Isnin, 9 Ogos 2010

Amali sedimentalogi; Kaedah Pipet

  Analisis saiz butiran lodak dan lempung peroi lebih kurang daripada 63 mikron dengan kaedah pipet dan hidrometer menggunakan konsep halaju mendapan (settling velocity) dalam air, iaitu butiran yang lebih berat dan lebih besar mendak lebih cepat dari yang ringan dan kecil. Dengan mengambil sampel pada masa dan kedalaman yang tertentu, aiz butiran boleh dikomput.
kaedah pipet memerlukan ketelitian yang tinggi
    Antara alat-alat yang digunakan termasuklah kelalang 1 liter, penggodak, pipet 20 ml dan penyedut, piring, neraca dan jam.Antara bahan kimia pula yang digunakan dalam kajian ini ialah, Sodium hexametaphosphattwe (ealgon) sebagai pengurai air suling.
pengaplikasian teori dalam amali amat penting dalam kesinambungan pembelajaran
    Kaedah yang diikut adalah seperti berikut. Piring yang bersih ditandai masing-masing dengan no. phi masing sebelum dtimbang berat. sampel lodak dan lempung yang kering telah ditimbang antara 15-20 gm.
Penggodak digunakan bagi menjadikan sedimen terampai
   Air Suling dimasukkan kedalam kelalang kira-kira separuh penuh dan sampel dimasukkan ke dalam kelalang. Godak dan kacau menggunakan penggodak, dan masukkan 10ml agen pengurai calgon, dan tambah air suling sehingga 1 liter. Sediakan Jam dan pipet. Godak sehingga homogen.
`Penceroboh Akan ditembak: For those who survive, will be shot again'
    Selapas beberapa minit menggodak, berhenti menggodak, serta merta ambil masa dan angkat penggodak perlahan-lahan.Sambil itu, sedut sampel menggunakan pipet mengikut masa dan kedalaman seperti pada carta yang diberikan untuk mendapatkan kelas saiz tertentu.
AWAS!! Silinder beracun!! jangan sentuh untuk mengelakkan sebarang keracunan
    selepas itu, tuang sampel air kedalam piring penyejat yang sudah ditandai dan timbang berat air yang mengandungi sedimen terampai lodak dan lempung.Masukkan kedalam ketuhar dan sejatkan sehinggan betul-betul kering.
Jangan sentuk aku
    Selepas sampel tersejat sepenuhnya, keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan ditempat terbuka. Apabila sejuk, timbang sampel bersama piring bagi mendapatkan berat yang optimum dan membolehkan pengiraan dapat dilakukan.
Sori tergerak =(
    Amali pada minggu ini merupakan kesinambungan amali pada minggu lepas dan ini merupakan tempoh yang cukup pendek tetapi memerlukan sesorang yang cekap dan angkas dalam melakukan kerja. Kesimpulanya, setiap amali memerlukan teknik dan cara yang berkesan bagi memperolehi bacaan yang tepat dan mantap!
Kump. A (fateen) Jangan Usik semua, Pipet pon sekali
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan