Tentang Penulis

Dilahirkan dengan bakat mencintai alami yang terindah dan mengagumi hasil keagungan penciptaan yang maha Esa (Terima Kasih, Mak!). Idea terilham daripada sumber alami yang memukau jiwa lagi mempersonakan sesiapa sahaja, diukir dengan penuh rahsia tanpa sebarang cacat celanya. Ohh Indahnya bumi ini.

Mempunyai gagasan murni bagi membentuk jiwa, menerapkan serta memberi inspirasi kepada masyarakat umum tentang pentingnya menjaga alam dan bumi ini. Menceritakan bait-bait puitis tentang bumi berunsur sains fiksyen namun diserikan dengan hasil-hasil kajian pakar dalam dan luar negara bagi menyeimbangkan kepentingan menjaga kemaslahatan bumi kepada masyarakat tempatan. 

 "Menuntut usaha penceritaan semula kegemilangan silam kepada masyarakat umum, membangun rasa kecintaan terhadap misteri alam dan ketamadunan bangsa, mencetus rasa kepunyaan dan iltizam untuk memulihara khazanah bumi dan melahirkan perasaan kebertanggungjawaban untuk diwarisi oleh generasi akan datang." -Langkawi Geopark's Book

Suka untuk menyampaikan sebarang fakta yang tepat dan seringkas mungkin bagi memberi peluang kepada pembaca untuk berfikir didalam dunia terang. Andai ada silap dan salah, suarakan sahaja pada ruangan komentar. Insyallah, Ilmu itu terus berkembang apabila kita saling sampai menyampaikan.




Hdin Hafizuddin
h.din_1127@yahoo.com