Sabtu, 21 Ogos 2010

Kerja lapangan Geologi ; Pantai Timur: 5 Mei 2010

    Perjalanan ke kawasan Jalur Tengah pantai Timur diteruskan dengan 4 lagi lokaliti akan dilalui. Bergerak dari hotel seawal jam 9 pagi, bas terus meluncur laju di jalan Gua Musang-Kuala Krai sehinggalah tiba di lokaliti yang seterusnya.
Pelbagai jenis batuan ditemui.
   Lokaliti 7 : Jalan Gua Musang-Kuala Lipis
   Masa :  0950


    Lokaliti bekas kuari ini merupakan lokaliti yang pertama seumpamanya yang menunjukkan sebuah persentuhan antara batuan asalan (granit kalau tak silap) dengan batuan asalan (Quartz Dike) yang berusia lebih muda daripda yang disentuhnya.Pada lokaliti ini, pelajar bukan sahaja dikerah untuk mencerap kawasan, malam membuat sedikit keratan rentas tentang kawasan lokaliti berkenaan.Lokaliti ini diingati kerana mempunyai bau-bauan yang kurang menyenangkan (tahi lembu) dan menjadi petanda ianya merupakan kawasan berpenduduk (kawasan kampung.
Aktiviti mencerap di lapangan.
    Selesai mencerap kawasan lapangan, pelajar dibenarkan kembali ke dalam bas dan perjalanan menerokai lokaliti ke-5 bermula.


Lokaliti 8 : Jalan Kuala Krai-Temangan.
Masa : 1030


   Lokaliti ini merupakan lokaliti yang amat-amat tidak dijangka kerana pelajar akan dikerah untuk naik ke atas dan melihat sebuah bekas lombong besi yang telah ditinggalkan sejak zaman sebelum merdeka lagi.Sebelum itu, dikawasan bawah bukit itu, terdapat suatu singkapan Syis Taku yang manan kedudukan satah kesyisan dapat ditentukan dan bentuk mineral boleh dikenali.telerang-telerang kuarza juga dapat ditentukan bentuknya.
Flashback: Penjom Gold Mine
   Itu cerita dibawah, belum lagi naik ke atas. Dikala kami naik ke atas, matahari terpancar tegak di atas kepala, tengah hari, dipertengahan jalan, kami bersama prof. yang ada berehat sebentar untuk makan tengah hari. Perjalanan diteruskan sehinggalah kami sampai dikawasan hutan-hutan. dari situ, kami akan memasuki denai-denai dan kawasan bersemak serta menaiki bukit untuk sampai ke Lokaliti ini. Agak jauh dan memenatkan tetapi setibanya sahaja kami dikawasan berkenaan, keadaan terik matahari mengundang pelbagai situasi dikalangan pelajar. namun, bagi yang tahan terhadap proses alam ini, mereka tidak kira samada hujan atau panas, janji mereka dapat memperolehi maklumat yang berguna.


Kawasan lokaliti yang agak terbuka.
   Di lokaliti atas bukit itu, dapat ditemui beberapa mineral besi yang mempunyai nilai ekonominya yang tersendiri serta dapat diketahui proses-proses yang berlaku sepanjang pembentukan mineral ini sehinggan menjadi bahan yang pernah menjadi sumber ekonomi sutu ketika dahulu. Menurut Prof. yang ada, terdapat suatu satah besar yang mengarah ke utara pada kawasan bukit yang berbesi ini.Satah-satah inilah yang menjadi pemangkin kepada pembentukan mineral besi dikawasan berkenaan. Terdapat juga perkaitan antara singkapan batuan diatas bukit ini dengan zon syis taku tadi.
Menaiki Bukit.
  Selepas beberapa jam diatas bukit yang panas dan terik, pelajar dibenarkan turun dan menaiki bas untuk bertolak ke lokaliti yang seterusnya.


Lokaliti 9: Jalan Temangan Kuala Krai (Ignimbrit)
Masa: 1515


  Sedikit sebanyak berkenaan dengan lokaliti; Ignimbrit di kawasan ini membentuk banjaran perbukitan sepanjang 15 batu panjang dan 0.5 batu lebar dan ianya menganjur hampir utara-selatan. Ignimbrit iaitu sejenis batu piroklas yang mendap semula semasa ianya panas. Oleh itu butiranyan berpadu dan berbeza sedikit dengan batuan piroklas yang lain. Ignimbrit ini menunjukkan struktur porfir dengan kuarza dan felspar sebagai fenokris. Serpihan batuan juga melaui sesar Lebir dikawasan Felda Aring 10 , iaitu berdekatan dengan sungai Lebir, batuan jenis yang serupa tersingkap. 
Pak cik Google-lebih kurang macam nie lah-Ignimbrit.
  Lokaliti tepi jalan ini amat menarik kerana terletak diantara sebatang jalan yang memotong sebuah jasad batuan igneus yang sangat besar, lebih kurang 5 meter tinggi, dan di kawasan hadapan terdapat sebatang sungai yang agak besar.Jadi, kawasan jalan dikawasan berkenaan sangat sempit dan langkah-langkah keselamatan yang betul perlu diambil bagi mengelakkan berlaku kemalangan yang tidak diingini.


Lokaliti 10 : Jalan Temangan (Volkanik)
Masa: 1700


   Jasad batuan Igneus ini merupakan kesinambungan daripada bataun volkanik Ignimbrit tadi tetapi kawasan ini lebih kepada jasad batuan yang lebih gelap. Disini, pelajar hanya diterangkan secara ringkas tentang lokaliti yang ada dan pelajar dibenarkan pulang olehkerana hari sudah lewat. Pelajar bermalam di Kota Bahru.

2 ulasan:

  1. salam...cmana nak follow blog ni ek?page agak berat,kena refresh baru keluar widget.Nak klik2 nuffnang pun ada masalah,hehe!pape pun thanks coz visiting n follow me.Selamat berpuasa!

    BalasPadam
  2. oh....jap eh...tengah solve masalah...sorry, widget pun banyak sangat....kalo nak follow, kat tepi tu ader button...paper pon...Selamat beruasa juga!

    BalasPadam