Taklimat di lapangan: kaedah dan cara asas |
Pelbagai maklumat akan di ambil-Sesar, Kekar dan pelbagai lagi |
Lokaliti Ke-3:Kuala Lipis |
Bergerak menggunakan tiga buah bas, rombongan pelajar Geologi UKM dan pensyarah sampai di Lokaliti pertama lebih kurang jam 1215 yang mana lokaliti tepi jalan, dengan melihat singkapan batuan sedimen yang ada serta sistem tektoniknya yang ada pada satah itu. Seperti kebiasaan kami, apabila berada di tepi jalan, akan meriah dengan bunyi hon-hon kereta manusia yang pelik dengan keadaan kami. Walaubagaimanapun, itu semua lumrah dalam berkerjalapangan. Selama lebih kurang dua jam berjemur mencari maklumat yang sepatutnya, akhirnya, kami dibenar menaiki bas dan bertolak ke lokaliti kedua. Kesemua pelajar sudah kelihatan seperti ikan kering yang menunggu masa untuk disalai oleh penggerai bazar ramadan hanya pada lokaliti pertama!
Jeram besu-Jalan Raub-Benta |
Kawasan Benta Kompleks |
Prof. Mohd Shafee Leman sedang menganalisi Fossil di Lokaliti |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan