Sabtu, 14 Ogos 2010

Ahlan Wa-Sahlan Ya Ramadan

    Salam Ramadan dan kembali lagi bersua dalam bulan Ramadan yang penuh barakah. Selamat tinggal Syaaban yang telah beberapa hari meninggalkan kita. Ini bermakna, segala amalan kita, tutur kata, perangai, tingkah laku dan percakapan kita akan dinilai secara berganda, antara baik mahupun buruk.
Syaitan juga akan diikat sepanjang bulan Ramadan
   Sepanjang bulan yang penuh dengan pahala dan berkat,dikala  pintu Syurga dibuka dan pitu Neraka ditutup serapatnya, amatlah diharapkan agar semua umat Islam dapat mempergunakan masa dan detik yang ada untuk beramal jariah, tidak kiralah dalam bentuk lisan, hati, perbuatan dan amalan, ataupun sedekah. Amatlah besar pahala mereka, barangsiapa yang melakukan amal jariah walaupun sekecil biji sawi amalannya, tetap dikira beramal jariah.
Indahnya Ramadan
   Sambutan bulan Ramadan di Kolej Keris Mas tidak kurang meriahnya, dengan pelbagai gerai dan bazar melatari segenap ruang kafeteria dan sekitar surau KKM.Antara badan atau kelab yang meyumbangkan tenaga mereka dalam menjayakan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA), Kor Sukarelawan SUKSIS, PAWANA MAS DAN banyak lagi.
Ramadan Bulan Penuh Berkat
  Kemeriahan sambutan bulan Ramadan tidak terhenti di siang hari. Pelbagai program telah diurus dan disusun oleh JAKSA Kerohanian bagi memeriahkan bulan mulia itu disamping mengimarahkan Surau seperti Program Tadarus Al-Quran, Solat Terawih, Qiamulail dan macam-macam lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan