Dataran Pasar Payang: sebelum bergerak ke Kuala Terengganu |
Lokaliti 14:0930: Pantai Chendering, Kuala Terengganu.
Lokaliti pantai yang mempunyai morfologi yang cukup menarik untuk dikongsikan. Berdekatan dengan kawasan rumah penduduk di tepi laut China Selatan, lokaliti pantai ini juga merupakan kawasan batuan yang kebanyakannya telah tercangga dalam keadaan yang sangat rencam.
Kawasan batuan yang telah tercangga dengan rencam. |
Untuk pengetahuan semua, jenis batuan disini adalah batuan metasedimen iaitu batuan kuartzit dan filit berselang lapis antara satu sama lain.selain itu, dapat dilihat adalah struktur tektonik dimana terdapat lipatan yang sangat besar dan di atas sayap lipatan besar ini boleh juga ditemui lipatan-lipatan yang kecil.Tambahan pula, sesar, kekar dan struktur canggaan yang lain banyak terdapat di sini.
Struktur perlipatan yang sangat jelas. |
Selepas mendengar taklimat yang di berikan, para pelajar diminta untuk mencerap serta melukis bentuk perlipatan yang ada. Maka berduyun-duyunlah serta terkemut-kemutlah rakyat Geologi tahun 1 sesi 2009/2010 menyiapkan lukisan-lukisan perlipatan mereka dengan selengkap mungkin untuk diserahkan kepada pak cik mat di sebelum bertolak menuju ke destinasi seterusnya.
Lokaliti 15: 1145 : Kuala Abang, Terengganu.
Satu lagi lokaliti tepi pantai yang memperlihatkan morfologi batuan yang menarik. Sekali lagi ditemui batuan metasedimen seperti yang terdapat di Pantai Chendering dan di Tanjung Jara (tidak termasuk senarai lokaliti).
Aktiviti mencerap batuan sedang dilakukan. |
Secara umunya, filit yang terdapt disni juga memgandungi grafit yang tinggi yang mana salah satu mineral yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dan boleh dikormesialkan. Terdapat juga struktur perlipatan dan kerdut.hakisan pantai yang berbeza terhadap batuan yang berlainan (filit dan kuarzit) juga dapat diperhatikan.
Morfologi kapal si Tanggang hasil daripada hakisan pantai. |
Pelajar di berikan masa untuk mencerap batuan yang ada dan cuba mengenali beberapa mineral lazim mahupun mineral yang mempunyai nilai yang tinggi seperti mineral grafit. Setelah hampir satu jam, pelajar diminta balik ke bas untuk meneruskan perjalanan menuju lokaliti seterusnya.
Lokaliti 16:1430: Kuala Kemasik, Terengganu.
Berhenti sebentar di Kuala Kemasik, para pelajar di benarkan makan tengah hari dan menunaikan solat di kawasan rekreasi ini. selesai berehat selama beberapa belas minit, tumpuan diberikan kepada jasad batuan di sekitar Kuala kemasik, yang menjadi kawasan aktiviti riadah pengunjung di hujung minggu maupun di waktu cuti umum.
metasedimen Paleozoik atas. |
Menurut Prof. Shafee Leman,jenis batuan yang terdapat disini adalah batuan metasedimen paleozoik atas dengan kelimpahan andalusit (kristolit) yang disebabkan oleh metamorfisma.Selepas diterangkan jenis batuan, pelajar juga diberi sedikit penerangan berkaitan Geo-pelancongan yang semakin berkembang saat ini, dimana semakin ramai orang diluar sana berminat untuk mengetahui tentang sejarah serta asal mula sesuatu bentuk batuan, keadaan sekitaran nya serta penjelasan umum berkaitan kepentingan dalam menjaga serta memulihara khazanah bumi yang tidak ternilai ini. Pelajar dibenar mencerap dan selepas beberapa ketika, pelajar dibenar kembali ke bas untuk bergerak ke lokaliti terakhir.
Lokaliti 17: 1715 :Pantai Batu Hitam, Kuantan.
Akhirnya perjalanan Kuala Terengganu-Kuantan yang memakan masa selama beberapa jam akhirnya sampai ke destinasi terakhir untuk hari ini, iaitu, Pantai Batu Hitam.
Pemandangan Pantai Batu Hitam yang cukup indah di petang hari. |
Sedikit maklumat geologi mengenai kawasan lokaliti: asal mula ialah lava basalt berusia Pleistosen iaitu 1.7 juta tahun lalu. Berwarna hitam, serta berbutir halus, basalt ini mengandungi mineral amfibol, piroksen, olovin, feldspar yang kaya dengan kalsium. Terdapat rongga-rongga vesikel menunjukkan arah aliran. terdapat juga kekar-kekar poligon dan kesan luluhawa mineral amfibol, piroksen serta olivin.
Mineral Ultrabes sangat melimpah dalam batuan ini. |
Mengikut kajian geo-kronologi, usia basalt disekitar Kuantan adalah sekitar 2 juta tahun iaitu bersamaan usia kuartenari.Basalt ini mungkin keluar ke permukaan bumi melalui rekahan-rekah yang ada dan mengalir keluar ke kawasan Bukit Tinggi.Mungkin disisilah tempat lava keluar melalui rekahan dalam bumi. Terdapat aliran yang membeku dalam rekahan sebelum sempat keluar membentuk daik. Daik dolerit banyak terdapat disekitar Kuantan, tetapi daik dolerit di Kuantan ini dikatakan berusia 110 juta tahun, iaitu jauh lebih tua berbanding dengan lava basalt itu tadi.
Prof Dr. Ghani sedang memberikan penerangan berkenaan Pantai Batu Hitam ini. |
Kemudian, aktiviti mencerap pun mula dilakukan tetapi mengambil masa yang tidak begitu lama akibat waktu yang sudah terlalu lewat, dan pelajar kemudianya kembali ke bas setelah selesai mencerap batuan yang dikehendaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan