Jumaat, 22 Julai 2016

Panas Membara di Eropah, Asia Tengah, Lembap dan Basah di China, Asia Tenggara

El NINO baru sahaja pergi meninggalkan kita beberapa bulan yang lalu. Setelah melalui kitaran cuaca yang amat panas dan kering awal tahun lalu sehingga lewat Mei, kini kita perlu berdepan dengan ketidak tentuan cuaca yang lembap sehingga ke hujung tahun ini.


Amaran Ribut Petir dan hujan lebat bagi kawasan-kawasan di sekitar semenanjung juga d Sabah dan Sarawak bagi tarikh 21 Julai 2016. Sumber: Malaysia Meteorological Department FB page


Cuaca lembap dan tidak menentu ini bukan sahaja di rasai oleh penduduk di Malaysia sahaja, malah juga dirasai oleh jiran tetangga kita iaitu Indonesia dan Thailand. Sementara itu, di Beijing, China, hujan lebat direkodkan sebanyak 281mm dalam tempoh 24 jam mengakibatkan banjir kilat, gangguan perkhidmatan pengangkutan selama beberapa jam serta beberapa kes meragut nyawa. Di pekan Xingtan di wilayah Hebei, hujan direkodkan sebanyak 295mm, dua kali ganda jumlah bulanan yang biasanya dicatatkan dalam wilayah terbabit.


Suhu Panas Lampau di Timur Tengah

Sepanjang kawasan timur tengah termasuklah Iraq, barat Kuwait dan utara Arab Saudi mencatatkan suhu tinggi lampau dalam masa beberapa hari.


Suhu yang tinggi lampau disepanjang kawasan timur tengah, yang kebanyakkanya merupakan kawasan padang pasir. Sumber: Met Office FB page.


Pada khamis lalu, Lapangan Terbang Basrah, Iraq mencatatkan suhu 53.4 celsius, manakala di Mitribah di utara Kuwait mencatatkan suhu setinggi 54.0 celsius. Kedua-dua kawasan ini (Basrah dan Mitribah) yang mencatatkan suhu melebihi 53.0 celsius, merupakan suhu paling tinggi dalam sejarah kedua-dua negara terbabit. Suhu 54.0 celsius di Mitribah ini adalah antara suhu yang tertinggi pernah dicatatkan di Asia.

Cuaca panas lampau yang pernah kita rasai pada pertengahan Mac sehingga hujung Mei kini bergerak ke Asia Tengah. Untuk rekod, suhu tertinggi yang pernah direkodkan adalah setinggi 56.7 celsius di Death Valley, California, Amerika Syarikat pada 10 Julai 1913.

Cuaca panas lampau dijangka berterusan sehingga lewat jumaat dengan suhu dicatatkan pada 53.6 celsius di Lapangan terbang Basrah, Iraq. Namun, suhu tinggi lampau ini dijangka tidak kekal lama apabila udara sejuk dari utara dijangka menghembus udara panas membara tersebut lalu menyejukkan kawasan-kawasan terbabit.

Sumber: https://blog.metoffice.gov.uk/2016/07/22/heat-and-rainfall-making-headlines-around-the-world/

Selasa, 26 Januari 2016

Asia Timur, Utara Asia Tenggara Alami Sejuk Luar Biasa

Suhu sejuk luarbiasa telah melanda kawasan Asia timur sehingga merentasi ke kawasan utara Asia Tenggara. Daripada kawasan kepulauan Jeju, di Korea Selatan, Okinawa Jepun merentasi kawasan Taiwan, Hong Kong, Vietnam sehingga ke kawasan Bangkok, Thailand, suhu sejuk dapat dirasai jutaan penduduk di negara-negara terlibat.

Salji menyelubungi utara Vietnam. (AFP)


Bandar Okinawa, salah sebuah kepulauan di kawasan Jepun yang terletak dikawasan sub-tropika, telah diselubungi udara sejuk dan lapisan nipis salji. Kepulaitu yang terbesar di rantaian Ryukyu itu selalunya mempunyai suhu minima 19° celsius pada waktu musim sejuk dan 14°  celsius pada waktu malam. Pekan Okinawa tidak pernah diselubungi salji, namun pada waktu ini, kawasan yang berketinggian 100 meter dan keatas telah diselubungi salji, menjadikan suhu turun sehingga ke -5° celsius. Walaubagaimanapun, salji luarbisa itu pernah turun pada tahun 1952, 1964 dan 1977 di pekan Okinawa disebabkan luruan angin artik dari Siberia.

Penduduk bermain salji. (AFP)


Di kawasan utara Vietnam, dimana petani-petani sudah terbiasa menanam tumbuhan pertanian mereka dibawah suhu 11° celcius pada musim sejuk, lapisan salji telah menyelubungi tumbuh-tumbuhan pertanian penduduk tempatan yang ditanam dikawasan teres-teres. Gelombang sejuk yang sama dari arah selatan China turut menyelebuhngi kawasan Sa Pa, di wilayah Lao Cai pada ahad lalu,  yang menurunkan suhu dikawasan terbabit.

Salji nipis menyebungi kawasan utara Vietnam. (AFP)


 Selepas suhu yang separa panas pada hari khamis lalu, iaitu setinggi 21°  celsius, hari sabtu menyaksikan penurunan suhu yang drastik iaitu serendah 8°  celsius dikala waktu hujan, dan pada hari ahad, lapisan salji tiba lalu menyelimuti pekan bergunung-ganang tersebut. Ianya mencatatkan suhu dibawah 0°  celsius, dengan bacaan serendah -4°  celsius pada ahad malam.

Salji amat luarbisa di Okinawa, situasi sama juga berlaku di wilayah Lao Cai. Ianya tidak pernah berlaku sejak 30 tahun yang lalu. Selain itu, udara sejuk juga telah sampai sejauh ke barat dan selatan, dengan merentasi kawasan Laos dan Myanmar, sehingga ke ibu negara gajah putih, Bangkok, Thailand. Ianya merupakan musim yang sesuai bagi pelancong yang datang ke Bangkok kerana cuacanya ketika yang tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk tetapi cerah dan chilly.

lapisan salji di permukaan pokok bunga di Vietnam. (AFP)


Pada waktu siang di tengah-tengah kota raya Bangkok, suhu biasanya mencecah 32°  celsius dan serendah 23°  celsius pada waktu malam. Namun, pada ahad lepas, suhu jatuh sehingga ke 16° celsius. Pada pagi isnin, suhu maksimum direkodkan pada 20° celsius dikala cuaca mendung.

Di kawasan Taiwan, dilaporkan seramai 57 orang maut, yang kebanyakkannya warga emas, kerana cuaca sejuk mengejut yang melanda ibu negerinya, Taipei. Suhu jatuh mendadak sehingga ke paras 4° celsius di bandar Taipei, yang lazimnya mengalami cuaca sub-tropika dan diburukkan dengan kebanyakkan kediaman tidak dilengkapi dengan alat pemanas , yang menyebabkan ramai penduduk mengalami masalah jantung dan kesukaran bernafas.

Gelombang sejuk mengejut yang melanda Taipei ini telah menyebabkan 40 orang maut, sementara 17 lagi orang maut di kawasan New Taipei City akibat cuaca sejuk mengejut. Di Hong Kong, cuaca sejuk mengejut juga dialami negara yang rakyatnya sudah terbiasa dengan suhu sub-tropika . Lapisan nipis fros sejuk menyelimuti kawasan beraltitud tinggi melebihi 100 meter manakala orang ramai mula memakai pakaian yang tebal untuk melakukan aktiviti harian. Tiada pemanasan dalam rumah menjadi satu masalah kepada penduduk Hong Kong yang sebelum ini sudah terbiasa dengan suhu sub-tropika 32° celsius.

Angin sejuk terbentuk akibat luruan angin dari kawasan utara iaitu Siberia akibat fenomena Polar Vortex.

Sumber: Al-Jazeera, HMetro, Kosmo, MSN


Isnin, 25 Januari 2016

#Blizzard2016 seliputi sebahagian besar Benua Amerika Utara


#Blizard2016 #BlizzardJonas #Snowzilla #Snowmaggedon


Angin kencang bawaan ribut salji Jonas telah melanda kawasan timur Amerika Syarikat pada lewat januari 2016, yang dimulakan apabila berlaku dua sistem tekanan udara yang rendah yang terbentuk disepanjang kawasan di negeri Virginia sehingga ke New England dengan membawa sejumlah salji yang amat tebal. Pada lewat tengah hari 23 Januari 2016, kadar penurunan salji dibeberapa kawasan telah menghampiri rekod tertinggi, selain keadaan tiupan angin taufan dikawasan persisiran pantai memyebabkan berlaku limpahan air yang menyebabkan banjir. Ribut salji berkenaan dijangka berterusan sehingga awal pagi 24 Januari 2016.

Imej VIIRS daripada satelit NPP Suomi (NASA)


Melalui data daripada Visible Infrared Imaging Radiometer Suite (VIIRS) melalui satelit Suomi NPP berjaya merakamkan sistem ribut salji berkenaan pada 2.15 a.m. Waktu Standard Timur (EST) (07:15 Universal Time) pada 23 Januari 2016. Ianya menggunakan kaedah VIIRS iaitu infra merah 'band waktu malam-siang' yang mengesan sebarang signal pencahayaan seperti cahaya di bandar, cahaya rembulan dan cahaya aurora. Melalui imej ini, taburan salji dapat dilihat berpandukan bayangan cahaya rembulan mengambang dipantulkan dengan kewujudan awan-awan manakala cahaya yang bersinar daripada bandar-bandar besar dikawasan pantai timur Amerika Syarikat.

Salji sehingga setebal 84 cm melanda Amerika Utara.


Jumlah taburan salji dianggarkan setebal 30 inci (76 sentimeter) sekurang-kurangnya di empat negeri, dan sekurang-kurangnya 12 inci (30 sentimeter) telah direkodkan di lapan negeri lain, dengan beberapa jam lagi sebelum ribut berakhir. Penurunan salji mencapai ketebalan setinggi 3 inci per jam, dan amaran ribut salji dikeluarkan disepanjang negeri Virginia sehingga ke Massachusetts sehingga 24 Januari 2016. Pada 23 januari sahaja, 33 inci (84 cm) ketebalan salji direkodkan di pekan Frederick, negeri maryland, 23.5 inci (60 cm) di Lapangan Terbang Dulles dan 16.2 inci (41.1 cm) di Muzium Kebangsaan, Washington.

Kawasan pertanian juga diliputu salji tebal. (AFP)


 Lokasi-lokasi yang terletak dikawasan persisiran pantai seperti kawasan pekan Norfolk, negeri Virginia merekodkan penurunan salji setebal se inci sehingga ke 2 inci. Angin kuat disepanjang kawasan persisir Lautan Atlantik menyebabkan air laut melimpah ke daratan, diburukkan dengan kejadian air pasang besar akibat fenomena bulan mengambang. Kombinasi ini menyebabkan limpahan air laut terutamanya dikawasan Cape May dan Ocean City di negeri New Jersey, dan pekan Lewes, Delaware dimana air naik sehingga mencapai 9.27 kaki.

Salji tebal menyukarkan pergerakan penduduk tempatan. (AFP)


Berpandukan kepada laporan-laporan berita portal tempatan, sekurang-kurangnya 8 orang telah terkorban dalam kejadian ribut salji berkenaan, dan ribuan yang lain terkandas samada didalam kenderaan masing-masing di lebuhraya negeri pennsylvania dan Kentucky. Sekurang-kurangnya, 9,500 jadual penerbangan samada dibatalkan ataupun ditangguhkan, memaksa pengguna untuk bermalam dibandar-bandar terbabit untuk semalam dua.

Lapangan terbang diselaputi lapisan salji tebal dari Ribut Salji Jonas. (twitter)



Sumber: http://earthobservatory.nasa.gov/IOTD/view.php?id=87385

Jumaat, 18 September 2015

Mikrob Pemakan Besi Mungkin Boleh Menyelesaikan Misteri Taburan Deposit Besi Berlapis di Afrika

Sebuah kawasan terpencil, di teluk yang mempunyai kandungan besi yang tinggi di kawasan timur Afrika menyediakan para saintis sebuah gambaran yang luar biasa tentang persekitaran marin yang primitif, dan menyokong teori-teori yang menyatakan hidupan mikrob-mikrob halus yang menghasilkan deposit bijih besi terbesar di dunia selama berbillion tahun.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of British Columbia (UBC) yang diterbitkan minggu ini dalam majalah Scientific Reports, 30 peratus daripada hidupan mikrob-mikrob tersebut di  Teluk Kabuno di Republik Demokratik Conggo membesar melalui proses fotosistesis yang mana mengoksida bahan besi (proses pengaratan) lebih daripada proses menukarkan air kepada oksigen seperti tumbuhan dan algae.
 
"Teluk Kabuno merupakan makmal terbaik untuk proses kajian para saintis untuk kembali semula ke zaman permulaan dimana lautan yang kaya kandungan kimia besi." kata Marc Lliros, pensyarah University of Namur, penulis pertama kertas kajiann berkenaan.
 
"Teluk berkenaan memberikan gambaran yang sebenar tentang bagaimana kepelbagaian biologi kuno dalam proses fotosintesis boleh menyokong hidupan primitif awal dibumi, seterusnya mengevolusikan gas-gas oksigen yang terhasil bagi menghasilkan proses fotosistensis yang boleh membekalkan oksigen pada masa kini." ujar ahli gem-mikrobiologis UBC, Sean Crowe, penulis senior bagi kajian berkenaan.

Formasi Besi Berlapis


Penemuan saintifik terbaru menemui bukti bahawa terdapat hidupan mikro-organisma yang boleh berkait rapat dengan pemendakkan deposit besi tertua di bumi. Sebelum 2.3 billion tahun lepas, terdapat kandungan oksigen yang sedikit diudara tetapi sebahagiann telah terlarut bersama besi dan banyak mikro-organisma seperti bakteria membekalkan tenaga melalui proses 'metabolizing' besi berkenaan. Kebannyakkan saintis percaya mikrob besi-'metabolizing' ini telah menukarkan sebahagian komposisi kimia bahan besi yang terlarut kepada mineral, yang mana pada akhirnya akan terlarut bersama dengan air laut lalu termendap di dasar lautan.

Kajian yang dijalankan oleh UBC terhadap mikrob besi di Teluk Kabuno menyokong teori berkenaan. Hidupan mikrob berkenaan memetabolismakan unsur besi dan membesar pada kadar yang tinggi, seterusnya dapat menentukan kadar bagi nilai persamaan yang cukup untuk mendepositkan salah sebuah deposit bijih besi bagi batuan perumah sedimen, dikenali sebagai formasi besi berlapis.

Dengan mengoksidakan besi, mikro-organisma ini dipercayai telah membantu membentuk kepelbagaian kimia bumi selama ber billion tahun lamanya, seterusnya sebagai pencentus kepada proses evolusi bumi yang panjang serta kompleks seperti tumbuhan dan juga haiwan.

Sumber: Marc Llirós, Tamara García–Armisen, François Darchambeau, Cédric Morana, Xavier Triadó–Margarit, Özgül Inceoğlu, Carles M. Borrego, Steven Bouillon, Pierre Servais, Alberto V. Borges, Jean–Pierre Descy, Don E. Canfield, Sean A. Crowe. Pelagic photoferrotrophy and iron cycling in a modern ferruginous basin. Scientific Reports, 2015; 5: 13803 DOI: 10.1038/srep13803


Baca lebih lengkap di : http://www.geologypage.com/2015/09/metal-eating-microbes-in-african-lake.html#ixzz3m4bKkAEd