|
Laki, Iceland |
8 Jun 2013 adalah salah satu tarikh yang amat bersejarah kerana ianya menandakan ulangtahun ke-230 letusan terkenal Laki di Iceland- salah satu daripada letusan gunung berapi terbesar dalam sejarah bumi. Letusan berkenaan bukannya bermaksud satu letusan besar yang berasosiasi dengan aktiviti gunung berapi yang bersifat major seperti Tambora dan Krakatau. Namun, 'besar' di Letusan Laki bermaksud ianya memberi kesan yang amat mendalam terhadap manusia yang hidup di kawasan himesfera utara selepas letusan itu berlaku. Impak langsung daripada letusan berkenaan masih lagi menjadi perdebatan hangat para ahli kaji bumi sehingga kini.
Letusan Laki yang bermula pada 8 jun 1783 sehingga februari 1784, bukanlah satu peristiwa yang berlaku dalam jangka masa yang singkat, kerana proses aliran lavanya yang berlarutan sehingga 8 bulan serta letupan debu-debu halus volkanik- dianggarkan ~14.7 km2 lava bsalt yang dikeluarkan daripada 140 corong lava sepanjang 23-km set-set rekahan dan kon-kon gunung berapi. Oleh itu, tidak hairanlah, saintis kaji bumi menggelarkannya sebagai letusan lava jenis basaltik terbesar yang pernah direkodkan dalam sejarah.
Isipadu debu-debu volkanik yang halus ini, agak sukar dibayangkan, namun, ianya boleh menutupi seluruh kotaraya Boston (~232km2) dengan ketebalan basalt hampir ~63 meter. Cara lain: Kilauea, salah satu kawasan yang paling aktif dibumi, mengeluarkan lava jenis basalt kira-kira ~4.0 km3 sejak tahun 1983 sehingga kini. Ini bermakna, letusan Laki 3.6 kali banyak mengeluarkan lava basaltik hanya dalam masa 8 bulan.
Peristiwa ini tidak termasuk letusan yang berlaku berdekatan dengan kawasan Laki, iaitu GrÃmvötn. Letusan di GrÃmvötn dianggarkan meletus lebih kurang 8 kali, bermula dalam tempoh sejak Mei 1783 sehingga Mei 1785. Kedua-dua episod letusan ini dikaitkan dengan dengan 'Episod tektonik-volkanik' yang membekalkan magma ke kawasan rekahan di Laki dan juga GrÃmvötn.
Letusan di Laki ini mempunyai trend yang sama dengan episod letusan gunung berapi yang lain. Ianya bermula dengan beberapa siri gempa bumi dalam jangka masa 3-4 minggu sebelum letusan pertama pada 8 Jun 1783. Secara mudahnya, sesuatu permulaan letusan volkanik baru akan mengikuti urutan kejadian-kejadian berikut: gempa bumi, penjanaan rekahan baru dan gegaran letupan yang pendek (lava berinteraksi dengan air bawah tanah).
Sebahagian letusan ini akan menghasilkan puncak berbukit-bukit dan ada yang mencecah setinggi 15 km (~50,000 ft) dimana pancuran lava setinggi 800-1400 meter. Apabila lava yang kali pertama mengalir daripada kawasan rekahan yang baru, sesetengah kadar letusan adalah sangat tinggi (~8,600 m3/s). Hampir 90% daripada letusan lava berlaku pad 5 bulan pertama.
Kesannya, dianggarkan 122 Mt sulfur dioksida telah dilepaskan oleh letusan Laki ini, dimana 95 Mt berada pada lokasi troposfera atas dan stratosfera bawah. Oleh itu, gas beracun ini bergerak pada aras pergerakkan jet dan teredar diseluruh kawasan hemisfera utara. Jerebu beracun ini dengan pantas memasuki ruang udara Eropah dan pada 1 Julai 1783, jerebu ini dilaporkan memasuki rung udara China.
Tiada rekod sejarah banyak melaporkan kehadiran jerebu ini memasuki ruang udara Utara Amerika, namun kajian daripada lilitan batang kayu daripada kawasan Alaska, menunjukkan bulan Julai sehingga Ogos 1783 , suhu adalah pada kadar yang sejuk, walaupun sebenarnya pada bulan berkenaan adalah peralihan musim panas dengan musim luruh. Populasi penduduk di Alaskan pada masa berkenaa juga dilaporkan menurun secara mendadak manakala dalam catatan sejarah lain menggelarkan tahun berkenaan sebagai “Summer that did not come”, turut merujuk kepada letusan Laki berkenaan.
Secara global pula, 95 Mt bagi gas Sulfurik dioksida telah dilepaskan ke atmosfera lalu membentuk 200 Mt aerosol asid sulfurik. Hampir 90% daripada asid sulfurik yang terbentuk itu bertukar sebagai hujan asid atau jerebu, manakala 10% lagi baki sulfurik asid terbebas ke udara bertahun lamanya. Perkara ini mungkin penjelasan terbaik, mengapa suhu kawasan hemisfera utara 1.3 Celsius dibawah suhu normal bagi 2-3 tahun selepas episod letusan Laki berkenaan.
Asid sulfurik berkenaan turut merosakkan hasil tanaman di hampir kebanyakkan negara di Eropah ketika itu. Debu halus daripada letusan Laki di Iceland bergerak sejauh Venice, Itali dan beberapa tempat didunia.
Kejadian letusan gunung berapi merupakan salah satu kejadian alam yang jarang berlaku, namun, jika ianya berlaku, kita tidak dapat elakkan. Apa yang kita dapat lakukan, jauhi kawasan yang sudah diketahui aktif aktiviti seismologinya, dan kurangkan kehilangan nyawa semasa letusan berlaku. Perlu diingat, aktiviti gunung berapi bukanlah sesuatu yang menyusahkan dan hanya bencana semata-mata, namun, terdapat impak positif yang kita perolehi selepas ribuan/jutaan tahun ianya berlaku. Emas, perak, gangsa, timah dan pelbagai mineral berharga lain datang dari aktiviti ini. Sesungguhnya, sesuatu kejadian itu ada hikmahnya dan Allah jualah sebenar-benar perancang yang terbaik.