Isnin, 2 Ogos 2010

Amali Sedimentalogi: Ayak

  Amali sedimentalogi hari ini mengajak pelajar untuk mengenali danmencerap sifat fizikal dan komposisi partikel berdasarkan bentuk keseferaan dan kebulatan, asingan dan warna.Apa yang paling penting pada amali ini adalah proses analisis saiz butiran menerusi kaedah ayak.Dalam kajian sedimen klastik, saiz butiran sedimen klastik merupakan tekstur dan parameter terpenting. Sedimen yang berjulat daripada sangat kasar atau besar, seperti bungkah dan grabel kepada sederhana iaitu pasir, dan halus, iaitu lodak dan lempung. Segala kaedah yang digunakan adalah berbeza, iaitu mengikut sama ada ia adalah batuan sedimen yang tersimen dan keras atau ia sedimen tak tersimen iaitu peroi.
batuan sedimen- pasir


  Klasifikasi antara sedimen peroi boleh dibuat berdasarkan pelbagai aspek. Bagi sedimen peroi,individu butiran adalah terasing atau masih boleh diasingkan.kaedah analisis saiz bagi sedimen peroi bergantung kepada saiznya. Yang kasar, iaitu grabel dan bungkah boleh diukur terus menggunakan pembaris, yang sederhana, pasir dianalisis menggunakan ayak, dan yang halus iaitu lodak dan lempung menggunakan kaedah pipet atau hidrometer.
Batu pasir diayak menggunakan alatan yang disediakan
    
     Butiran dalam batuan sedimen adalah sedimen yang terlekat, tidak boleh dipisahkan;kalaupun dicuba pecahan yang terhasil tidak menwakili butiran asal. Batuan sedimen terpaksa dipotong dan diukur keratan bulatanya.Yang kasar boleh diukur terus. Yang sederhana dan halus perlu dibuat keratan nipis dan diukur menggunakan mikroskop dan mikrometer.
Batuan sedimen diasingkan
   Agak menarik proses mengayak yang melibatkan tenaga yang agak banyak semasa amali in dijalankan. Namun, apa yang lebih penting, setiap jenis partikel batu pasir berjaya di asingkan dan menjadi titik tolak bermulalah pemahaman yang lebih rencam berkaitan proses pengasingan dan kepentingan subjek sedimentalogi kepada pelajar geologi khususnya. sekali pandang, agak pelik mengapa perkara ini perlu dikaji dan diteliti oleh para ahali geologi padahal ianya sesuatu yang biasa diluar sana. Maksudnya disini, Hanyalah batu pasir, bukanya emas pon.
Ketelitian sangat penting dalam proses megayak
    Sedar atau tidak, gas asli dan petroleum sebenarnya terhasil secara banyak dan dominan dikawasan yang berbatuan sedimen berbanding dikawasan batuan metamorf atau igneus. Oleh itu, kajian sedimentalogi secara umumnya membangun berikutan perkembangan semasa yang menjadi isu utama kini-minyak dan gas asli.Bahan gas asli sangat berguna 10 tahun kebelakangan ini dengan keperluan mengatasi bekalan yang ada. Oleh itu, industri cari gali diseluruh dunia berkembang dengan pesat berpasak dari perkembangan yang agak cepat ini.
Data yang lengkap perlu disediakan selepas proses mengayak sedimen
    Secara umumnya, kajian sedimentalogi yang penting bermula daripada perkara yang asas dan berguna supaya kefahaman yang lebih tinggi dapat digunakan dilapangan khususnya dan dijadikan sumber rujukan yang baik dalam menempuh hari-hari mendatang.

1 ulasan: