Rabu, 18 Ogos 2010

Amali Sedimentalogi: kaedah Hidrometer

  Amali sedimentalogi pada hari ini merupakan kesinambungan amali yang terdahulu (dua yang lepas) yang masih lagi mengenai pengukuran saiz partikel batuan sedimen yang telah di pelajari sebelum ini.Kaedah yang lain yang digunakan dalam menentukan saiz pertikel batuan sedimen adalah dengan mengguna pakai teknik atau kaedah Hidrometer.
Demonstrator sedang menyediakan aparatus sedimen
   Teknik ini biasanya akan digunakan semasa kita melangkah ke tahun 3 iaitu setelah mengetahui pengkhususan masing-masing. Umunya, kaedah ini digunakan secara banyak oleh mereka yang akan mengambil pengkhususan dalam bidang Geologi Kejuruteraan dan Geologi Sekitaran. Teknik ini amat mudah jika dibandingkan dengan teknik yang lepas. Ini kerana ia tidak memerlukan kaedah yang terlalu leceh dan menjimatkan tenaga.
Air suling dimasukkan kedalam Silinder
    Cara penyediaan kajian amatlah mudah, seperti mana cara yang digunakan pada minggu-minggu yang terdahulu, namun sedikit berbeza kerana kajian ini menggunakan Hidrometer sebagai alat pengukur kepada intensiti kepekatan Lodak dan lempung serta perkaitannya dengan bacaan Hidrometer yang diambil dapat ditentukan secara tetap.
Campuran tadi di godak sehingga 'mesra'
    Menurut Prof. Kamal Roslan,kaedah ini tidak perlu dilakukan oleh pelajar kerana pelajar akan melakukanya juga pada tahun akhir nanti, dan cara ini amat mudah sehinggakan pelajar tahun akhir dapat mengingati kembai apa ynag mereka pelajari semasa ditahun 2.Masa yang digunakan untuk mengambil bacaan Hidrometer antaranya 1,2,4,8,16,32,64,128 dan 256 minit.Tempoh ini mewakili masa-masa yang diambil untuk batuan lodak dan lempung termendak pada masa tertentu.
keadaan hidrometer didalam bekas silinder
    Oleh itu, amali ini dapat mendedahkan kepada pelajar tentang salah satu lagi cara yang digunakan untuk menentukan hukum stokes yang selalu digunapakai oleh ahli Sedimentalogi pada masa ini. namun, pendedahan yang lebih banyak perlu dilakukan kepada pelajar tentang kaedah lain yang dlihat berpotensi untuk dimajukan dalam bidang Sedimentalogi ini.
Sila ayak silinder saye! saye bersenang hati! (Gile ke?)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan