Lokaliti 11 : Kuari Bukit Yong, 0930
Lokaliti kuari ini merupakan lokaliti dimana terdapat singkapan batuan igneus yang mana ada diantara kawasan terbabit dapat dilihat sempadan batuan antara batuan granit dengan batuan metamorf.bermula dihadapan pintu masuk, pelajar dikerah untuk mencerap lokaliti berkenaan dan melihat sendiri sempadan tersebut secara dekat.
Aktiviti mencerap batuan. |
Lokaliti 12: Bukit Keluang : 1330
Sebelum sampai ke lokaliti Bukit Keluang, kami dinasihati agar membeli makanan (tapau) untuk dibawa ke lokaliti ini. Ini kerana kawasan lokaliti ini agak payah untuk menemui gerai-gerai makan dan restoran yang berhampiran, jika ada pun harga yang ditawar tidak berbaloi dengan apa yang diperolehi. Setibanya kami dikawasan Bukit Keluang ini, perasaan yang sunggul tiba-tiba menjadi ceria apabila dapat bertemu dengan lokaliti tepi laut.
Tiba-tiba kami ceria macm ini =) |
Prof. Dr Abdul Ghani sedang menerangkan sesuatu di lapangan. |
Setelah habis berkerja lapangan. |
Lokaliti 13: Bukit Bucu, Batu Rakit, Terengganu.
Lokaliti kawasan taman perumahan ini merupakan kawasan singkapan keratan bukit yang mana di bahagian hadapan bukit berkenaan terdapat sederet rumah-rumah penduduk di taman perumahan. Secara Geologi, batuan yang tersingkap pada lokaliti ini adalah selang lapis batu pasir dan batu syal. Walaubagaimanapun, kawasan ini belum diberi nama lithostratigrafi formal. Nama tidak formal yang diberikan ialah unit Bukit Rakit.
Terdapat fosil trilobit pada sampel batuan ini. |
cari kat pak cik Google: nie lah rupe trilobit yang dah pupus tu. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan