Sabtu, 23 Ogos 2014

'Tulang Peha Makhluk Asing' di Planet Marikh?

Sekeping gambar tulang bertarikh 14 Ogos 2014 yang dirakam oleh robot pintar milik NASA, Curiosity di planet Marikh menimbulkan perdebatan hangat di alam maya dan seterusnya mewujudkan satu persoalan besar. Benarkah sebenarnya wujud sebuah kehidupan di Marikh?

Gambar bertarikh 14 Ogos 2014 ini oleh Curiosity dari Marikh menimbulkan tanda tanya: Wujudkah kehidupan disana?
Bagi peminat makhluk asing dan objek terbang tidak dikenali (UFO), ini sememangnya satu bukti yang amat kukuh bagi membolehkan satu andaian jelas tentang sebuah kehidupan, sekurang-kurangnya makhluk bertulang pernah hidup di planet merah terbabit.

Gambat terbabit dirakam dengan menggunakan MastCam Curiosity Rover pada 14 Ogos 2014. Imej berkenaan digambarkan sebagai tulang peha sebuah mahkluk vertebrata dewasa yang pernah wujud di alam, sekurang-kurangnya.

Curiosisty Rover, robot pintar dari NASA di Marikh.

Sebelum itu, pada 7 April 2014 lalu, Curiosity sekali lagi menjadi tumpuan dunia di alam maya apabila berjaya merakam sekeping gambar pemandangan dimana terdapat objek bersinar-sinar kelihatan sayup-sayup dari kejauhan di permukaan planet Marikh.


Curiosity adalah sebuah robot pintar berkuasa solar yang dioperasikan dibawah pihak NASA bagi kajian menyeluruh untuk memahami, mendapatkan maklumat terperinci serta mengkaji kemungkinan-kemungkinan terdapatnya bukti-bukti kehidupan di sekitar planet Marikh dibawah projek Makmal Sains Marikh (Mars Science Laboratory, MSL). Curiosity berlepas dari bumi pada 26 November 2011 dan selamat mendarat di Marikh pada 6 Ogos 2012.

Sumber: The Independent

Rabu, 20 Ogos 2014

Bárðarbunga, Iceland : Episod letusan Eyjafjallajökull 2010 Bakal Berulang, Ruang Udara Eropah Bakal Lumpuh?

Bárðarbunga pada letusan tahun 1998
Apabila gunung berapi Eyjafjallajökull di Iceland meletus pada tahun 2010, secara kasarnya letusan telah menyebabkan debu-debu halus gunung berapi diterbangkan sehingga 30,000 kaki yang menyebabkan kebanyakkan lapangan terbang di Eropah terpaksa menutup/menangguhkan operasi mereka selama 6 hari.

Hari ini, Iceland sekali lagi memberi amaran kepada syarikat penerbangan di sekitar eropah tentang peningkatan aktiviti seismik sebuah lagi gunung berapi iaitu Bárðarbunga yang akan meletus. Pada lewat Isnin lalu, gempa terbesar yang pernah dicatatkan dikawasan terbabit telah berlaku dan saintis mendapati aktiviti magma sedang berlaku dibawah permukaan kawasan terbabit, sehingga memaksa pejabat kajicuaca Iceland mengeluarkan amaran peringkat oren kepada syarikat-syarikat penerbangan di sekitar eropah.

Bárðarbunga terletak 1,300 kaki dari bawah permukaan bumi- buat masa ini.

Saintis menjelaskan, letusan ini boleh berlaku samada melalui celahan rekahan glasier, ataupun melalui proses pencairan ais terlebih dahulu, atau melalui letusan besar yang mengakibatkan semua bahan yang terkumpul disekitar permukaan magma terbabit akan berserakan sejauh beberapa kilometer.

Ini akan menyebabkan ais tercair, bergantung kepada suhu magma berkenaan untuk proses pencairan ais. Walaubagaimanapun, beberapa teori oleh saintis mengenai kuantiti debu-debu halus yang berterbangan ke udara.

Antaranya ialah apabila lava menyentuh lapisan ais, letupan wap telah menyebabkan debu berpecah menjadi partikel-partikel halus lalu, semakin halus debu terbabit, semakin jauh dan tinggi ianya berterbangan keudara yang akhirnya akan mengancam industri penerbangan eropah, secara amnya.

Teori lain yang dikemukakan termasuklah, apabila lava menyentuh permukaan ais, ia akan menghasilkan debu tertumpat dan seterusnya bergabung bersama wap, membentuk patikel berat yang berselerakan diruang angkasa sejauh beratus-ratus kilometer.


Bárðarbunga, merupakan gunung berapi jenis stratovolcano, terletak dibawah Glasier Vatnajökull di Iceland, iaitu kedua tertinggi di Iceland.

Sumber: Science Popular

Isnin, 18 Ogos 2014

Lebih 100 terkorban akibat tanah runtuh, banjir di Nepal dan India

Sekurang-kurangnya 100 orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang disebabkan monsun yang membawa hujan lebat di Nepal dan  wilayah utara India.

Pasukan penyelamat Nepal sedang berusaha mencari mangsa yang trselamat dalam runtuhan tanah di Lamo Sanghu di Sungai Sukoshi, 70 km di timur laut Kathmandu. - AFP

Hujan lebat itu juga telah menyebabkan beribu penduduk disekitar lembah-lembah pergunungan Himalaya mencari tempat perlindungan akibat ketidakstabilan struktur tanah dikawasan pergunungan terbabit.

Di Nepal, hujan lebat telah menyebabkan 85 orang terkorban selain memaksa kira-kira beratus yang lain berlindung dikawasan yang selamat.

Selain itu, hujan lebat di kawasan Utara India telah meragut sekurang-kurang 24 nyawa selain memaksa kira-kira beribu yang lain berpindah susulan kejadian tanah runtuh yang membawa bersama lumpur dari kawasan pergunungan.

Beratus nyawa terkorban di asia selatan akibat cuaca hujan yang menyebabkan kejadian tanah runtuh. -AFP