Khamis, 26 Ogos 2010

Ihya' Ramadan bersama Rumah anak yatim Darul Rukaiyah

   Kali ini entri membawakan pandangan para pembaca kepada suatu program tahunan, Ihya' Ramadan anjuran kelab Geologi UKM atau dengan kata lain, pelajar tahun akhir (3), program Geologi, UKM. Program yang melibatkan anak yatim Darul Rukaiyah ini bertujuan mengeratkan hubungan mahasiswa UKM dengan masyarakat, dan dalam konteks ini, pelajar Geologi UKM dengan anak-anak dari Rumah anak Yatim darul Rukaiyah.
Banner yang di gantung di hadapan bangunan Geologi
   Selain mengeratkan hubungan dengan masyarakat sekeliling, program ini juga memupuk semangat kekitaan dimana sifat saling bantu membantu antara satu sama lain anatara batch dapat dijalin. program murni ini telah bermula seawal pukul 10 pagi lagi dengan proses merewang bubur lambuk dijalankan. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak dapat turun oleh kerana kekangan kelas yang mendesak.
bubur lambuk yang dimasak pagi tadi.
   Pada pukul 2 petang pula, bubur mula dimasak bersama-sama bahan yang telah disediakan pagi tadi.Berbalik kita ke program ini, ianya bermula seawal pukul 5.30 dengan ceramah oleh seorang ustaz (terlupa nama) yang merupakan seorang 
pensyarah dari Fakulti pengajian Islam (FPI), UKM.
Ceramah sedang disampaikan.
   Antara isi penyampaian ceramah tadi antaranya adalah tentang ibadah di malam terakhir ramadan serta fadilat yang kita akan dapat daripadanya,generasi muda yang perlu dijaga serba-serbi agar tidak tercemar kelak, menghidupkan masjid yang menjadi amalan mulia, bersedekah di bulan mulia mempunyai ganjaran yang amat besar,berniat dalam melakukan sesuatu hal juga dikira melakukan kenaikan dan banyak lagi input yang berkaitan dengan bulan Ramadan ini.
Majlis bersurai.
   Selepas solat Maghrib, bermulalah sesi mengenyangkan perut dimana acara berbuka puasa diadakan di makmal Peta yang pasti menjadi kawasan wajib untuk setiap Rockaholic UKM melakar kenangan dan sejarah, suka dan duka sepanjang belajar disini. Antara juadah yang disediakan untuk pembuka selera Ramadan ini ialah Nasi Tomato, Bubur lambuk, kuih muih,air sirap dan teh serta bermacam-macam juadah pencuci mulut yang tersedia dihidang diatas meja.
Hazim mesra bersama anak-anak kecil yang comel-comel.
   Agak terhibur dikala melihat telatah anak-anak yatim dari Darul Rukaiyah ini. Walaupun jauh disudut hati mereka merasakan kesunyian yang tidak mampu diungkap oleh anak-anak yang masih mempunyai ibu-bapa, namun, dengan cara ini, perasaan yang membenlengu mereka tiap hari sedikit sebanyak dapat dilupakan dalambeberapa detik, saat keceriaan bersama abang-abang dan kakak-kakak yang sudi melayani karenah mereka.
Penulis bersama adik-adik yang comel
   Setibanya sahaja waktu Isyak, maka, beredarlah semua ke Surau FST bagi menunaikan solat Isyak dan Solat Terawih. Selepas melakukan ibadah berkenaan, pelajar diminta untuk naik semula bagi menjamu hidangan moreh yang telah disediakan berupa kuih-muih dan bubur lambuk buatan Geologi UKM. Pada majlis itu juga, sesi penyampaian cenderahati oleh pihak penganjur kepada penghuni Rumah anak yatim darul Rukaiyah diadakan.
Sesi menceriakan adik-adik ini.
   Agak menarik melihat riak muka adik-adik Darul Rukaiyah yang sangat teruja dan gembira setelah mendapat saguhati berkenaan.Sumbangan oleh Pusat Pakaian Hari-Hari kepada Rumah anak yatim darul Rukaiyah juga di turut diberi. Selepas berakhirnya sesi bersama adik-adik dari Rumah Anak Yatim darul Rukaiyah, tibalah masa untuk 'fotogedik Geol'. Saksikan;
Mula-mula begini....
Sedetik kemudian:
Penambahan orang: dah macam Poster Hari Raya...=)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan