Selasa, 31 Ogos 2010

Salam Kemerdekaan dari Budak Batu

  Selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-53, 1Malaysia: Menjana Transformasi.Bersempena bulan kemerdekaan kali ini, pengisian bukan sahaj lebih menjurus kepada semangat kemerdekaan itu sendiri, malah sejarah dan titik kelahiran dalam memperjuangkan kemerdekaan negara juga tidak boleh kita ketepikan begitu sahaja.
Tema hari kemerdekaan tahun ini.
   Sempena hari kemerdekaan ini, penulis tidak ada langsung rancangan besar untuk menyambut kedatangan bulan kemerdekaan selain malam ambang merdeka di sambut penuh debaran menanti detik peperiksaan pertengahan semester amali petrologi bersama-sama buku pengenalan mineral batuan igneus yang akan diadakan keesokan harinya.
Amali petrografi.
   Perarakan rasmi menaiki kereta berhias, jet pejuang,kereta kuda, perarakan bendera, diiringi kumpula ROTU UKM dan SUKSIS memeriahkan lagi suasana hari kemerdekaan di makmal petrologi. Jangan percaya, hanya drama.
Saya Bangga menjadi Rakyat Malaysia.


   Walau apapun, tidak kiralah kita dari pelusuk mana sekalipun datangnya, dari Perlis hinggalah ke pelusuk Sabah dan sarawak, kita adalah satu. satu untuk seluruhnya. Jadi, bersama-samlah kita mempertahankan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini. Sejarah bumi juga telah membuktikan yang dengan merdekanya sesuatu batuan, tidak berlakulah canggaan atau nendatan atau sesar dalam sesuatu jasad batuan* sekadar perumpamaan. Selamat hari merdeka! 
    'Gigih meredah gelombang, Mendaulatkan tanah air tercinta'


Sabtu, 28 Ogos 2010

Akhirnya Selesai memetakan kawasan Taman Pantun dan Sg. Tekala

   Misi menyiapkan peta lengkap taman pantun bermula pada pagi sabtu 14 Ogos tetapi oleh kerana perjumpaan ko-kurikulum HE, maka proses menyiapkan peta taman pantun tergendala selama seminggu iaitu disambung pada 21 Ogos 2010.
Misi menyiapkan peta topografi Taman Pantun.
   Walaupun kelihatan payah, namun, ramai yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu menyiapkan hasil kerja bermarkah mereka.Mungkin memikirkan betapa pentingnya hasil kerja mereka kerana boleh membawa kepada pemarkahan keseluruhan, ketelitian dilihat menyelubungi kawasan Makmal Peta berkenaan.
Hampir siap nampaknya.
   Walau apapun, akhirnya peta topografi taman pantun berjaya di siapkan hasil daripada semangat tolong menolong, bantu-membantu antara satu sama lain.Inilah hasilnya (Kumpulan F2: Aku dan Fendi bekerjasama menjayakan aspirasi dan harapan kami sendiri untuk menyiapkan peta topografi bersama-sama dengan keratan rentas geologi Taman Pantun). Alhamdulillah...
Peta-peta yang kami lakarkan-nampak seperti serabut tetapi tak dinafikan, itulah lakaran yang terbaik yang dapat kami buat
haha...Siap Legend lagi tuh....
Setelah siap, akan dimasukkan begini =)
      Selesai sudah Taman Pantun, kini masa unutk Sg. Tekala pula. Berbeza daripada yang sebelum-sebelum ini, teknik memetakan kawasan Sg. Tekala lebih mudah dan ringkas dibuat, kerana keadaan lokaliti yang kurang luas dan menggunakan kaedah rintisan terbuka yang dikira agak mudah.
Flashback-Teknik Pemetaan Sg. Tekala.
   Oleh kerana hari jumaat merupakan cuti umum bagi negeri selangor iaitu 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadan 1431 H, jadi, waktu berkenaan dipilih untuk menyiapkan segala kerja memetakan kawasan Sg. Tekala. Pelbagai maklumat perlu dimasukkan, antaranya, Legend (itu sudah pasti), singkapan-sigkapan batuan yang ada, struktur tektonik (seperti Sesar atau kekar), telerang kuarza, ketinggian sesuatu tempat, dan keadaan fizikal lokaliti (jambatan, Sbg.).
Lebih kurang begitulah....
   Menjelang waktu sembahyang jumaat, semua pelajar lelaki bergerak ke masjid sebelum menyambung kembali selepas itu. Kira-kira pukul 3 petang, barulah kumpulan penulis bersama Fendi berjaya menyiapkam peta topografi Sungai Tekala bersam-sama penerangan yang ringkas. Tahniah sekali lagi!


Jumaat, 27 Ogos 2010

Kerjalapangan Pantai Timur:Hari ke-4: 6 mei 2010

  Antara hari yang agak menarik kerana kebanyakan lokaliti terletak di kawasan pantai. Dari Kota Bharu, perjalanan ke lokaliti ke-11 iaitu Kuari Bukit Yong memakan masa selama sejam.


Lokaliti 11 : Kuari Bukit Yong, 0930
 Lokaliti kuari ini merupakan lokaliti dimana terdapat singkapan batuan igneus yang mana ada diantara kawasan terbabit dapat dilihat sempadan batuan antara batuan granit dengan batuan metamorf.bermula dihadapan pintu masuk, pelajar dikerah untuk mencerap lokaliti berkenaan dan melihat sendiri sempadan tersebut secara dekat.
Aktiviti mencerap batuan.
  Selepas beberapa lama mencerap serta melukis sempadan batuan berkenaan, pelajar dibawa masuk ke kawasan kuari bagi memperolehi maklumat geologi yang jelas tentang kawasan kuari berkenaan. Didapati, kawasan lokaliti ini secara umumnya disingkap oleh batuan Microgranit. Selain batuan granit, terdapat juga telerang kuarza dijumpai disekitar lokaliti berkenaan, selain satah kekar dan sesar (mungkin sesar atau mungkin tidak).Selepas matahari tegak dikepala, barulah rombongan bergerak ke lokaliti seterusnya, yang sebelum itu diberi penerangan ringkas oleh Prof. Ibrahim tentang stuktur tektonik mahupun sistem geologi secara ringkas yang terdapat di lokaliti berkenaan.


Lokaliti 12: Bukit Keluang : 1330


   Sebelum sampai ke lokaliti Bukit Keluang, kami dinasihati agar membeli makanan (tapau) untuk dibawa ke lokaliti ini. Ini kerana kawasan lokaliti ini agak payah untuk menemui gerai-gerai makan dan restoran yang berhampiran, jika ada pun harga yang ditawar tidak berbaloi dengan apa yang diperolehi. Setibanya kami dikawasan Bukit Keluang ini, perasaan yang sunggul tiba-tiba menjadi ceria apabila dapat bertemu dengan lokaliti tepi laut.
Tiba-tiba kami ceria macm ini =)
   Ok, bercerita mengenai maklumat geologi kawasan Bukit Keluang ini,kawasan ini tersingkap batuan batu pasir dan konglomerat benua yang umumnya masih dipertikaikan (walaubagaimanapun, terdapat pengkajian-pengkajian terperinci yang dilakukan oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Geologi UKM sendiri setelah mengambil kira beberapa faktor dan kepentingannya).Berbalik kepada cerita konglomerat benua tadi, Jujukan ini kelihatan sama dengan konglomerat Formasi Tembeling (tetapi ada juga maklumat yang mengatakan jujukian konglomerat ini adalah berdiri atas Formasi Bukit Keluang.
Prof. Dr Abdul Ghani sedang menerangkan sesuatu di lapangan.
   Di kawasan berkenaan juga, pelajar dinasihati untuk melihat sendiri bentuk serta perlapisan batu pasir-konglomerat benua. Jika dilihat secara lebih dekat, pelajar juga boleh melihat kekanta pasir dalam konlomerat dan kekanta konglomerat dalam lapisan batu pasir yang dikira agak unik, sebagai bakal ahli kaji bumi.Selepas puas melihat struktur batuan konglomerat benua, pelajar dibawa pula ke kawasan tepi pantai bagi melihat sendiri morfologi-morfologi menarik yang terdapat dikawasan berkenaan.
Setelah habis berkerja lapangan.
   Antara morfologi yang terdapat dikawasan berkenaan adalah seperti gerbang lautan, gua, serta bermacam lagi morfologi yang berkenaan dengan kawasan pantai itu.Kira-kira pukul 1545, barulah rombongan kembali bergerak ke lokaliti seterusnya iaitu Bukit Bucu, Batu Rakit, Terengganu.


Lokaliti 13: Bukit Bucu, Batu Rakit, Terengganu.
  Lokaliti kawasan taman perumahan ini merupakan kawasan singkapan keratan bukit yang mana di bahagian hadapan bukit berkenaan terdapat sederet rumah-rumah penduduk di taman perumahan. Secara Geologi, batuan yang tersingkap pada lokaliti ini adalah selang lapis batu pasir dan batu syal. Walaubagaimanapun, kawasan ini belum diberi  nama lithostratigrafi formal. Nama tidak formal yang diberikan ialah unit Bukit Rakit.
Terdapat fosil trilobit pada sampel batuan ini.
    Untuk pengetahuan semua, di Terengganu, tidak ada batuan berusia Paleozoik Awal. Dari kandungan fosil yang telah dijumpai dlokaliti berkenaan, batuan disini ditafsirkan sebagai berusia Paleozoik Akhir (Karbon). Dari lithofasies dan jenis fosil batuan di sini, dapat ditafsirkan ianya sebagai batuan laut cetek silisiklastik.
cari kat pak cik Google: nie lah rupe trilobit yang dah pupus tu.
    Banyak kenangan semasa kami mencerap kawasan Bukit Rakit ini, antaranya, Prof mengadakan pertandingan bagi sesiapa yang dapat menjumpai fosil trilobit, jadi, berduyun-duyunlah manusia rombongan ini memusnahkan khazanah alam yang berharga itu semata-mata mahu mendapatkan ganjaran yang di sediakan.Sebenarnya etika begini perlu dijauhi bagi memulihara alam semula jadi yang tersingkap didalamnya bermacam khazanah yang tidak ternilai.Kita mungkin dapat melihat fosil-fosil berkenaan, tetapi, jika segalanya telah di rosakkan, mana mungkin pelajar akan datang dapat melihat perkara yang sama, fikir-fikirkanlah....


Khamis, 26 Ogos 2010

Ihya' Ramadan bersama Rumah anak yatim Darul Rukaiyah

   Kali ini entri membawakan pandangan para pembaca kepada suatu program tahunan, Ihya' Ramadan anjuran kelab Geologi UKM atau dengan kata lain, pelajar tahun akhir (3), program Geologi, UKM. Program yang melibatkan anak yatim Darul Rukaiyah ini bertujuan mengeratkan hubungan mahasiswa UKM dengan masyarakat, dan dalam konteks ini, pelajar Geologi UKM dengan anak-anak dari Rumah anak Yatim darul Rukaiyah.
Banner yang di gantung di hadapan bangunan Geologi
   Selain mengeratkan hubungan dengan masyarakat sekeliling, program ini juga memupuk semangat kekitaan dimana sifat saling bantu membantu antara satu sama lain anatara batch dapat dijalin. program murni ini telah bermula seawal pukul 10 pagi lagi dengan proses merewang bubur lambuk dijalankan. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak dapat turun oleh kerana kekangan kelas yang mendesak.
bubur lambuk yang dimasak pagi tadi.
   Pada pukul 2 petang pula, bubur mula dimasak bersama-sama bahan yang telah disediakan pagi tadi.Berbalik kita ke program ini, ianya bermula seawal pukul 5.30 dengan ceramah oleh seorang ustaz (terlupa nama) yang merupakan seorang 
pensyarah dari Fakulti pengajian Islam (FPI), UKM.
Ceramah sedang disampaikan.
   Antara isi penyampaian ceramah tadi antaranya adalah tentang ibadah di malam terakhir ramadan serta fadilat yang kita akan dapat daripadanya,generasi muda yang perlu dijaga serba-serbi agar tidak tercemar kelak, menghidupkan masjid yang menjadi amalan mulia, bersedekah di bulan mulia mempunyai ganjaran yang amat besar,berniat dalam melakukan sesuatu hal juga dikira melakukan kenaikan dan banyak lagi input yang berkaitan dengan bulan Ramadan ini.
Majlis bersurai.
   Selepas solat Maghrib, bermulalah sesi mengenyangkan perut dimana acara berbuka puasa diadakan di makmal Peta yang pasti menjadi kawasan wajib untuk setiap Rockaholic UKM melakar kenangan dan sejarah, suka dan duka sepanjang belajar disini. Antara juadah yang disediakan untuk pembuka selera Ramadan ini ialah Nasi Tomato, Bubur lambuk, kuih muih,air sirap dan teh serta bermacam-macam juadah pencuci mulut yang tersedia dihidang diatas meja.
Hazim mesra bersama anak-anak kecil yang comel-comel.
   Agak terhibur dikala melihat telatah anak-anak yatim dari Darul Rukaiyah ini. Walaupun jauh disudut hati mereka merasakan kesunyian yang tidak mampu diungkap oleh anak-anak yang masih mempunyai ibu-bapa, namun, dengan cara ini, perasaan yang membenlengu mereka tiap hari sedikit sebanyak dapat dilupakan dalambeberapa detik, saat keceriaan bersama abang-abang dan kakak-kakak yang sudi melayani karenah mereka.
Penulis bersama adik-adik yang comel
   Setibanya sahaja waktu Isyak, maka, beredarlah semua ke Surau FST bagi menunaikan solat Isyak dan Solat Terawih. Selepas melakukan ibadah berkenaan, pelajar diminta untuk naik semula bagi menjamu hidangan moreh yang telah disediakan berupa kuih-muih dan bubur lambuk buatan Geologi UKM. Pada majlis itu juga, sesi penyampaian cenderahati oleh pihak penganjur kepada penghuni Rumah anak yatim darul Rukaiyah diadakan.
Sesi menceriakan adik-adik ini.
   Agak menarik melihat riak muka adik-adik Darul Rukaiyah yang sangat teruja dan gembira setelah mendapat saguhati berkenaan.Sumbangan oleh Pusat Pakaian Hari-Hari kepada Rumah anak yatim darul Rukaiyah juga di turut diberi. Selepas berakhirnya sesi bersama adik-adik dari Rumah Anak Yatim darul Rukaiyah, tibalah masa untuk 'fotogedik Geol'. Saksikan;
Mula-mula begini....
Sedetik kemudian:
Penambahan orang: dah macam Poster Hari Raya...=)



Selasa, 24 Ogos 2010

Peperiksaan pertengahan semester I : Petrologi

   Setelah hampir 7 minggu pengkuliahan, akhirnya destinasi sampai di pertengahan jalan, dimana peperiksaan pertengahan semester akan menilai para pelajar mengenai kefahaman dan sejauh manakah pengenalan para pelajar tentang mineral-mineral lazim lazim kepada bentuk-bentuknya yang lebih rencam.
Makmal yang menjadi lokaliti utama mid-sem amali.
   Untuk peperiksaan amali, akan diadakan pada 31 Ogos 2010 dan dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan anali A dan B, mengikut sistem amali yang selalu digunakan. Terdapat 20 keratan nipis akan dikeluarkan semasa pepriksaan berlangsung, dan setiap satunya berdurasi selama 6 minit.Jika dicampurkan kesemuanya, lebih kurang 2 jam masa yang diambil untuk menamatkan pepriksaan ini.
Setiap mineral perlu dikenalpasti identitinya.
   Antara topik atau perkara yang perlu diberikan perhatian lebih adalah antaranya pengelasan mineral yang lazim dan selalu digunaka dalam membina rajah QAP (Quatz-Alkali Feldspar-Plagioklas), termasuklah tekstur batuan igneus dan juga perkara-perkara yang berkait denan pengelasan secara mendalam oleh batuan igneus. Untuk pengetahuan semua, Amali 1 hinggaah Amali 6 akan dimasukkan dalam peperiksaan tersebut.
Mineral batuan igneus sangat dituntut untuk mengenalnya.
   Dalam pada itu, pada 3 september 2010, peperiksaan teori pula menyusul sebagai pelengkap 40% pembawaan markah untuk keseluruhan peratusan yang mana markah 20% diambil untuk peperiksaan amali, dan 20% lagi dibawa untuk peperiksaan teori.Sebanyak 30 soalan objektif, empat pilihan (40-45 minit) dan 2 soalan pendek subjektif dipilih daripada 4 soalan (40-45 minit). Dalam peperiksaan ini, kuliah 1 hingga kuliah 10 akan dimasukkan ke dalam peperiksaan teori bagi menilai tahap kefahaman pelajar selama ini.
Mulai sekarang, hafal jangan tak hafal..





Sabtu, 21 Ogos 2010

Kerja lapangan Geologi ; Pantai Timur: 5 Mei 2010

    Perjalanan ke kawasan Jalur Tengah pantai Timur diteruskan dengan 4 lagi lokaliti akan dilalui. Bergerak dari hotel seawal jam 9 pagi, bas terus meluncur laju di jalan Gua Musang-Kuala Krai sehinggalah tiba di lokaliti yang seterusnya.
Pelbagai jenis batuan ditemui.
   Lokaliti 7 : Jalan Gua Musang-Kuala Lipis
   Masa :  0950


    Lokaliti bekas kuari ini merupakan lokaliti yang pertama seumpamanya yang menunjukkan sebuah persentuhan antara batuan asalan (granit kalau tak silap) dengan batuan asalan (Quartz Dike) yang berusia lebih muda daripda yang disentuhnya.Pada lokaliti ini, pelajar bukan sahaja dikerah untuk mencerap kawasan, malam membuat sedikit keratan rentas tentang kawasan lokaliti berkenaan.Lokaliti ini diingati kerana mempunyai bau-bauan yang kurang menyenangkan (tahi lembu) dan menjadi petanda ianya merupakan kawasan berpenduduk (kawasan kampung.
Aktiviti mencerap di lapangan.
    Selesai mencerap kawasan lapangan, pelajar dibenarkan kembali ke dalam bas dan perjalanan menerokai lokaliti ke-5 bermula.


Lokaliti 8 : Jalan Kuala Krai-Temangan.
Masa : 1030


   Lokaliti ini merupakan lokaliti yang amat-amat tidak dijangka kerana pelajar akan dikerah untuk naik ke atas dan melihat sebuah bekas lombong besi yang telah ditinggalkan sejak zaman sebelum merdeka lagi.Sebelum itu, dikawasan bawah bukit itu, terdapat suatu singkapan Syis Taku yang manan kedudukan satah kesyisan dapat ditentukan dan bentuk mineral boleh dikenali.telerang-telerang kuarza juga dapat ditentukan bentuknya.
Flashback: Penjom Gold Mine
   Itu cerita dibawah, belum lagi naik ke atas. Dikala kami naik ke atas, matahari terpancar tegak di atas kepala, tengah hari, dipertengahan jalan, kami bersama prof. yang ada berehat sebentar untuk makan tengah hari. Perjalanan diteruskan sehinggalah kami sampai dikawasan hutan-hutan. dari situ, kami akan memasuki denai-denai dan kawasan bersemak serta menaiki bukit untuk sampai ke Lokaliti ini. Agak jauh dan memenatkan tetapi setibanya sahaja kami dikawasan berkenaan, keadaan terik matahari mengundang pelbagai situasi dikalangan pelajar. namun, bagi yang tahan terhadap proses alam ini, mereka tidak kira samada hujan atau panas, janji mereka dapat memperolehi maklumat yang berguna.


Kawasan lokaliti yang agak terbuka.
   Di lokaliti atas bukit itu, dapat ditemui beberapa mineral besi yang mempunyai nilai ekonominya yang tersendiri serta dapat diketahui proses-proses yang berlaku sepanjang pembentukan mineral ini sehinggan menjadi bahan yang pernah menjadi sumber ekonomi sutu ketika dahulu. Menurut Prof. yang ada, terdapat suatu satah besar yang mengarah ke utara pada kawasan bukit yang berbesi ini.Satah-satah inilah yang menjadi pemangkin kepada pembentukan mineral besi dikawasan berkenaan. Terdapat juga perkaitan antara singkapan batuan diatas bukit ini dengan zon syis taku tadi.
Menaiki Bukit.
  Selepas beberapa jam diatas bukit yang panas dan terik, pelajar dibenarkan turun dan menaiki bas untuk bertolak ke lokaliti yang seterusnya.


Lokaliti 9: Jalan Temangan Kuala Krai (Ignimbrit)
Masa: 1515


  Sedikit sebanyak berkenaan dengan lokaliti; Ignimbrit di kawasan ini membentuk banjaran perbukitan sepanjang 15 batu panjang dan 0.5 batu lebar dan ianya menganjur hampir utara-selatan. Ignimbrit iaitu sejenis batu piroklas yang mendap semula semasa ianya panas. Oleh itu butiranyan berpadu dan berbeza sedikit dengan batuan piroklas yang lain. Ignimbrit ini menunjukkan struktur porfir dengan kuarza dan felspar sebagai fenokris. Serpihan batuan juga melaui sesar Lebir dikawasan Felda Aring 10 , iaitu berdekatan dengan sungai Lebir, batuan jenis yang serupa tersingkap. 
Pak cik Google-lebih kurang macam nie lah-Ignimbrit.
  Lokaliti tepi jalan ini amat menarik kerana terletak diantara sebatang jalan yang memotong sebuah jasad batuan igneus yang sangat besar, lebih kurang 5 meter tinggi, dan di kawasan hadapan terdapat sebatang sungai yang agak besar.Jadi, kawasan jalan dikawasan berkenaan sangat sempit dan langkah-langkah keselamatan yang betul perlu diambil bagi mengelakkan berlaku kemalangan yang tidak diingini.


Lokaliti 10 : Jalan Temangan (Volkanik)
Masa: 1700


   Jasad batuan Igneus ini merupakan kesinambungan daripada bataun volkanik Ignimbrit tadi tetapi kawasan ini lebih kepada jasad batuan yang lebih gelap. Disini, pelajar hanya diterangkan secara ringkas tentang lokaliti yang ada dan pelajar dibenarkan pulang olehkerana hari sudah lewat. Pelajar bermalam di Kota Bahru.

Majlis Berbuka Puasa : [Naturockly-Geo's UKM 09/10]

  Majlis berbuka puasa antara pelajar Program Geologi tahun 2 sesi 2010/2011 telah diadakan di Bilik Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST)pada 20 Ogos 2010. Majlis yang bermula seawal jam 6.30 petang dimulakan dengan sesi kemas mengemas bilik PMFST yang dijalankan secara gotong royong oleh rakyat geologi tahun 2 sendiri.
Pelajar Geologi besama-sama bergotong royong membersihkan bilik PMFST.
   Majlis penuh ringkas tetapi meriah ini bertujuan mengeratkan silaturahim yang sedia terjamin dikalangan pelajar program ii selain dapat bersama-sama merasai nikmat berbuka dibulan yang mulia ini.Seramai lebih kurang 60 pelajar hadir di majlis berkenaan.
Gotong-royong dalam menyediakan juadah berbuka.
   Antara juadah yang disediakan untuk majlis ini adalah seperti nasi Beriani dan air sarsi. Walaubagaimanapun, pelajar digalakkan untuk makan didalam talam yang disediakan.Dengan berbuat demikian, pembaziran dapat dielakkan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim sesama pelajar.
Makanan diletak didalam talam.
   Majlis ini juga sedikit sebanyak menjadi parameter yang bagus dalam mengenalpasti individu-individu yang dapat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kelab tidak lama lagi. Oleh kerana itu, majlis ini menjadi kayu ukur kesediaan pelajar tentang pengurusan program yang akan bermula pada semester ke-2 nanti.
Keramaian mengundang suasana harmoni.
   Akhir sekali, majlis-majlis murni seperti ini amat-amat di galakkan bagi membina insan yang kenal akan adat unggulnya selain bersama meramah mesra bersama rakan se-batch walaupun berlainan bangsa, budaya mahupun Agama. Semoga hubungan erat yang sedia terjalin ini akan terus kekal sampai bila-bila.
Bergotong-royong membawa berkat


Khamis, 19 Ogos 2010

Kerja Lapangan Geologi; hari kedua:04 mei 2010

     Memasuki hari kedua, Kerjalapangan Geologi: Kawasan Jalur Tengah Pantai Timur, akan memasuki sebuah lombong emas yang agak terkenal di kawasan Raub dan Kuala Lipis khususnya. Lombong Emas Penjom, Kuala Lipis, Pahang merupakan antara pengeluar emas berkualiti tinggi yang terbesar di Malaysia setakat ini. Beroperasi lebih daripada 10 tahun, lombong ini banyak melakar pelbagai momentum dalam menjadikan industri sumber alam negara diambil secara bersistem dan mematuhi piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan.
Pelbagai teknologi yang canggih digunakan dalam menghasilkan emas yang berkualiti.
    Perjalanan dari Hotel tempat penulis dan pelajar lain menginap dengan kawasan lombong agak jauh dengan perjalanan mengambil masa selama sejam setengah dengan melalui denai-denai laluan lori-lori yang mengangkut bahan-bahan buangan dari lombong. Sampai sahaja rombongan pelajar Program Geologi Tahun 1 sesi 2009/2010, kami disambut riang oleh petugas disana. Kami juga diberikan taklimat mengenai asal usul lombong, syarikat utama yang mendukung lombong emas ini, proses ekplorasi dalam batuan dikawasan sekitaran dan mengenai cara penjagaan alam sekitar selepas aktiviti melombong dijalankan.
Beberapa orang pelajar melalui kawasan mesin-mesin yang digunakan.
   Sedikit latar belakang tentang Lombong Emas penjom ini. Untuk pengetahuan kita, lombong ini beroperasi secara dedah,dimana batuan sedimen yang telah termetamorf yang mungkin mengandungi butiran halus emas dihancurkan dan diproses bagi menapatkan emasnya.Antara batuan sedimen yang ada disini ialah terdiri daripada syal bergrafit, batu pasir dan tuf yang berselanglapis antara satu sama lain. terdapat juga kekanta batu kapur selain terobosan batuan Igneus berbutir halus "felsite" dan telerang-telerang kuarza. Butiran emas yang halus-halus biasanya dapat ditemui di dalam telerang-telerang halus kuarza yang menerjah syal bergrafit.Banyak struktur sesar juga dapat dilihat disini.
Butiran halus emas yang telah dikumpul dan di leburkan, kemudian, di sejukkan.
   Selepas mendengar taklimat yang berdurasi lebih kurang sejam setengah, dua kumpulan dipecahkan, satu kumpulan dibawa melawat tapak kilang pemprosesan dan satu lagi dibawa melihat tapak perlombongan untuk sendiri proses perlombongan dijalankan. Kumpulan yang dibawa bergerak ke tapak perlombongan dapat melihat sendiri bagaimana aktiviti perlombongan seperti perletupan, mengisi batuan kedalam lori, kedalaman sebenar dan pelbagai teknik yang digunakan untuk mengekplorasi mineral yang ada. Dikesempatan ini juga para pelajar dibenar untuk mencarap serta mengealpasti jenis batuan yang terdapat dilokaliti samada mafik ataupun felsik. Satah sesar juga ditunjukan kepada pelajar untuk dijadikan rujukan dalam mengira satah sesar tersebut.
Mencerap sambil mencari kalau ada sisa-sisa emas yang tertinggal
    Beralih kepada kumpulan yang bergerak ke tapak pemprosesan batuan menjadi emas, kami diberi taklimat ringkas dahulu sebelum memulakan lawatan berkenaan dengan keselamatan di kawasan Industri. Beberapa mesin turut diperkenalkan kepada pelajar termasuklah mesin pemecah batuan, mesin penggelek dan beberapa mesin lagi yang terdapat disini. Selain itu,kami juga diberi kesempatan untuk melihat sendiri proses peleburan emas yang teradun dengan bahan lain, lalu menjadi emas yang boleh mencecah ke harga RM500,000 hinggalah RM1.2 juta. Banyak maklumat baru diperolehi semasa kami berada di tapak pemprosesan lombong emas ini. Sebelum pulang, ramai pelajar senior Program Geologi,UKM yang bekerja di ombong emas ini mengambil kesempatan dan peluang untuk bertemu dengan pensyarah-pensyarah mereka serta adik-adik mereka.
Tapak pemprosesan emas yang berkualiti
   Bergerak ke lokaliti seterusnya kira-kira jam 2 petang menelusuri jalan Kuala Lipis-Merapoh, rombongan akhirnya sampai ke lokaliti yang seterusnya iaitu Jalan Padang Tengku-Merapoh,Lokaliti tepi jalan ini cukup menarik dengan kehadiran batuan volkanoklas berfoliasi. Batuan segar berwarna kehijauan dan perluluhawaan menyebabkan perubahan warna yang menjadi kemerahan. Disini, dapat juga diperhatikan warna dan tekstur batuan segar da perubahan yang disebabkan oleh perluluhawaan.
Lokaliti tepi jalan-Sangat bahaya: Keselamatan perlu diutamakan.
  Selepas loaliti tepi jalan ini, perjalanan diteruskan sehingga ke sempadan Pahang-Kelantan, dimana laluan mengikuti kawasan Banjaran Titiwangsa, akhirnya lebih kurang pukul 5 petang, rombongan tiba di kawasan lokaliti,yang sebelum itu singgah diuntuk bersolat di Merapoh. Gua Musang merupakan lokaliti terakhir untuk hari kedua kerjalapangan ini.Sedikit maklumat menarik mengenai Gua Musang ini ialah, merupakan Gua batu Kapur. Gua ini terdapat dalam batu kapur dan marl yang terletak didalam Formasi Gua Musang yang berusia Perm hingga Trias.Pelbagai Morfologi dapat dilihat, antaranya stalagmite, stalagmige dan bermacam lagi selain kawasan sekitaran yang dipenuhi bukit-bukit yang dikira bukit batu kapur.
Pelbagai morfologi menarik disajikan.
Prof. Ibrahim yang sedang menerangkan serba sedikit mengenai asalan gua ini.