Sabtu, 30 September 2017

Naskah 'Penyongsangan' rangkul Anugerah Wattys 2017



Apakah itu Wattpad? Wattpad adalah satu aplikasi sosial percuma yang menghimpunkan penulis-penulis tidak kira muda, amatur mahupun professional sebagai medium untuk mencetus, meluah serta menggarap idea sehingga terbentuklah karya-karya kreatif tidak kira puisi, chicklit mahupun novel ataupun akaun sosial syarikat-syarikat penerbitan mahupun percetakan bagi mempromosikan buku-buku hasil cetakan mereka untuk sedia dijual kepada orang awam. Aplikasi Wattpad boleh dimuat-turun melalui Apps store (iOS) mahupun Google Store (Android).

Apakah itu The Wattys 2017 ataupun dalam bahasa Melayu nya Anugerah Wattys 2017? Anugerah Wattys 2017 merupakan sebuah pengiktirafan tahunan tertinggi bagi mengangkat hasil karya-karya yang telah dihasilkan di aplikasi Wattpad. Anugerah yang melibatkan kebanyakkan bahasa utama didunia termasuk Bahasa Melayu ini telah melibatkan beberapa kategori, antaranya Keaslian Karya, Penulis Luar Biasa, Penulis Debut sehingga ke Bacaan yang Mengasyikkan. Apa yang pasti, bukanlah calang-calang barisan individu yang menilai lebih 280,000 karya dari seluruh dunia yang mengambil bahagian pada tahun 2017 ini.

http://wattys.wattpad.com/

Nampak tak kat atas tu? Yup. Salah satu 'ayam tambatan' atau boleh lah digelar 'Masterpiece Picisan' karya penulis berjaya diiktiraf sebagai Penulis Luar Biasa. (uhhuuukk....uhuukkk). Naskah 'Penyongsangan' berjaya berdiri sebaris dengan hasil karya penulis-penulis 'Wattyfamous' yang lain. Sebenarnya, penulis sendiri tidak pun menjangka karya geo-sekitaran ini berjaya diangkat setinggi ini. Alhamdulillah, salah satu pengiktirafan juga kepada bidang Geologi Malaysia amnya. Ini merupakan satu tanda yang mana rakyat Malaysia masih dahagakan ilmu sains pembumian yang amat jarang ditemui pada novel-novel arus perdana dewasa ini.

Naskah 'Penyongsangan' ni mengenai apa? Baik engko orang baca sendirilah dan nilaikan sendiri. Penulis akui, karya ini tidaklah sebagus karya-karya sains fiksyen yang lain kerana plot dia seperti sangkut-sangkut sedikit, ditambah beberapa watak yang tidak berapa hidup. But, it's okay. Still boleh menang tu kira OK laa kan. Hiks. Sekurang-kurangnya adalah pembakar semangat untuk penulis fikirkan karya unik untuk dihantar pada Anugerah Wattys 2018 yang dijangka akan dibuka penyertaannya pada bulan Jun 2018.

https://www.wattpad.com/story/59838101-penyongsangan-%E2%9C%94%EF%B8%8F-wattys2017


Nak tahu tak apa yang mahal pada Anugerah Wattys ni? Tu haa pelekat kecil yang ada tulis 'Pemenang' tu. Comel kan? Bagi penulis, wang ringgit bukanlah segala-galanya andai sesuatu kerja yang kita lakukan tidak mendapat pengiktirafan. Wang ringgit itu berharga, namun, pengiktirafan itu bersifat permata. Ia mampu membuatkan penulis tersenyum disepanjang hari. Kalau ada penerbit yang berminat untuk mencetak hasil karya ini apa salahnya kan?

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyemak senarai pemenang Anugerah Wattys 2017, silalah layari laman sesawang http://wattys.wattpad.com/ dan pilih Bahasa Melayu di bahagian atas belah kanan. Anda juga boleh menyemak pemenang-pemenang pada tahun lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan