Selasa, 15 April 2014

Grafin : Bahan Masa Depan Untuk Teknologi Mampan

Apa yang ada akan baca ini adalah sejenis bahan yang amat menarik dan bakal merevolusikan teknologi elektronik dan peranti-boleh-pakai kepada suatu tahap baru.
Transistor grafin diperlihatkan pada sekeping plastik fleksibel. Grafin bukan sahaja bahan terkuat, malah juga tahan lasak.
 Grafin (Graphene) adalah satu bahan terkuat dan ternipis pernah wujud dimuka bumi ini selain berlian (C) . Grafin yang mempunyai asalan daripada batuan berjenis karbon, Grafit (Graphite) ini boleh menjana elektrik dan haba dengan lebih baik. Selain itu, grafin juga bukan sahaja sejenis bahan yang kuat, malah ianya juga lebih tahan lasak.

Grafin kini pada peringkat pembangunan dimana dalam masa kurang 5 tahun dari sekarang, ianya bakal mengubah landskap industri elektronik, peranti fleksible seperti peranti boleh pakai, super komputer supercas kuantum, baju elektronik dan komputer peribadi yang boleh 'berinteraksi' dengan sel-sel didalam badan. Tidakkah ianya sesuatu yang yang menarik?

Ditemui Sedekad lepas

Sebenarnya bahan ini telah ditemui lebih 10 tahun lalu, namun ianya mula mendapat perhatian bermula pada tahun 2010 apabila dua orang ahli fizik dari Universiti Manchester telah dianugerahkan Nobel Prize melalui kajian mereka mengenai Grafin ini.

Persatuan ahli Kimia Amerika (The American Chemical Society) menyatakan pada tahun 2012, bahan Grafin ini didapati 200 kali ganda lebih kuat berbanding keluli dan sangat nipis dimana satu auns daripada bahan ini boleh melindungi kawasan seluas 28 buah padang bola sepak. Selain itu, saintis China berjaya mencipta aerogel grafin, sebuah bahan gel yang mempunyai satu per tujuh daripada berat udara. Satu inci kubik daripada bahan itu boleh menyamai berat sehelai daun rumput.

Pencetus teknologi baru dunia elektronik

"Grafin adalah salah satu daripada beberapa bahan yang wujud didunia ini yang mempunyai sifat lutsinar, konduktif dan fleksibel - kesemuanya pada satu-satu masa" Dr Aravind Vijayranghavan, pensyarah Universiti Manchester berkata demikian berkenaan sifat Grafin. "Kesemua sifat-sifat ini adalah sangatjarang ditemui pada satu-satu bahan", tambahnya lagi.

Saintis menjangkakan, pada masa akan datang, kita bakal diperlihatkan peranti-peranti elektronik yang lebih nipis, pantas dan murah berbanding bahan yang diperbuat daripada silicon, dengan nilai tambah iaitu bahan lutsinar, fleksibel dan tahan lasak. Peranti itu juga mempunyai bateri tahan lama dengan kebolehan direndam dalam air dalam apa jua keadaan, situasi dan masa.

Bateri tahan lama dengan teknologi penderiaan

Pada tahun 2011, pengkaji dari Universiti Northwestern membina bateri yang terdiri daripada bahan grafin dan silicon, yang mana pihak pengkaji itu mendapati, telefon tersebut mampu kekal tercas sepanjang lebih daripada seminggu dan jangka masa cas hanya 15 minit sahaja. Saintis juga meramalkan perluasan dalam penggunaan bahan grafin itu boleh menjadi pencetus kepada kewujudan teknologi baru peranti skrin sentuh senipis kertas dan boleh dilipat masuk kedalam poket.

Dr. Vijayaranghavan juga menyatakan beliau dalam usaha untuk membina teknologi penderiaan (sensor) daripada bahan grafin ini - termasuklah deria gas (gas sensor), deria bio (sensor-bio) dan deria cahaya (light sensor).

Bahan Murah

Tambahan pula, penghasilan produk berasaskan bahan grafin ini tidaklah semahal yang disangka. Grafit secara umumnya amat mudah diperolehi terutamanya dilombong arang batu. Penghasilannya juga tidaklah sekompleks bahan-bahan lain. Oleh itu, saintis menjangkakan peranti yang bakal diciptakan kelak lebih berkualiti, kecil dan murah melalui bahan grafin ini.

Akhir-akhir ini, banyak syarikat-syarikat besar seperti Nokia, Samsung, IBM dan pelbagai lagi syarikat dalam usaha pembangunan dan penyelidikan daripada bahan grafin ini. Perkembangan ini seterusnya membuka peluang kepada satu idea baru yang lebih mesra alam yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga tidak boleh diperbaharui didalam peranti kini kepada tenaga mekanikal semulajadi yang terbina didalam bahan grafin ini.



Sumber: New York Times

Tiada ulasan:

Catat Ulasan