teori yang Pangea merupakan penyebab utama kepada bencana kepupusan tersebut. Kebanyakkannya menmpersoalkan pembentukan Pangea berlaku terlalu awal, manakala kepupusan pula berlaku terlalu pantas, untuk dua kejadian itu berkaitan.
Selain itu, pengkaji lain berpendapat bahawa perubahan paras air laut juga memainkan peranan yang penting dalam episod kepupusan ini.

Kesimpulan

Perkaitan rapat antara aktiviti dalaman bumi, aktiviti permukaan bumi, dan permulaan kepada episod evolusi bumi sebagai tema utama dalam kajian sains bumi yang memerlukan penyiasatan lanjut.

Sumber: Geologypage

Sabtu, 23 Ogos 2014

'Tulang Peha Makhluk Asing' di Planet Marikh?

Sekeping gambar tulang bertarikh 14 Ogos 2014 yang dirakam oleh robot pintar milik NASA, Curiosity di planet Marikh menimbulkan perdebatan hangat di alam maya dan seterusnya mewujudkan satu persoalan besar. Benarkah sebenarnya wujud sebuah kehidupan di Marikh?

Gambar bertarikh 14 Ogos 2014 ini oleh Curiosity dari Marikh menimbulkan tanda tanya: Wujudkah kehidupan disana?
Bagi peminat makhluk asing dan objek terbang tidak dikenali (UFO), ini sememangnya satu bukti yang amat kukuh bagi membolehkan satu andaian jelas tentang sebuah kehidupan, sekurang-kurangnya makhluk bertulang pernah hidup di planet merah terbabit.

Gambat terbabit dirakam dengan menggunakan MastCam Curiosity Rover pada 14 Ogos 2014. Imej berkenaan digambarkan sebagai tulang peha sebuah mahkluk vertebrata dewasa yang pernah wujud di alam, sekurang-kurangnya.

Curiosisty Rover, robot pintar dari NASA di Marikh.

Sebelum itu, pada 7 April 2014 lalu, Curiosity sekali lagi menjadi tumpuan dunia di alam maya apabila berjaya merakam sekeping gambar pemandangan dimana terdapat objek bersinar-sinar kelihatan sayup-sayup dari kejauhan di permukaan planet Marikh.


Curiosity adalah sebuah robot pintar berkuasa solar yang dioperasikan dibawah pihak NASA bagi kajian menyeluruh untuk memahami, mendapatkan maklumat terperinci serta mengkaji kemungkinan-kemungkinan terdapatnya bukti-bukti kehidupan di sekitar planet Marikh dibawah projek Makmal Sains Marikh (Mars Science Laboratory, MSL). Curiosity berlepas dari bumi pada 26 November 2011 dan selamat mendarat di Marikh pada 6 Ogos 2012.

Sumber: The Independent

Rabu, 20 Ogos 2014

Bárðarbunga, Iceland : Episod letusan Eyjafjallajökull 2010 Bakal Berulang, Ruang Udara Eropah Bakal Lumpuh?

Bárðarbunga pada letusan tahun 1998
Apabila gunung berapi Eyjafjallajökull di Iceland meletus pada tahun 2010, secara kasarnya letusan telah menyebabkan debu-debu halus gunung berapi diterbangkan sehingga 30,000 kaki yang menyebabkan kebanyakkan lapangan terbang di Eropah terpaksa menutup/menangguhkan operasi mereka selama 6 hari.

Hari ini, Iceland sekali lagi memberi amaran kepada syarikat penerbangan di sekitar eropah tentang peningkatan aktiviti seismik sebuah lagi gunung berapi iaitu Bárðarbunga yang akan meletus. Pada lewat Isnin lalu, gempa terbesar yang pernah dicatatkan dikawasan terbabit telah berlaku dan saintis mendapati aktiviti magma sedang berlaku dibawah permukaan kawasan terbabit, sehingga memaksa pejabat kajicuaca Iceland mengeluarkan amaran peringkat oren kepada syarikat-syarikat penerbangan di sekitar eropah.

Bárðarbunga terletak 1,300 kaki dari bawah permukaan bumi- buat masa ini.

Saintis menjelaskan, letusan ini boleh berlaku samada melalui celahan rekahan glasier, ataupun melalui proses pencairan ais terlebih dahulu, atau melalui letusan besar yang mengakibatkan semua bahan yang terkumpul disekitar permukaan magma terbabit akan berserakan sejauh beberapa kilometer.

Ini akan menyebabkan ais tercair, bergantung kepada suhu magma berkenaan untuk proses pencairan ais. Walaubagaimanapun, beberapa teori oleh saintis mengenai kuantiti debu-debu halus yang berterbangan ke udara.

Antaranya ialah apabila lava menyentuh lapisan ais, letupan wap telah menyebabkan debu berpecah menjadi partikel-partikel halus lalu, semakin halus debu terbabit, semakin jauh dan tinggi ianya berterbangan keudara yang akhirnya akan mengancam industri penerbangan eropah, secara amnya.

Teori lain yang dikemukakan termasuklah, apabila lava menyentuh permukaan ais, ia akan menghasilkan debu tertumpat dan seterusnya bergabung bersama wap, membentuk patikel berat yang berselerakan diruang angkasa sejauh beratus-ratus kilometer.


Bárðarbunga, merupakan gunung berapi jenis stratovolcano, terletak dibawah Glasier Vatnajökull di Iceland, iaitu kedua tertinggi di Iceland.

Sumber: Science Popular

Isnin, 18 Ogos 2014

Lebih 100 terkorban akibat tanah runtuh, banjir di Nepal dan India

Sekurang-kurangnya 100 orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang disebabkan monsun yang membawa hujan lebat di Nepal dan  wilayah utara India.

Pasukan penyelamat Nepal sedang berusaha mencari mangsa yang trselamat dalam runtuhan tanah di Lamo Sanghu di Sungai Sukoshi, 70 km di timur laut Kathmandu. - AFP

Hujan lebat itu juga telah menyebabkan beribu penduduk disekitar lembah-lembah pergunungan Himalaya mencari tempat perlindungan akibat ketidakstabilan struktur tanah dikawasan pergunungan terbabit.

Di Nepal, hujan lebat telah menyebabkan 85 orang terkorban selain memaksa kira-kira beratus yang lain berlindung dikawasan yang selamat.

Selain itu, hujan lebat di kawasan Utara India telah meragut sekurang-kurang 24 nyawa selain memaksa kira-kira beribu yang lain berpindah susulan kejadian tanah runtuh yang membawa bersama lumpur dari kawasan pergunungan.

Beratus nyawa terkorban di asia selatan akibat cuaca hujan yang menyebabkan kejadian tanah runtuh. -AFP

Rabu, 14 Mei 2014

Tragedi Letupan Lombong Arang Batu di Manisa,Turki : Beratus Mangsa Terperangkap

Sebuah letupan menggegarkan kawasan lombong arang batu di kawasan Manisa, barat Turki menyebabkan sekurang-kurangnya 201 pekerja maut dan cedera.
Pekerja lombong arang batu yang cedera dibawa keluar oleh pasukan penyelamat - Gambar Reuters.
 Menteri Tenaga Turki, Taner Yildiz menyatakan 787 orang pekerja berada dalam lombong berkenaan semasa kejadian letupan yang dipercayai bermula daripada litar pintas bekalan elektrik, BBC melaporkan. Pasukan penyelamat berhempas pulas sehingga ke lewat malam untuk mencari mangsa yang terperangkap, namun jelas Yildiz, harapan untuk menemui mangsa amat tipis.

Ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa yang setia menunggu berita terkini. -Gambar Reuters


Kawasan tragedi berlaku di Soma dalam wilayah Manisa, 450 km (280 batu) di barat kawasan pusat bandar Ankara. Yildiz mengesahkan ketika ditemubual oleh stesen TV Turki bahawa jumlah mangsa yang terkorban dan menyatakan lebih 80 yang lain mengalami kecederaan.

Penemuan ayah dan anak selepas operasi pencarian- Gambar AFP


Yildiz juga menjelaskan, mangsa yang terkorban kebanyakkannya disebabkan terhidu gas beracun karbon monoksida. Oleh itu, gas oksigen dipam masuk kedalam shaft (terowong bawah tanah) yang menempatkan mangsa-mangsa yang hilang. Turki pada masa yang sama mengisytiharkan 3 hari sebagai hari berkabung bagi menghormati mangsa-mangsa yang terkorban.

Punca tragedi masih disiasat namun dipercayai akibat arus litar pintas lalu menyebabkan berlakunya letupan kuat didalam shaft lombong berkenaan. Arus litar pintas juga menyebabkan kabel lif yang membawa pekerja lombong berkenaan naik ke permukaan dan turun ke shaft (terowong bawah tanah) juga tidak dapat digunakan.Mangsa yang terperangkap dilaporkan berada 2 km (1.2 batu) kawasan permukaan dan 4 km daripada pintu masuk lombong rang batu berkenaan.

Ibu mangsa yang hilang masih menunggu berita daripada pasukan penyelamat. -Gambar AP


Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menangguhkan lawatannya ke Albania selepas kejadian terbabit dan akan melawat kawasan Soma. Pemilik lombong berkenaan, Soma Komur Isletmeleri memberitahu, siasatan yang lengkap akan dijalankan berhubung tragedi berkenaan ketika "langkah keselamatan tertinggi yang telah diambil".

Sumber: BBC

Sabtu, 3 Mei 2014

Tragedi Tanah Runtuh Badakhshan, Afghanistan: Sekurang-kurangnya 350 Orang Dikhuatiri Tertimbus

Sekurang-kurangnya 350 orang dikhuatiri tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Badakhsan, Afghanistan.
Penduduk tempatan bersama-sama anggota keselamatan dan paramedik sedang berusaha mencari mangsa-mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh ini. - USA TODAY

Pihak berkuasa Afghanistan mengeluarkan kenyataannya hari ini sejurus selepas tragedi runtuhan tanah di kawasan Badakhistan menyatakan beratus-ratus penduduk sekitar dan anggota penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan penduduk yang terperangkap dalam kejadian itu, lapor USA Today hari ini.

Runtuhan boleh berulang

Abdullah Homayun Dehqan, ketua kawasan wilayah Badakshan memberitahu beratus-ratus penduduk tempatan bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas tragedi menyayat hati tersebut. Beliau selaku penggerak Agensi Penyelamatan Kebangsaan bagi kawasan Badakhshan juga memberi amaran bahawa kemungkinan terdapat runtuhan tanah yang lebih teruk boleh berlaku di masa hadapan.

350 Orang dikhuatiri tertimbus

Walaubagaimanapun, beliau tidak mempunyai jawapan yang tepat atau data rasmi berhubung jumlah sebenar mangsa yang terlibat, namun, pihak The United Nations (UN) menganggarkan sekurang-kurangnya 350 orang penduduk di kawasan lembah pergunungan itu telah terkorban, manakala 2,000 lagi dikhuatiri hilang. Pihak penyelamat kebangsaan Afghanistan sedang berusaha untuk sampai ke kawasan tragedi yang terletak di sebuah pekan terpencil di bahagian pengunungan timur laut negara berkenaan.

Memetik laporan agensi berita rasmi Afgahnistan Khaama Press hari ini, Ketua Polis bahagian Badakhshan, Fazluddin Ayar mengesahkan 250 orang terperangkap dalam kejadian yang berlaku di kawasan perkampungan Aab Khoshk. Lebih 300 buah rumah dianggarkan tertimbus dibawah tanah dalam kejadian yang berlaku 12.30 malam waktu tempatan tersebut.

Dukacita

Sementara itu, Presiden Barack Obama dengan penuh rendah hati melahirkan rasa dukacita berhubung kejadian tragedi berkenaan dan bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan dari negara kuasa besar berkenaan.

Kubur Besar

Menurut laporan Berita Harian hari ini, runtuhan tanah yang berlaku mungkin akan bertukar menjadi kubur besar apabila runtuhan berkenaan menyebabkan aktiviti menyelamat menjadi mustahil. Selepas 24 jam operasi menyelamat dijalankan, hanya 3 mayat berjaya ditemui dan 12 yang cedera berjaya diselamatkan. Pasukan menyelamat perlu mengorek sisa runtuhan kira-kira sedalam 10 meter.

Wilayah Badakhshan, Afghanistan.


Wilayah Badakhshan terletak di kawasan pergunungan Hindu Kush pada jujukan pergunungan Pamir yang berterusan hingga ke banjaran Himalaya dan bersempadan dengan China, antara kawasan paling terpencil di Afghanistan.

Aktif dengan aktiviti seismik

Dari segi geologi, rantau pengunungan ini diketahui mempunyai aktiviti seismik yang aktif akibat penyusupan benua India dibawah benua Eurasia yang menghasilkan banjaran Himalaya serta kawasan pergunungan disekitarnya. Selain itu, Kawasan tersebut pernah menjadi kawasan serangan ketika peperangan saudara dan juga kemasukan Amerika di Afghanistan pada tahun 2001.

Tragedi Tanah Runtuh Secara Ringkas

Secara umumnya, tragedi tanah runtuh telah menyebabkan kerugian berbillion dollar diseluruh dunia dan menyebabkan kerosakkan harta benda di seluruh dunia, menurut US Geological Survey,USGS. Untuk rekod, kebanyakkan tragedi tanah runtuh yang mencatatkan kematian paling ramai berlaku di Asia, dimana pada tahun 1920, 100,000 orang dilaporkan terkorban di China dan pada tahun 1949, dianggarkan seramai 12,000 hingga 20,000 orang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Tajikistan.

Sumber: USA Today, Khaama Press, Berita Harian.


Ahad, 27 April 2014

Memperkenalkan 'Putnisite' Mineral Terbaru Yang Berjaya Dikenalpasti Saintis

Putnisit (Putnisite) adalah sebuah mineral yang unik dan 'tidak terlibat dengan apa-apa jenis unsur', jelas saintis.
Memperkenalkan Putnasite, mineral baru yang berjaya dikenalpasti saintis- Globalpost
 Mempunyai pencirian warna iaitu berwarna ungu dan berbentuk seakan-akan kiub segi empat sama, mineral ini sebenarnya hanya bersaiz sebesar 0.5 mm sahaja.Namun, sebenarnya apa yang membuat putnisite ini unik, adalah kerana tiada lagi mineral baru yang mempunyai persamaan dengan putnisite ini yang pernah ditemui saintis sebelum ini.

"Kebanyakkan mineral mempunyai perkaitan dengan kumpulan-kumpulan kecil atau keluarga unsur-unsur tertentu. Atau jika ianya tidak mempunyai perkaitan dengan mineral lain, selalunya ianya berkait dengan kompaun sintetik, tetapi putnisite ini secara umumnya unik dan langsung tidak mempunyai perkaitan dengan apa-apa pun" jelas Dr. Peter Elliott, ketua pengarang bagi penemuan baru didalam majalah Meneralogical.

Dengan warna lutcahaya berkristal ungu dengan debu garitan bewarna merah jambu itu ditemui sebuah syarikat perlombongan di kawasan semenanjung Polar Bear, barat Australia.

Putnisite


Putnisite dicadangkan kepada nama mineral berkenaan sempena mengenang jasa ahli meneralogis Jerman, Andrew dan Christine Putnis dalam kajian bersejarah ini.

Ianya adalah sangat sukar ditemui apabila terdapat kombinasi mineral strontium, kasium, chromium, sulphur, carbon, oxigen dan hidrogen bersatu bersama 4,000 mineral yang tidak diketahui di dunia ini.

Mineral Putnisite ditemui pada batuan jenis volkanik dan muncul dengan bintik merah jambu gelap pada permukaan mineral yang berwarna hijau gelap dan putih ketika dicerap melalui mikroskop. Namun, kegunaan komersialnya masih belum diketahui.

"Alam sekitar nyata lebih cerdik seperti yang dibayangkan berbanding hanya pengkajian didalam makmal " kata Elliot lagi.

Sumber: GlobalPost

Khamis, 24 April 2014

Bongkah Ais Sebesar Pulau Guam Terpisah dari Antartika

Sebongkah ais (iceberg) yang dianggarkan sebesar Pulau Guam, Amerika dilaporkan telah terpisah dari benua Antartika.
Bongkah ais yang diberi nama 'Iceberg B-31' yang terletak di kawasan Kepulauan Glasier Pine yang berjaya dicerap oleh Stesen Pencerapan Bumi milik NASA telah terpisah dari benua Antartika. 

Para saintis sedang memerhati dan mencerap secara dekat keadaan sebuah bongkah ais sebesar Pulau Guam ianya dilaporkan terpecah dari benua Antartika, lapor USA Today hari ini. Bongkah ais yang diberi nama 'Iceberg B-31' itu baru-baru ini dilaporkan telah terpecah dan bergerak keluar dari kawasan benua yang diliputi oleh lapisan ais terbabit.

Saintis NASA, Kelly Brunt berkata, kebimbangannya lebih tertumpu pada keselamatan kapal-kapal laut yang kerap melalui jalan laut apabila bongkah ais terbabit memasuki laluan perairan antarabangsa selain peningkatan paras air laut akibat pencairan ais terbabit.

Brunt menambah, bongkah ais berkenaan yang bersaiz 255 batu persegi (660 kilometer padu persegi) dengan ketebalan 1,600 kaki (487 meter) telah terpecah dari kawasan Kepuauan Glasier Pine, benua Antartika.

Kebanyakkan daripada aktiviti pencairan ais di benua Artik dan Antartika adalah berpunca daripada pemanasan global serta aktiviti pembangunan yang meningkatkan pembentukkan bandar haba.

Sumber: USA Today

Sabtu, 19 April 2014

Tanah Berusia 2.7 juta tahun ditemui di Greenland

Dibawah lapisan ais di Greenland, terdapat tanah yang berusia 2.7 juta tahun, lebih tua usianya jika dibandingkan dengan titik mula peradaban manusia di dunia.

Lapisan tanah berusia 2.7 juta tahun ditemui di bawah lapisan ais Greenland.
 Untuk pertama kalinya, para saintis berjaya menemui lapisan tanah di kawasan titik paling tinggi di Lapisan Ais Greenland yang dipercayai berusia 2.7 juta tahun, menurut laporan livescience.com.

Lapisan tanah ini telah tertimbus sejauh ribuan kaki oleh lapisan ais dan terpelihara daripada gangguan manusia sejak awal permulaan peradaban manusia lagi. Batu lodak yang berusia 2.7 juta tahun itu adalah peninggalan daripada mendapan di kawasan tundra yang menghijau yang pernah tumbuh disekitar kawasan Greenland sebelum ianya tertimbus oleh lapisan ais yang sangat tebal, lapor pengkaji dalam jurnal Science.

Hasil kajian DNA pada debunga dan fosil tumbuh-tumbuhan yang ditemui dikawasan lantai lautan kawasan Greenland mencadangkan kawasan pulau berkenaan pernah mengalami iklim tundra dan hutan berpaya yang menghijau. Penemuan terkini itu memberi cadangan bahawa landskap tundra pernah wujud di Greenland sekitar 200,000 tahun hingga 1 juta tahun sebelum lapisan ais menimbus kawasan berkenaan.

Selain itu, hasil penemuan kajian ini juga memberi informasi tambahan kepada para saintis bahawa ais yang meliputi bumi tidak mencair secara total semasa berlaku pemanasan global pada 130,000 tahun lalu- antara tahun terpanas pada abad berkenaan.


Sumber: Livescience.com, Newser

Jumaat, 18 April 2014

NASA Kesan Planet Kepler-186f Berpotensi Menampung Kehidupan

Untuk sekian kalinya, Pihak NASA berjaya mengesan planet bersaiz bumi yang mengorbit bintangnya di 'Zon Habitat' sejauh 500 tahun cahaya dari bumi.

Penemuan planet sejauh 500 tahun cahaya ini cukup penting dalam usaha meneruskan kelangsungan hidup dimasa akan datang. Illustrasi gambar oleh NASA

Pihak Agensi Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan Amerika (National Aeronautics and Space Agency, NASA) hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah menemui sebuah planet yang mempunyai saiz hampir sama dengan saiz bumi serta berada pada zon habitat. Zon habitat ialah zon bagi sesuatu jarak tertentu yang telah ditetapkan oleh ahli astronomi antara bintang dalam sistem solar dimana cecair seperti air berkemungkinan besar wujud di permukaan planet terbabit.

Penemuan Kepler-186f penting

Planet yang diberi nama Kepler-186f itu berjaya ditemui dengan cerapan menggunakan Teleskop Angkasa Kepler milik pihak NASA. Planet misteri ini berada sejauh 500 tahun cahaya dari bumi. Penemuan planet ini sekaligus membuktikan terdapat planet yang mempunyai saiz bumi wujud dalam zon habitat yang mengorbit bintang lain selain daripada bumi yang diketahui mengorbit matahari.

Sebelum ini, planet-planet yang ditemui di kawasan zon habitat ini mempunyai 40 peratus saiz lebih besar daripada bumi. Berbeza dengan planet Kepler-186f ini, ianya yang lebih hampir menyamai bumi, tidak kira dari segi saiz, lokasi dan pencirian-pencirian lain.


Perbandingan antara planet bumi dengan planet Kepler-186f. Illustrasi NASA.


"Penemuan planet Kepler-186f ini amat bermakna dan setapak kehadapan dalam mencari dunia baru yang mempunyai ciri-ciri seperti yang ada pada planet bumi." kata Paul Hertz, Pengarah Jabatan Astrofizik NASA di ibupejabat agensi berkenaan di Washington. "Misi NASA yang seterusnya , seperti peletakan Satelit Survey Transit Exoplanet dan Teleskop Angkasa James Webb, akan menjelajah exoplanet yang berbatu dan menentukan kandungan serta keadaan atmosfera seterusnya menentukan samada boleh didiami seperti planet bumi atau tidak."

Planet misteri

Walaupun saiz planet Kepler-186f ini sudah diketahui, namun jisim serta komposisi planet tersebut masih tidak diketahui. Namun, data kajian sebelum ini mencadangkan komposisi planet misteri ini berkemungkinan adalah berbatu.

"Kita sedia maklum bahawa hanya bumi satu-satunya planet yang boleh menampung kehidupan. Apabila kita mencari kehidupan lain diluar sistem solar kita, kita lebih tertumpu kepada mencari planet yang mempunyai pencirian yang hampir sama dengan bumi."kata Elisa Quintana, saintis kajian di Institut SETI di Pusat Kajian Ames milik NASA di Moffett Field, California.

Seakan-akan bumi

Planet Kepler-186f ini berjaya mengorbit bintangnya secara satu pusingan lengkap setiap 130 hari dan menerima satu per-tiga tenaga daripada bintang yang diorbitnya, seperti bumi yang menerima tenaga solarnya daripada planet matahari. Selain itu, kecerahan bintang yang diorbitnya pada waktu tengah hari hanya seterang setengah jam sebelum terbitnya matahari di bumi.

"Secara umumnya, planet yang berada di zon habitat tidak bermakna planet tersebut sudah pasti mempunyai kehidupan. Suhu sesuatu planet cukup bergantung kepada jenis atmosfera yang meliputi planet tersebut" kata Thomas Barclay, saintis dan pengkaji di Institut Bay Area di Ames.

Langkah seterusnya adalah untuk mencari kesan-kesan kehidupan termasuklah mencari kembar bumi - Planet yang mempunyai saiz sama seperti bumi, terletak didalam zon habitat yang mengorbit bintang, dan mengira kandungan kimia planet berkenaan.Teleskop Angkasa Kepler yang secara langsung dan berterusan mencerap planet yang termasuk dalam lebih 150,000 bintang, adalah misi utama NASA dalam usaha mencari planet seperti bumi disekeliling sistem solar.

Sumber: NASA

Selasa, 15 April 2014

Grafin : Bahan Masa Depan Untuk Teknologi Mampan

Apa yang ada akan baca ini adalah sejenis bahan yang amat menarik dan bakal merevolusikan teknologi elektronik dan peranti-boleh-pakai kepada suatu tahap baru.
Transistor grafin diperlihatkan pada sekeping plastik fleksibel. Grafin bukan sahaja bahan terkuat, malah juga tahan lasak.
 Grafin (Graphene) adalah satu bahan terkuat dan ternipis pernah wujud dimuka bumi ini selain berlian (C) . Grafin yang mempunyai asalan daripada batuan berjenis karbon, Grafit (Graphite) ini boleh menjana elektrik dan haba dengan lebih baik. Selain itu, grafin juga bukan sahaja sejenis bahan yang kuat, malah ianya juga lebih tahan lasak.

Grafin kini pada peringkat pembangunan dimana dalam masa kurang 5 tahun dari sekarang, ianya bakal mengubah landskap industri elektronik, peranti fleksible seperti peranti boleh pakai, super komputer supercas kuantum, baju elektronik dan komputer peribadi yang boleh 'berinteraksi' dengan sel-sel didalam badan. Tidakkah ianya sesuatu yang yang menarik?

Ditemui Sedekad lepas

Sebenarnya bahan ini telah ditemui lebih 10 tahun lalu, namun ianya mula mendapat perhatian bermula pada tahun 2010 apabila dua orang ahli fizik dari Universiti Manchester telah dianugerahkan Nobel Prize melalui kajian mereka mengenai Grafin ini.

Persatuan ahli Kimia Amerika (The American Chemical Society) menyatakan pada tahun 2012, bahan Grafin ini didapati 200 kali ganda lebih kuat berbanding keluli dan sangat nipis dimana satu auns daripada bahan ini boleh melindungi kawasan seluas 28 buah padang bola sepak. Selain itu, saintis China berjaya mencipta aerogel grafin, sebuah bahan gel yang mempunyai satu per tujuh daripada berat udara. Satu inci kubik daripada bahan itu boleh menyamai berat sehelai daun rumput.

Pencetus teknologi baru dunia elektronik

"Grafin adalah salah satu daripada beberapa bahan yang wujud didunia ini yang mempunyai sifat lutsinar, konduktif dan fleksibel - kesemuanya pada satu-satu masa" Dr Aravind Vijayranghavan, pensyarah Universiti Manchester berkata demikian berkenaan sifat Grafin. "Kesemua sifat-sifat ini adalah sangatjarang ditemui pada satu-satu bahan", tambahnya lagi.

Saintis menjangkakan, pada masa akan datang, kita bakal diperlihatkan peranti-peranti elektronik yang lebih nipis, pantas dan murah berbanding bahan yang diperbuat daripada silicon, dengan nilai tambah iaitu bahan lutsinar, fleksibel dan tahan lasak. Peranti itu juga mempunyai bateri tahan lama dengan kebolehan direndam dalam air dalam apa jua keadaan, situasi dan masa.

Bateri tahan lama dengan teknologi penderiaan

Pada tahun 2011, pengkaji dari Universiti Northwestern membina bateri yang terdiri daripada bahan grafin dan silicon, yang mana pihak pengkaji itu mendapati, telefon tersebut mampu kekal tercas sepanjang lebih daripada seminggu dan jangka masa cas hanya 15 minit sahaja. Saintis juga meramalkan perluasan dalam penggunaan bahan grafin itu boleh menjadi pencetus kepada kewujudan teknologi baru peranti skrin sentuh senipis kertas dan boleh dilipat masuk kedalam poket.

Dr. Vijayaranghavan juga menyatakan beliau dalam usaha untuk membina teknologi penderiaan (sensor) daripada bahan grafin ini - termasuklah deria gas (gas sensor), deria bio (sensor-bio) dan deria cahaya (light sensor).

Bahan Murah

Tambahan pula, penghasilan produk berasaskan bahan grafin ini tidaklah semahal yang disangka. Grafit secara umumnya amat mudah diperolehi terutamanya dilombong arang batu. Penghasilannya juga tidaklah sekompleks bahan-bahan lain. Oleh itu, saintis menjangkakan peranti yang bakal diciptakan kelak lebih berkualiti, kecil dan murah melalui bahan grafin ini.

Akhir-akhir ini, banyak syarikat-syarikat besar seperti Nokia, Samsung, IBM dan pelbagai lagi syarikat dalam usaha pembangunan dan penyelidikan daripada bahan grafin ini. Perkembangan ini seterusnya membuka peluang kepada satu idea baru yang lebih mesra alam yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga tidak boleh diperbaharui didalam peranti kini kepada tenaga mekanikal semulajadi yang terbina didalam bahan grafin ini.



Sumber: New York Times

Khamis, 10 April 2014

Objek Bersinar dikesan Curiosity, Bukti Bandar Moden di Marikh?

Pada 7 April lalu, sekeping gambar yang berjaya dirakam oleh kapal penjelajah ke planet Marikh milik NASA, Curiosity telah mencuri tumpuan dunia terutamanya para saintis pengkaji pelbagai bidang antaranya sains angkasa, bidang astronomi dan sains bumi, laman Slate melaporkan.

Gambar atas menunjukkan imej cahaya yang dirakam kapal penjelajah NASA, Curiosity. Pada pendapat anda, apakah sebenarnya cahaya yang dirakam ini? Gambar oleh Slate.

Pelbagai persepsi serta gambaran awal oleh para saintis mahupun orang ramai yang memperdebatkan tentang penafsiran imej yang dirakam oleh Curiosity ini. Ada yang memberikan pandangan bahawa ianya bukanlah imej makhluk tidak dikenali (alien) namun hanyalah pantulan daripada lampu flash kamera yang ada pada Curiosity kepada batuan yang ada di permukaan Marikh (cahaya buatan). Namun, pendapat ini disangkal kerana imej cahaya berkenaan dilihat terlalu jauh  (dianggarkan berjarak 500 meter hingga 1.0 km) untuk sekurang-kurangnya memantulkan kembali cahaya berkenaan.

Emily Lakdawalla, pengkaji sains planetary menyatakan kemungkinan cahaya berkenaan adalah sebahagian daripada 'Cahaya Kosmik'. Cahaya kosmik adalah cahaya semulajadi yang wujud diangkasa raya termasuklah kerlipan bintang-bintang, ribut kosmik dan sebagainya.

Tidak kurang juga ada yang beranggapan bahawa cahaya terang berkenaan yang seumpama lampu spotlight pada jarak yang sangat jauh itu kemungkinan datang dari sebuah bandar moden yang sudah lama wujud di planet berkenaan. Bandar berkenaan didiami oleh makhluk tidak dikenali (alien) yang menetap di planet gersang berkenaan.

Inilah robot Curiosity. Comelkan?. Robot ini mengingatkan kita berkenaan filem Wall-E. Gambar Wikipedia


Curiosity adalah sebuah robot pintar berkuasa solar yang dioperasikan dibawah pihak NASA bagi kajian menyeluruh untuk memahami, mendapatkan maklumat terperinci serta mengkaji kemungkinan-kemungkinan terdapatnya bukti-bukti kehidupan di sekitar planet Marikh dibawah projek Makmal Sains Marikh (Mars Science Laboratory, MSL). Curiosity berlepas dari bumi pada 26 November 2011 dan selamat mendarat di Marikh pada 6 Ogos 2012.

Sumber: Slate, NASA, Wikipedia

Selasa, 8 April 2014

Objek Terapung Semasa Pencarian MH370 Bukti Lautan Bumi di Penuhi Sampah Sarap

KAMI DI BLOG #HDIN. MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN PENUMPANG SERTA ANAK KAPAL PESAWAT MH370 YANG DILAPORKAN KALI TERAKHIR DIKESAN RADAR DAN SATELIT DI SELATAN LAUTAN HINDI. SEMOGA ADA HARAPAN WALAU SEKECIL ZARAH SEKALIPUN. BELANSUNGKAWA. AL-FATIHAH.

#PrayFormh370 #DoakanKeselamatanMH370

Sebelum berita kehilangan pesawat MH370, lambakan sampah di lautan lepas tidak langsung diambil peduli oleh masyarakat global. Namun, selepas operasi mencari serpihan pesawat malang berkenaan yang dilaporkan berakhir di selatan Lautan Hindi, dunia menyedari bahawa terdapat banyak lambakan sampah yang sedang terapung-apung di lautan lepas yang pada mulanya dipercayai sebagai serpihan pesawat malang berkenaan.


Perkara ini secara tidak langsung menggangu operasi SAR (Search And Rescue) yang mana pihak-pihak yang terlibat terpaksa menghabiskan bahan bakar (minyak dan diesel)  semata-mata untuk pergi ke kawasan yang dilaporkan satelit sejauh 2,000 km, yang memakan masa perjalanan selama sehari ke dua hari, namun, penemuan tersebut menjadi hampa.

Antara jenis sampah yang terapung-apung yang pada mulanya dipercayai sebagai serpihan pesawat adalah sampah hasil pemancing laut dalam, kontena kargo yang terjatuh dari kapal-kapal perdagangan, plastik-plastik sampah serta pelbagai objek lain seperti kayu, pelampung dan pelbagai lagi sampah yang dipercayai telah dibawa arus lautan dan ombak sejauh ribuan kilometer.



'Tong Sampah Universal'

Persoalanya, bagaimana sampah-sampah yang sebegitu banyak ini boleh terlepas ke laut lepas? Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Apa kesannya kepada hidupan lautan dikemudian hari nanti? Perlu diingatkan bahawa bukan sahaja sampah sarap, malah minyak kesan tumpahan/ kebocoran daripada kapal-kapal kargo juga turut menyumbang kepada pencemaran laut lepas ini.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah dunia, dimana dunia menonton operasi SAR ini secara langsung dan terkini di media sosial mahupun elektronik, dan dunia juga menjadi saksi bahawa lautan kita kini menjadi 'pusat pembuangan sampah' tanpa disedari. Lautan kita telah menjadi tong sampah universal bagi manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Marcus Eriksen, saintis marin dan pengarah Institut 5 Gyres, sebanyak 90% sampah sarap berkenaan adalah bahan plastik. Dan plastik yang dihumban kedalam lautan ini akan di makan oleh sebahagian besar hidupan dilaut lepas seperti ikan, penyu, ikan paus, burung dan berbagai hidupan akuatik yang lain. Perkara ini akan mencetuskan masalah baru dalam keseimbangan ekosistem terutamanya hidupan akuatik laut dalam.

Kesan gigitan ikan pada plastik yang ditemui oleh para penyelidik juga menguatkan lagi fakta bahawa ekosistem akuatik semakin diancam bahan berbahaya dan boleh membawa kepada penurunan kadar sumber ikan dan hidupan akuatik lain. Lebih teruk lagi, ia boleh membawa kepada kepupusan beberapa spesies akuatik yang terancam seperti penyu, ikan buntal, anjing laut, ikan paus, burung hering laut dan lain-lain.

Bawaan Tsunami
Selain daripada aktiviti manusia, sampah-sampah yang terapung-apung dilautan ini adalah daripada aktiviti alam sendiri seperti kejadian tsunami. Contohnya, Kejadian gempa bumi dan tsunami Jepun pada tahun 2011 lalu telah menyebabkan beribu-ribu tan sampah terdiri daripada serpihan kayu rumah, bot-bot, tayar kenderaan, dan pelbagai lagi sampah telah dibawa arus tsunami ke kearah lautan Pasifik.

Sampah-sampah ini telah terapung-apung disekitar laut Pasifik dan mendatangkan kebahayaan kepada bot-bot kecil dan kapal kargo yang lalu-lalang disekitar lautan pasifik. Pada februari 2013, dilaporkan penduduk di California menemui sebuah motosikal jaguar yang mempunyai nombor plat Jepun ditimbunan sampah yang terapung-apung disekitar pantai California. ianya dipercayai hasil bawaan arus di lautan Pasifik dari sampah bawaan Tsunami Tohoku 2011. Terdapat banyak lagi sampah yang sedang terapung-apung di tengah lautan Pasifik berpunca daripada bencana ini.

Oleh itu, objek-objek yang terapung-apung yang dicerap oleh satelit China, Perancis dan UK semasa pencarian pesawat MH370 itu mungkin adalah sebahagian daripada sampah bawaan tragedi Tsunami Aceh tahun 2004 yang masih lagi terapung-apung dilaut lepas. Ini mengambil kira lokasi Aceh yang terletak di lautan Hindi, serta tahap kekuatan janaan ombak tsunami itu sendiri yang amat kuat, yang boleh membawa objek-objek yang berada di daratan ke lautan dan sebaliknya.

Semoga signal kotak hitam pesawat MH370 berjaya ditemui, Insyallah. - Ihsan FB DS Najib Razak


**Jaga laut kita. Pulihara kehidupan akuatik di laut. Jangan buang sampah merata. Jangan tambahkan lagi apa yang telah berlaku ini.

Rujukan: National Geographic

Isnin, 7 April 2014

Spinosaurid Pahangenesis Sp. : Sumber Warisan Geologi Malaysiana Yang Hilang

*Nota: Artikel adalah rekaan saintifik & imaginasi penulis semata-mata tanpa melibatkan situasi sebenar (fakta sebanar sains) dan tidak bersangkut-paut dengan mereka yang masih hidup, ataupun yang telah meninggal dunia. Rujukan adalah berpandukan penemuan saintifik sample gigi dinosaur Spinosaurid oleh Universiti Malaya (UM) di kawasan pedalaman Pahang yang diumumkan pada 18 Februari 2014.

75 Juta Tahun Lampau, sebelum episod Kepupusan Massa K-T (Kapur-Triassik), Pedalaman Pahang, Malaysia...


Beginilah rupa spesies Spinosaurid menurut kajian awal UM yang pernah mendiami kawasan pedalaman Pahang.

Spesies-spesies ikan kuno di tasik semakin berkurangan, manakala tahap keracunan udara semakin membimbangkan. Pelepasan gas-gas beracun seperti Sulfida Dioksida (SO2) dan gas rumah hijau (CO2) dari letusan lava besar-besaran secara berlapis-lapis di Benua India sudah diketahui oleh spesies-spesies hidupan dipelusuk hutan-hutan Amazon mahupun Hutan Hujan Tropika.

Ilustrasi menunjukkan aliran basalt kebenuaan yang pernah melanda benua India - History Channel


 Namun, ini semua tidak mematahkan semangat kehidupan seperti spesies Spinosaurid sp. untuk terus mengekalkan kelangsungan hidup (survivor) mereka nun dikejauhan pedalaman Pahang. Spinosauridae Sp. merupakan hidupan pemakan ikan yang mempunyai morfologi gigi seumpama buaya pada masa kini itu tetap terus mengekalkan kelangsungan hidup walaupun mengetahui bencana yang besar sedang berlaku.


Situasi bumi akibat pelepasan gas beracun dan gas rumah hijau berpunca daripada letusan Deccan Volkanisme. -History Channel


  Serentak dengan itu juga, Benua India yang ketika ini masih belum bercantum dengan benua Eurasia sedang mengalami letusan lava besar-besaran secara berlapis-lapis dan merupakan permulaan kepada episod kepupusan Massa K-T. Letusan ini cukup terkenal dan digelar sebagai 'Deccan Volcanisme'. Letusan lava yang keluar meliputi beribu-ribu meter tebal dan alirannya mencapai jarak sejauh 1,000 km merentasi India keluar ke Teluk Benggal.



 Deccan Volkanisme bermula di wilayah Deccan, India meliputi kawasan Mumbai di barat India, Nagphur di Utara India ke Teluk Benggal melalui Lembangan Krishna-Godavari. Aliran lava adalah dari jenis aliran basalt kebenuaan (Continental Floods Basalt, CFB) yang banyak dikaitan dengan kepupusan massa sebelumnya.

Letusan gunung berapi ketika zaman dinasour.


  Di pedalaman Pahang, Udara semakin tercemar dek pengeluaran asap beracun dari letusan lava di benua India, dengan air tasik menjadi semakin kotor dengan racun terampai. Di laut Paleo-Tethys pula, kadar kelangsungan kehidupan bagi beberapa spesies antaranya Trilobite telahpun pupus buat selamanya.

Illustrasi satu spesies dinosaur yang sedang menghirup air tasik.

Tanpa disedari, bumi pada waktu ini sedang menjadi sasaran sekumpulan meteorit, ada diantaranya sebesar bandar Texas, dalam perjalanan ke bumi menuju ke arah bandaraya Chixulub, Mexico. Impak dari meteorit ini akan menghasilkan mega-tsunami  yang akan mengubah rupa bentuk bumi selama beribu tahun. Ini merupakan pemangkin kepada apa yang dikatakan sebagai ibu kepupusan hidupan besar-besaran.  Inilah permulaan kepada episod baru sejarah kehidupan bumi : Episod Kepupusan Massa K-T.

Bumi, diambang Kepupusan Massa K-T. Gas rumah hijau dilepaskan akibat letusan Deccan Volkanisme- History Channel


**Jagalah kebersihan bumi kita, ingatlah, bukan mudah untuk mengembalikan semula pada tempatnya yang asal. Ingatlah sebelum bencana besar datang menimpa akibat berlaku ketidak-seimbangan pada sistem semulajadi bumi. Perkara ini boleh dielakkan sekiranya kita sedar akan tanggungjawab kita sebagai makhluk berakal dimuka bumi ini.

Sumber: History Channel, Berita Harian