Khamis, 17 September 2015

Gempa Bumi 8.3 Skala Richter Gegar Chile

Sebuah gempa bumi kuat berukuran 8.3 pada skala richter menggegarkan Chile pada 16 September 2015, 7:54 malam waktu tempatan.
Menurut USGS, gempa berkenaan berpusat di bahagian barat Illapel, Chile. Ianya berlaku disebabkan sebuah sesar sungkup besar yang terbentuk antara benua Nazca dengan benua Amerika Selatan di tengah Chile. Pada masa ini, plat benua Nazca telah teralih kearah timur-timur laut pada kelajuan 74 mm per tahun. Kejadian ini juga menyebabkan, plat ini telah tergelincir kebawah plat benua Selatan Amerika.
Gelinciran ini membentuk sebuah jurang yang dinamakan Jurang Chile-Peru. Gempa bumi berpusat 85 km ke barat Jurang Peru, Chile. Kejadian yang berlaku pada 16 September 2015 itu secara dasarnya melibatkan patahan kawasan seluas 230km x 100 km (jarak x lebar).



Susulan gempa bumi berkenaan, dianggarkan ombak tsunami setinggi 4.5 meter melanda sekitar kawasan pantai Chile khususnya di bandar pelabuhan Coquimbo. Ombak tsunami berkenaan membanjiri kawasan taman tepian laut dan juga kejiranan penduduk dan memaksa penduduk yang berada dikawasan rendah untuk mendapatkan perlindungan ke tempat yang lebih tinggi.


Pelbagai video dan gambar membanjiri media sosial khususnya menunjukkan kawasan tepi laut yang dibanjiri air laut akibat ombak tsunami tersebut, seterusnya meninggalkan kerosakan kecil pada sepanjang laluan ombak tsunami tersebut. Namun, tiada kerosakan serius dilaporkan dan siren amaran kehadiran ombak tsunami telah dibunyikan diseluruh bandar-bandar pelabuhan.


Laporan awal menyebut bahawa lebih sejuta orang dipindahkan secara berperingkat-peringkat, dimana sekurang-kurangnya 5 orang terbunuh dalam kejadian itu, manakala lebih 20 orang tercedera. Menurut pegawai daripada Jabatan Kecemasan Kebangsaan Chile, amaran tsunami telah ditarik balik dikawasan Aysen, Los Rios, Los Lagos dan Magallanes, termasuklah kawasan Kepulauan Isla San Felix dan Kepulanan Juan Fernandez. Selebihnya, masih berkuatkuasa dibawah amaran tsunami susulan gempa kuat tersebut.

Pada awalnya selepas kejadian gempa terbabit, Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) memberi amaran tsunami bahawa kebanyakkan kawasan di Chile boleh mencecah lebih 3 meter daripada paras laut.
 
Pusat Amaran Tsunami (PTWC) juga mengeluarkan amaran kepada kawasan pelancongan terkenal , Kepulauan Hawaii. Walaubagaimanapun, langkah berjaga-jaga diambil sekiranya berlaku kejadian luarbiasa dikawasan lautan kepulauan berkenaan memandangkan setelah beberapa jam kejadian gempa berlaku. Gempa susulah terus berlaku dikawasan sekitar Chile pada skala 5.0 sehingga 6.0 sehingga lewat malam ini.- Agensi
 
Sumber: RT News, USGS, Twitter


Tiada ulasan:

Catat Ulasan