Ahad, 25 September 2011

Majlis Jamuan Hari Raya Geologi 2011

   
   Majlis jamuan Hari Raya Geologi 2011/1432 H telah diadakan pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 H bertempat di Makmal Peta, Bangunan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


Sebahagian pelajar yang hadir dalam program tahunan ini.
Pertemuan semula.
   
   Objektif acara ini diadakan adalah selain meraikan bulan syawal yang sedang berlangsung ini, acara ini juga bermatlamat untuk memupuk dan menjalin silaturrahim antara para pelajar dengan pensyarah dan juga kakitangan /staf sokongan.


Pemandangan
Persembahan dari tahun 2.




   Selain itu, program ini juga meraikan kehadiran anak-anak yatim Darul Rukaiyah yang turut bersama-sama dalam program ini. Kemeriahan sambutan hari Raya peringkat geologi ini lebih terasa dengan kehadiran hampir kesemua pelajar program geologi yang lengkap berpakaian hari raya.


Menjamu Selera.
Pemberian duit raya.




   Program dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar tahun 2, Amir Ikhwan sebelum ketua program, Prof. Madya Dr Kamal Roslan Mohamed menyampaikan sedikit titipan dan nasihat terutamanya kepada pelajar tahun 1 dan tahun 3.
Antara hadirin yang hadir.
Persembahan dari pelajar tahun 3.




   Antara intisari ucapan yang dapat dipetik adalah beliau mahu pelajar terus aktif berkegiatan diluar bidang pembelajaran tanpa menggangu sedikitpun masa-masa untuk belajar. Beliau juga menasihati pelajar tahun 3 agar sentiasa komited dalam menyiap serta menyelesaikan disertasi masing-masing pada waktu yang ditetapkan agar perjalanan seterusnya akan lebih lancar.


Faiq, Pak Cik Alias dan epen.


   Seterusnya, sementara menjamu hidangan yang telah disediakan, pelajar ditontonkan dengan klip tayangan video berupa ucapan-ucapan dari wakil pensyarah, wakil staf sokongan, wakil pelajar Master, dan ucapan secara berkumpulan oleh pelajar tahun 1, 2 dan 3.


Pelajar wanita yang hadir.


   Pelajar-pelajar dihiburkan dengan persembahan karaoke oleh pelajar tahun 1, dimana mereka menyanyikan lagu 'Seloka Hari Raya' secara beramai-ramai. Ini diikuti oleh persembahan akuistik oleh pelajar tahun 2 yang mendendangkan lagu 'Suasana Hari Raya' dan 'Aisyiteru' juga secara beramai-ramai.


Antara makanan yang disediakan.


  Pelajar tahun 3 pula mempersembahkan satu sketsa yang cukup mencuit pangkal jantung dan hati hadirin-hadirin yang datang ke majlis ini. Selain sketsa, mereka juga turut menyampaikan satu lagu bertajuk 'Menjelang Hari Raya' nyanyian asal oleh Dj Dave.


Sebahagian AJK yang menjayakan program raya.


   Majlis bersurai kira-kira pukul 5.30 petang selepas selesai kesemua acara yang dijalankan.







Ahad, 18 September 2011

Budak perempuan berumur 5 tahun temui fosil berusia Jura

     Seorang gadis kecil berumur 5 tahun berjaya menemui sebuah fosil yang berusia lebih 160 juta tahun hanya dengan menggunakan sungkur plastik yang kebiasaan digunakan oleh kanak-kanak membuat istana pasir ditepi pantai.


Emily Badly bersama fosil Ammonoid yang ditemuinya.
   Emily, 5, menemui fosil seberat 57 kilogram itu di kawasan Taman Air Cotworld dengan bantuan bapanya, Jon. Pada mulanya, Emily yang mengorek tanah disekitar Taman Air itu merasa pelik dan ingin tahu apabila terketuk sebuah benda yang keras didalam tanah.


   Dengan pertolongan seorang pakar Paleontologi, Neville Hollingworth untuk mengeluarkan  fosil berkenaan. Mereka terkejut dengan penemuan ini yang dianggap unik kerana saiz fosil berkenaan yang dianggap sangat sukar ditemui, dimana saiznya adalah 40 sentimeter, usia sebenar adalah 162.8 juta tahun Rieneckia Ammonoit.


Lokaliti dimana fosil ammonoid ditemui.
   Fosil berkenaan dipercayai merupakai haiwan asalan laut yang hidup pada zaman Jura-zaman dimana dinosaur-dinasour masih wujud. Fosil berkenaan berbentul bulat, berspiral dan mempunyai jaluran disepanjang badannya.
   Fosil ini telah terfosil dengan elok didalam batu lumpur berwarna kelabu.


Bentuk fosil ammonoid yang dutemui oleh Emily.
   Fosil berkenaan kemudian dibersihkan dan dipertontonkan di Pusat Informasi Gateway bersama fosil-fosil yang lain. Mr Hollingworth berkata, peratus untuk memperolehi fosil bagi kumpulan yang ditemui oleh Emily adalah sangat sukar, dan terus terang, sudah 25 tahun Mr Hollingworth mencari fosil ammonoid ini.
  
   Emily beruntung menemui sebuah fosil yang sangat dicari oleh saintis, dan bukan itu saja, keadaan fosil berkenaan yang amat sempurna itu juga sangat menakjubkan.


Sumber: Kosmo / dailymail.co.uk   

Jumaat, 16 September 2011

Seminar bersama Presiden AAPG, Dr. Paul Weimer

    Seminar diadakan pada 14 September 2011 di Hotel SinggahSana, Petaling Jaya dengan menjemput tetamu jemputan, Dr. Paul Weimer iaitu selaku Presiden American Association of Petroleum Geology (AAPG). Program ini adalah hasil usahasama AAPG dan Persatuan Geologi Malaysia (PGM). Seminar ini bertujuan memberi pendedahan tentang teknologi-teknologi terkini dalam bidang cari gali minyak ini.

Wakil Geologi UKM bergambar bersama Dr. Paul Weimer
Peserta lelaki Geologi UKM
   
Antara contoh yang banyak ditunjukkan didalam seminar ini adalah kebanyakan sistem yang berada di Lembangan Gulf of Mexico, Texas dan pelbagai lagi kawasan yang dijadikan contoh tertentu dalam industri pencarian minyak mentah dunia.


Dr. Paul Weimer sedang memberikan penerangan




   Pada sesi pertama perbincangan, Dr. Paul Weimer menyampaikan beberapa tajuk, antaranya 'Meremajakan Lapangan Minyak Lama','Frontier Exploration' dan 'Unconventional Reservoirs : Tight-Gas Sandstone' melalui satu tema iaitu 'Industri Petroleum pada Dekat akan Datang: Sebuah Pandangan kepada Sains, Teknologi dan AAPG'.



Geology UKM Represetatitives
Bergambar di lobi hotel bersama para pensyarah



  Terdapat juga beberapa latihan yang diberikan sepanjang seminar pendek ini berlangsung, selain kaedah-kaedah terkini dalam proses eksplorasi kawasan baru dan mencari semula di kawasan lama dengan menggunakan kaedah teknologi terkini dan terbaru, yang dapat menyelesaikan masalah bagi teknologi yang ada.


AAPG pada 2035


   
Pada akhir sesi, Dr. Weimer ada memberi gambaran tentang apa yang akan berlaku pada dekat akan datang melalui simpanan minyak dunia yang ada kini. Beliau ada mengatakan kemungkinan tenaga gas tidak boleh diperbaharui ini sudah tidak dapat menampung permintaan yang semakin tinggi, dan sumber tenaga baru seperti geothermal, angin dan lain-lain akan menggantikan sumber tenaga ini.


Dr. Paul Weimer sedang memberikan penerangan lanjut kepada peserta.
Sebahagian Peserta program.
Peserta dari UKM.