Khamis, 19 Ogos 2010

Kerja Lapangan Geologi; hari kedua:04 mei 2010

     Memasuki hari kedua, Kerjalapangan Geologi: Kawasan Jalur Tengah Pantai Timur, akan memasuki sebuah lombong emas yang agak terkenal di kawasan Raub dan Kuala Lipis khususnya. Lombong Emas Penjom, Kuala Lipis, Pahang merupakan antara pengeluar emas berkualiti tinggi yang terbesar di Malaysia setakat ini. Beroperasi lebih daripada 10 tahun, lombong ini banyak melakar pelbagai momentum dalam menjadikan industri sumber alam negara diambil secara bersistem dan mematuhi piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan.
Pelbagai teknologi yang canggih digunakan dalam menghasilkan emas yang berkualiti.
    Perjalanan dari Hotel tempat penulis dan pelajar lain menginap dengan kawasan lombong agak jauh dengan perjalanan mengambil masa selama sejam setengah dengan melalui denai-denai laluan lori-lori yang mengangkut bahan-bahan buangan dari lombong. Sampai sahaja rombongan pelajar Program Geologi Tahun 1 sesi 2009/2010, kami disambut riang oleh petugas disana. Kami juga diberikan taklimat mengenai asal usul lombong, syarikat utama yang mendukung lombong emas ini, proses ekplorasi dalam batuan dikawasan sekitaran dan mengenai cara penjagaan alam sekitar selepas aktiviti melombong dijalankan.
Beberapa orang pelajar melalui kawasan mesin-mesin yang digunakan.
   Sedikit latar belakang tentang Lombong Emas penjom ini. Untuk pengetahuan kita, lombong ini beroperasi secara dedah,dimana batuan sedimen yang telah termetamorf yang mungkin mengandungi butiran halus emas dihancurkan dan diproses bagi menapatkan emasnya.Antara batuan sedimen yang ada disini ialah terdiri daripada syal bergrafit, batu pasir dan tuf yang berselanglapis antara satu sama lain. terdapat juga kekanta batu kapur selain terobosan batuan Igneus berbutir halus "felsite" dan telerang-telerang kuarza. Butiran emas yang halus-halus biasanya dapat ditemui di dalam telerang-telerang halus kuarza yang menerjah syal bergrafit.Banyak struktur sesar juga dapat dilihat disini.
Butiran halus emas yang telah dikumpul dan di leburkan, kemudian, di sejukkan.
   Selepas mendengar taklimat yang berdurasi lebih kurang sejam setengah, dua kumpulan dipecahkan, satu kumpulan dibawa melawat tapak kilang pemprosesan dan satu lagi dibawa melihat tapak perlombongan untuk sendiri proses perlombongan dijalankan. Kumpulan yang dibawa bergerak ke tapak perlombongan dapat melihat sendiri bagaimana aktiviti perlombongan seperti perletupan, mengisi batuan kedalam lori, kedalaman sebenar dan pelbagai teknik yang digunakan untuk mengekplorasi mineral yang ada. Dikesempatan ini juga para pelajar dibenar untuk mencarap serta mengealpasti jenis batuan yang terdapat dilokaliti samada mafik ataupun felsik. Satah sesar juga ditunjukan kepada pelajar untuk dijadikan rujukan dalam mengira satah sesar tersebut.
Mencerap sambil mencari kalau ada sisa-sisa emas yang tertinggal
    Beralih kepada kumpulan yang bergerak ke tapak pemprosesan batuan menjadi emas, kami diberi taklimat ringkas dahulu sebelum memulakan lawatan berkenaan dengan keselamatan di kawasan Industri. Beberapa mesin turut diperkenalkan kepada pelajar termasuklah mesin pemecah batuan, mesin penggelek dan beberapa mesin lagi yang terdapat disini. Selain itu,kami juga diberi kesempatan untuk melihat sendiri proses peleburan emas yang teradun dengan bahan lain, lalu menjadi emas yang boleh mencecah ke harga RM500,000 hinggalah RM1.2 juta. Banyak maklumat baru diperolehi semasa kami berada di tapak pemprosesan lombong emas ini. Sebelum pulang, ramai pelajar senior Program Geologi,UKM yang bekerja di ombong emas ini mengambil kesempatan dan peluang untuk bertemu dengan pensyarah-pensyarah mereka serta adik-adik mereka.
Tapak pemprosesan emas yang berkualiti
   Bergerak ke lokaliti seterusnya kira-kira jam 2 petang menelusuri jalan Kuala Lipis-Merapoh, rombongan akhirnya sampai ke lokaliti yang seterusnya iaitu Jalan Padang Tengku-Merapoh,Lokaliti tepi jalan ini cukup menarik dengan kehadiran batuan volkanoklas berfoliasi. Batuan segar berwarna kehijauan dan perluluhawaan menyebabkan perubahan warna yang menjadi kemerahan. Disini, dapat juga diperhatikan warna dan tekstur batuan segar da perubahan yang disebabkan oleh perluluhawaan.
Lokaliti tepi jalan-Sangat bahaya: Keselamatan perlu diutamakan.
  Selepas loaliti tepi jalan ini, perjalanan diteruskan sehingga ke sempadan Pahang-Kelantan, dimana laluan mengikuti kawasan Banjaran Titiwangsa, akhirnya lebih kurang pukul 5 petang, rombongan tiba di kawasan lokaliti,yang sebelum itu singgah diuntuk bersolat di Merapoh. Gua Musang merupakan lokaliti terakhir untuk hari kedua kerjalapangan ini.Sedikit maklumat menarik mengenai Gua Musang ini ialah, merupakan Gua batu Kapur. Gua ini terdapat dalam batu kapur dan marl yang terletak didalam Formasi Gua Musang yang berusia Perm hingga Trias.Pelbagai Morfologi dapat dilihat, antaranya stalagmite, stalagmige dan bermacam lagi selain kawasan sekitaran yang dipenuhi bukit-bukit yang dikira bukit batu kapur.
Pelbagai morfologi menarik disajikan.
Prof. Ibrahim yang sedang menerangkan serba sedikit mengenai asalan gua ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan