Jumaat, 18 September 2015

Mikrob Pemakan Besi Mungkin Boleh Menyelesaikan Misteri Taburan Deposit Besi Berlapis di Afrika

Sebuah kawasan terpencil, di teluk yang mempunyai kandungan besi yang tinggi di kawasan timur Afrika menyediakan para saintis sebuah gambaran yang luar biasa tentang persekitaran marin yang primitif, dan menyokong teori-teori yang menyatakan hidupan mikrob-mikrob halus yang menghasilkan deposit bijih besi terbesar di dunia selama berbillion tahun.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of British Columbia (UBC) yang diterbitkan minggu ini dalam majalah Scientific Reports, 30 peratus daripada hidupan mikrob-mikrob tersebut di  Teluk Kabuno di Republik Demokratik Conggo membesar melalui proses fotosistesis yang mana mengoksida bahan besi (proses pengaratan) lebih daripada proses menukarkan air kepada oksigen seperti tumbuhan dan algae.
 
"Teluk Kabuno merupakan makmal terbaik untuk proses kajian para saintis untuk kembali semula ke zaman permulaan dimana lautan yang kaya kandungan kimia besi." kata Marc Lliros, pensyarah University of Namur, penulis pertama kertas kajiann berkenaan.
 
"Teluk berkenaan memberikan gambaran yang sebenar tentang bagaimana kepelbagaian biologi kuno dalam proses fotosintesis boleh menyokong hidupan primitif awal dibumi, seterusnya mengevolusikan gas-gas oksigen yang terhasil bagi menghasilkan proses fotosistensis yang boleh membekalkan oksigen pada masa kini." ujar ahli gem-mikrobiologis UBC, Sean Crowe, penulis senior bagi kajian berkenaan.

Formasi Besi Berlapis


Penemuan saintifik terbaru menemui bukti bahawa terdapat hidupan mikro-organisma yang boleh berkait rapat dengan pemendakkan deposit besi tertua di bumi. Sebelum 2.3 billion tahun lepas, terdapat kandungan oksigen yang sedikit diudara tetapi sebahagiann telah terlarut bersama besi dan banyak mikro-organisma seperti bakteria membekalkan tenaga melalui proses 'metabolizing' besi berkenaan. Kebannyakkan saintis percaya mikrob besi-'metabolizing' ini telah menukarkan sebahagian komposisi kimia bahan besi yang terlarut kepada mineral, yang mana pada akhirnya akan terlarut bersama dengan air laut lalu termendap di dasar lautan.

Kajian yang dijalankan oleh UBC terhadap mikrob besi di Teluk Kabuno menyokong teori berkenaan. Hidupan mikrob berkenaan memetabolismakan unsur besi dan membesar pada kadar yang tinggi, seterusnya dapat menentukan kadar bagi nilai persamaan yang cukup untuk mendepositkan salah sebuah deposit bijih besi bagi batuan perumah sedimen, dikenali sebagai formasi besi berlapis.

Dengan mengoksidakan besi, mikro-organisma ini dipercayai telah membantu membentuk kepelbagaian kimia bumi selama ber billion tahun lamanya, seterusnya sebagai pencentus kepada proses evolusi bumi yang panjang serta kompleks seperti tumbuhan dan juga haiwan.

Sumber: Marc Llirós, Tamara García–Armisen, François Darchambeau, Cédric Morana, Xavier Triadó–Margarit, Özgül Inceoğlu, Carles M. Borrego, Steven Bouillon, Pierre Servais, Alberto V. Borges, Jean–Pierre Descy, Don E. Canfield, Sean A. Crowe. Pelagic photoferrotrophy and iron cycling in a modern ferruginous basin. Scientific Reports, 2015; 5: 13803 DOI: 10.1038/srep13803


Baca lebih lengkap di : http://www.geologypage.com/2015/09/metal-eating-microbes-in-african-lake.html#ixzz3m4bKkAEd

Khamis, 17 September 2015

Gempa Bumi 8.3 Skala Richter Gegar Chile

Sebuah gempa bumi kuat berukuran 8.3 pada skala richter menggegarkan Chile pada 16 September 2015, 7:54 malam waktu tempatan.
Menurut USGS, gempa berkenaan berpusat di bahagian barat Illapel, Chile. Ianya berlaku disebabkan sebuah sesar sungkup besar yang terbentuk antara benua Nazca dengan benua Amerika Selatan di tengah Chile. Pada masa ini, plat benua Nazca telah teralih kearah timur-timur laut pada kelajuan 74 mm per tahun. Kejadian ini juga menyebabkan, plat ini telah tergelincir kebawah plat benua Selatan Amerika.
Gelinciran ini membentuk sebuah jurang yang dinamakan Jurang Chile-Peru. Gempa bumi berpusat 85 km ke barat Jurang Peru, Chile. Kejadian yang berlaku pada 16 September 2015 itu secara dasarnya melibatkan patahan kawasan seluas 230km x 100 km (jarak x lebar).



Susulan gempa bumi berkenaan, dianggarkan ombak tsunami setinggi 4.5 meter melanda sekitar kawasan pantai Chile khususnya di bandar pelabuhan Coquimbo. Ombak tsunami berkenaan membanjiri kawasan taman tepian laut dan juga kejiranan penduduk dan memaksa penduduk yang berada dikawasan rendah untuk mendapatkan perlindungan ke tempat yang lebih tinggi.


Pelbagai video dan gambar membanjiri media sosial khususnya menunjukkan kawasan tepi laut yang dibanjiri air laut akibat ombak tsunami tersebut, seterusnya meninggalkan kerosakan kecil pada sepanjang laluan ombak tsunami tersebut. Namun, tiada kerosakan serius dilaporkan dan siren amaran kehadiran ombak tsunami telah dibunyikan diseluruh bandar-bandar pelabuhan.


Laporan awal menyebut bahawa lebih sejuta orang dipindahkan secara berperingkat-peringkat, dimana sekurang-kurangnya 5 orang terbunuh dalam kejadian itu, manakala lebih 20 orang tercedera. Menurut pegawai daripada Jabatan Kecemasan Kebangsaan Chile, amaran tsunami telah ditarik balik dikawasan Aysen, Los Rios, Los Lagos dan Magallanes, termasuklah kawasan Kepulauan Isla San Felix dan Kepulanan Juan Fernandez. Selebihnya, masih berkuatkuasa dibawah amaran tsunami susulan gempa kuat tersebut.

Pada awalnya selepas kejadian gempa terbabit, Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) memberi amaran tsunami bahawa kebanyakkan kawasan di Chile boleh mencecah lebih 3 meter daripada paras laut.
 
Pusat Amaran Tsunami (PTWC) juga mengeluarkan amaran kepada kawasan pelancongan terkenal , Kepulauan Hawaii. Walaubagaimanapun, langkah berjaga-jaga diambil sekiranya berlaku kejadian luarbiasa dikawasan lautan kepulauan berkenaan memandangkan setelah beberapa jam kejadian gempa berlaku. Gempa susulah terus berlaku dikawasan sekitar Chile pada skala 5.0 sehingga 6.0 sehingga lewat malam ini.- Agensi
 
Sumber: RT News, USGS, Twitter


Ahad, 13 September 2015

Kepentingan Penjelajahan dalam Pencarian Mineral.

Sebuah program penjelajahan yang kompeten, komfrehensif dan effektif merupakan elemen terpenting dalam sesebuah pelan bisnes pengeluar bagi memastikan kemaslahatannya (survival). Menurut kajian terkini yang dijalankan oleh sekumpulan konsultan ternama mencadangkan aktiviti yang paling asas ini semakin berkurangan seiring dengan daya tahan ekonomi semasa global.
 
Menurut kajian, yang dikeluarkan oleh Boston Consulting Group (BSG) pada lewat bulan Jun dibawah tajuk 'Tackling the Crisis in Mineral Exploration' menyatakan daripada tahun 2010 hingga 2013, jumlah penemuan-penemuan telah menurun kepada lebih separuh. Kajian juga menggangarkan jumlah purata kos bagi penjelajahan logam base (Base Metal) menghampiri tiga kali ganda iaitu $23 million pada 1980 hingga 1989 kepada $64 million pada tahun 2000 hingga 2009.
 
Alexander Koch, rakan kongsi BCG merangkap penulis kajian berkenaan memaklumkan, krisis dalam aktiviti penjelajahan mineral telah diketepikan oleh pemain-pemain industri perlombongan. "Sejak pengakhiran kepada penemuan-penemun sumber baru, kebanyakkan syarikat-syarikat perlombongan kini menumpukan fokus kepada tahap pengeluaran dan mengurangkan kos bagi aktiviti penjelajahan, yang akan mengganggu proses meningkatkan nilai rizab dan sumber baru".
 
Penemuan mineral, menurut Koch, adalah kunci utama kepada nilai sumber yang unggul kepada pemegang saham. "Penurunan harga logam telah menonjolkan kepentingan sesuatu penemuan mineral - khususnya dalam aktiviti lapangan hijau (greenfield)- sebagai sumber deposit bernilai tinggi yang boleh menjadi sumber kewangan kepada sesebuah kitaran komoditi dalam pasaran.
 
Peningkatan kepada kos aktiviti penggerudian hanya sebahagian kecil sahaja yang menonjolkan krisis ini. Untuk lebih mendalami situasi semasa, BCG menyatakan mereka telah bekerjasama dengan enam individu yang telah menemui jasad-jasad bijih terkemuka dunia seperti Minera Escordida di Chile, Oyu Tolgoi di Mongolia, dan Olympic Dan di Australia. Menurut BCG, krisis yang berlanjutan ini bukanlah berpunca daripada faktor dalaman seperti geologi, ekonomi sesebuah industri dan juga bukan faktor makroekonomi yang lain.
 
Tambahan pula, terdapat empat kriteria penting dalam usaha menangani masalah ini iaitu: strategi penjelajahan (pendekatan terbaik dalam menentukan jasad bijih), pengurusan sesuatu penjelajahan (penentuan dalam menjalankan asas-asas penjelajahan), inovasi (pendekatan berbeza dengan menggunakan teknologi terkini), dan pembangunan bakat & pengurusan pekerja.
 
Strategi Penjelajahan adalah perkara asas dalam sesebuah aktiviti penjelajahan, namun biasanya tidak dipandang serius. Strategi penjelajahan menuntut sebuah usaha pengoperasian ke arah mencari jasad bijih, contohnya, memilih deposit-deposit bijih yang besar kerana ianya target yang mudah atau menentukan sela yang terbaik dan jumlah lubang gerudi atau kadar kedalaman sesuatu aktiviti penggerudian.
 
Pengurusan Penjelajahan menjadikan sesebuah pemain industri yang berjaya dalam sesebuah aktiviti penjelajahan secara efektifnya dapat menentukan sumber aktiviti penjelajahannya, selain berjaya menentukan cara terbaik dalam kerjasama dengan majlis kerajaan tempatan yang dikuasakan disesuatu tempat.
 
Inovasi bermakna mencari idea baru dan menyesuaikan kaedah terkini berkenaan, memfokus kepada penjelajahan dan juga kaedah terbaik dalam pengekstrakan sesuatu jenis bijih. Teknik-teknik berkenaan mestilah berupaya mengurangkan kos-kos penjelajahan dan juga kos pengeluaran seiring pasaran yang kompetitif.
 
Kajian juga menyatakan terdapat dua kaedah teknologi baru -peranti 3-D seismologi dan magnetotellurik (magnetotellurics)- peningkatan bagi kedalaman yang boleh di akses dengan menggunakan kaedah penderiaan jauh (remote sensing) daripada kadar biasa pada kedalaman 500 m sehingga beberapa kilometer.
 
Selepas pencapaian dalam industri minyak dan gas, 3-D seismologi kini telah digunapakai dalam mencari target batuan keras. Kaedah Magnetotelluris pula bergantung kepada aliran elektrik semulajadi bumi, atau, telluric, kini digunakan untuk menyukat tahap pengaliran aliran elektrik dalam batuan daripada permukaan bumi sehinggalah kedalaman beratus kilometer.
 
Teknik terbaru sistem Airborne Electromagnetic (AEM) juga telah mengubah bagaimana kaedah para penjelajah memburu mineral-mineral berharga. AEM menggunakan transmiter pesawat udara dan penerima untuk menghasilkan imej 3-D bagi menentukan kekonduktivitian bagi sub-permukaan  dan boleh memetakan sesebuah kawasan dengan pantas. Ianya memberi maklumat yang terperinci seperti jenis batuan, termasuklah mineral sulfida berkonduktif tinggi.
 
Pengembangan bakat dan pengurusan pekerja memerlukan usahasama kearah mengembang, memperkuatkan dan memantapkan skill-skill yang betul termasuklah memantapkan nilai modal insan dalam sesuatu kumpulan, pengalaman serta daya tahan diri. Kajian daripada pakar-pakar penjelajah mencadangkan kadar aktiviti penjelajahan akan terbantut jika sesebuah syarikat mengubah pendirian daripada mengembangkan bakat ahli geologi muda dan mengupah ahli geologi secara kontrak untuk jangkamasa tertentu untuk sesuatu projek sahaja.
 
Bagi ahli geologi, penjelajahan mineral menjadi satu bidang yang mempunyai risikonya yang tersendiri. Mereka dilihat mempunyai dua pilihan: samada bekerja untuk kontraktor, ataupun mereka berkhidmat kepada syarikat. Untuk mengoptimasikan penjelajahan, menyahut cabaran produktiviti dan meningkatkan nilai jangka panjang dalam penjelajahan dalam bidang korporat, pemain-pemain industri perlombongan seharusnya  menerapkan pendekatan secara tersusun dalam kesemua empat kriteria berbeza ini.
 
"Salah satu kunci utama adalah setiap pemain industri boleh meningkatkan kualiti penjelajahan mereka. Harus diingat, memburu jasad bijih bukanlah mengenai nasib semata-mata, dan kejayaan bukanlah sesuatu yang tidak dijangka" tambah Koch.
 
Sumber: "Study Points at Crisis in Mineral Exploration", pg. 74, E&MJ, August 2015, Engineering And Mining Journal.

Khamis, 3 September 2015

Tiga taufan Melanda Lembangan Pasifik

Pada bulan Ogos sehingga ke penghujung November setiap tahun, kawasan lembangan pasifik dan atlantik akan memasuki satu musim iaitu musim ribut taufan. Ribut taufan terjadi apabila ketidak-seimbangan antara udara panas dan udara sejuk diatas permukaan laut.

Kebiasaannya, taufan yang melanda kawasan lautan Pasifik terbentuk secara bersendirian. Kadang-kadang, ianya boleh terbentuk secara sepasang. Namun, berpandukan kepada ahli meteorologis, bulan Ogos 2015 melakar satu lagi sejarah tersendiri apabila tiga taufan dalam kategori 4 secara serentak dan berjujukan pada kawasan tengah dan timur lautan Pasifik.

Taufan Kilo, Ignacio dan Jimena dirakam hampir sebaris dilembangan Pasifik.

Gambar yang dijana data-datanya menggunakan peranti Visible Infrared Imaging Radiometer Suite (VIIRS) yang terdapat pada satelit Suomi-NPP ini merupakan pandangan waktu siang dan waktu malam Taufan Kilo, Ignacio dan Jimena (dari barat ke timur). Peranti VIIRS "band siang-malam" berjaya mengesan cahaya pada panjang gelombang daripada hijau hingga ke hampir infra-merah, dan menggunakan cahaya intersifikasi yang membolehkan gelombang dikesan walaupun pada signal yang lemah.

Cahaya bulan yang terhasil merupakan salah satu kelebihan terhadap imej waktu malam, yang diambil antara pukul 11:30 malam dan 3 pagi waktu standard Hawaii (sekitar pukul 9:30 hingga 13:00 Waktu Universal pada 30 Ogos 2015). Pada masa berkenaan, kesemua ketiga-tiga taufan berkenaan  berada pada taufan kategori 4- ranking kedua tertinggi dalam Skala Kekuatan Taufan Saffir-Simpson.

Taufan Kilo (kini ribut Kilo) mempunyai kekuatan angin sehingga 215 kilometer per jam (135 batu per jam), berdasarkan kepada nasihat yang dikeluarkan oleh Pusat Taufan Tengah Pasifik. Ribut yang membawa angin kencang itu sedang bergerak ke arah utara-baratlaut, dan tidak mempunyai sebarang ancaman di kawasan daratan.

Walaubagaimanapun, Taufan Ignacio (kini ribut tropikal Ignacio) mempunyai persamaan dari segi kelajuan angin iaitu dicerap pada kelajuan 220 kilometer per jam (140 batu per jam). Taufan ini walaubagaimanapun, bergerak berdekatan dengan pulau utama (big island) kawasan Kepulauan Hawaii dan berpotensi menghasilkan kerosakkan harta benda awam dan kemalangan jiwa.

Berlainan pula dengan Taufan Jimena, taufan yang terbentuk dikawasan paling timur antara ketiga-tiga buah taufan itu, membawa kekuatan angin maksimum 210 kilometer per jam (130 batu per jam), menurut data yang dikeluarkan oleh Pusat Taufan Kebangsaan.

Imej kedua diatas menunjukkan keadaan ribut selepas 12 jam kemudian, semasa waktu siang. Imej berwarna semulajadi yang dijana dalam bentuk mosaic, diambil oleh peranti VIIRS antara jam 11 pagi hingga 2 petang waktu Hawaii Standard pada 30 Ogos (21:00 dan 00:00 Waktu Universal pada 30 hingga 31 Ogos).

Perbandingan imej dibuat bagi mengetahui arah pergerakan atau laluan bagi setiap taufan. Kawasan yang bersinar cerah didalam gambar pada waktu siang adalah kesan pantulan cahaya matahari dari kawasan lautan.

Sumber: http://earthobservatory.nasa.gov/IOTD/view.php?id=86512&src=fb