Jumaat, 6 Februari 2015

Episod Kepupusan Terbesar Bumi akibat Perubahan Cuaca, Aktiviti Volkanik: Saintis


Saintis kemungkinan telah menemui punca utama yang berkaitan dengan aktiviti volkanik major di Siberia yang menjadi kunci kepada kepupusan Zaman Perm (250 juta tahun lalu), yang lebih dikenali sebagai 'Great Dying'. Pengkaji telah menemui bahan kimia yang dihasilkan oleh letusan volkanik berkenaan iaitu berupa hujan asid yang menyebabkan lebih 70 peratus daripada hidupan di daratan dan 90 peratus hidupan di lautan pupus, berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam majalah Geology.

Akhir Perm, 250 juta tahun lalu.


Perkaitan antara aktiviti volkanik dengan episod kepupusan boleh berlaku tidak semasa zaman Perm sahaja; saintis telah menemui letusan besar yang kebetulan mempunyai jangkamasa yang sama dengan kelima-lima episod kepupusan massa, termasuklah yang telah memusnahkan era kemuncak dinosaur, yang mana diketahui disebabkan impak asteroid dari luar bumi. Kesemua yang berlaku ini boleh memberi petunjuk dan amaran awal kepada perubahan cuaca yang boleh berlaku lagi, melalui pencemaran buatan manusia, dengan kesan yang sama, menurut saintis.

Zaman era kemuncak dinosaur.


Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang berlaku pada akhir zaman Perm, sekitar 250 juta tahun lalu, sebuah kumpulan saintis antarabngsa telah mengambil sampel daripada kawasan cerun di pergunungan Dolomites, Itali, yang mempunyai lokaliti 'rakaman peristiwa' yang lengkap dan tepat terhadap peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 'Great Dying' tersebut.

Kesan pemanasan bumi.


"Pada masa berkenaan (akhir Perm), sebuah superbenua yang dinamakan Pangaea sedang cuba untuk berpecah", menurut satu kajian terbaru yang diketuai pengkaji, Mark Sephton, professor geokimia organik di jabatan sains bumi dan kejuruteraan di Imperial College London. "Batuan basalt yang terbentuk yang kini dikenali sebagai 'Siberian Traps' adalah salah satu supervolkano yang terbesar pernah berlaku. Letusan di Siberia secara umumnya sangat luas sehingga meliputi sebahagian besar lembangan sedimen yang mengandungi pelbagai hidupan flora, akhirnya menghasilkan arang batu dan garam yang telah dipanaskan oleh aliran lava basalt berkenaan lalu menghasilkan pelbagai gas berbahaya."

Hutan mula terdedahkan kepada hujan asid dan persekitaran pH rendah.


Apabila kebanyakkan hutan musnah, tanah yang dilitupi hutan berkenaan mula terdedah dipermukaan lalu dihakis oleh aktiviti hujan lalu menghasilkan lautan cetek disekitarnya. Semasa Pangea berpecah, sebahagian besar sedimen lautan telah terangkat dan menjadi sebahagian banjaran gunung-ganang, yang kini terdedah dipermukaan di kawasan pengunungan Itali.

Gambaran ketika benua-benua sedang terpecah.


Sephton dan kumpulan pengkajinya berharap agar lapisan-lapisan sedimen boleh menjadi kunci kepada sebahagian misteri tentang kejadian "Great Dying" tersebut. Apabila mereka menganalisis sampel batuan yang berusia akhir Perm berkenaan, mereka telah menemui sejenis komposisi iaitu Vanillin.

"Vanillin adalah salah satu cecair yang digunakan dalam industri kayu-kayan. Vanillin juga banyak digunakan sebagai bahan perasa makanan dalam industri makanan."


Uadara bumi sedang dipenuhi gas rumah hijau.


Kumpulan pengkaji merujuk kepada pengkaji sains makanan berkenaan vanillin, dimana bahan berkenaan akan teroksida menjadi asid vanillin apabila bacaan pH sesuatu cecair adalah normal atau tinggi. Jika keadaan persekitaran berasid, bermakna bacaan pH rendah, oleh itu vanillin tidak akan teroksida menjadi asid vanillin. Ini bermakna, jika kebanyakkan batuan berkenaan mempunyai kandungan vanillin yang banyak berbanding asid vanillin, ini boleh ditafsirkan keadaan tanah pada masa berkenaan mempunyai perkadaran asid yang sangat tinggi.

Kadar keasidan yang tinggi ditanah menjadi punca kepupusan hidupan.


 "Kadar keasidan tanah pada akhir Perm boleh disetarakan dengan kadar keasidan cuka dan jus lemon." ujar Sephton. "Kadar keasidan tanah pada akhir Perm memberi kesan kepada hutan , seterusnya membantutkan perkembangan akar. Disebabkan akar tidak lagi menjalar didalam tanah, maka aktiviti hakisan tanah berlaku. Apabila sumber utama kepada rantaian makanan bagi hidupan di daratan musnah, makan sebuah ekosistem akan lenyap."

Gambaran mengenai banjiran basalt di Siberia.


Jika pembaca merasakan ianya tidak akan berlaku pada masa kini, Sephton menekankan tentang kajian kes bagi kawasan hutan di kawasan Black Triangle di Republik Czech. "Berdasarkan kepada aktiviti industri yang bermula pada tahun 1990-an yang menggunakan arang batu coklat yang menyebabkan pelepasan gas sulfur dioksida lalu menghasilkan hujan asid. Pokok-pokok disekitar kawasan terbabit mati boleh menjadi contoh zaman moden kepada bencana yang berlaku pada zaman akhir Perm." kata Sephton.

Atmosfera bumi dipenuhi bahan beracun.


Linda Elkins-Tanton, yang mengkaji semula mengenai Siberian Traps tahun lepas, mempunyai penemuan-penemuan terbaru. Melalui kajian terbaru ini, pengkaji mengukur kadar pelepasa gas sulfur oleh aktiviti volkanik berkenaan semasa zaman akhir Perm dan akhirnya menimplemintasikan dalam model perubahan cuaca bumi. Keputusannya: tafsiran mengenai hujan asid dan nilai pH menyamai nilai keasidan cuka dan jus lemon.

"Ini merupakan satu lagu penemuan yang amat menyeronokkan," menurut Elkins-Tanton, pengarah bagi pusat pengajian bumi dan penjelajahan angkasa di Arizona State University."Magma tersebut mempunyai kandungan semulajadi klorin dan fluorin - pengeluaran gas klorofluorokarbon semulajadi- untuk memusnahkan lapisan ozon bumi. Perkara ini adalah 70 peratus lebih teruk berbanding lohong lapisan ozon yang terbentuk dizaman moden ini."

Gambaran imaginasi tentang banjiran basalt.


Ramai ahli geologi mula memikirkan tentang letusan sebesar di Siberia ini mungkin menjadi penyebab kepada episod kepupusan massa, termasuklah kepupusan spesies dinosaur, menurut Elkins-Tanton, turut mengaitkan aktiviti banjiran basalt Deccan di India juga berlaku pada zaman kepupusan massa.

"Terdapat perbalahan hebat kini yang menumpu kepada mekanisma ( hentaman impak meteorit dan aktiviti volkanisme) yang menyebabkan kepupusan," ujar beliau. "Kesemua lima episod kepupusan massa adalah berkait dengan banjiran basalt."

Kehidupan fauna semasa keadaan bumi yang semakin berasid.


Kita boleh belajar sesuatu mengenai kes paling teruk (worse-case scenario) dengan mengkaji episod kepupusan massa akhir Perm ini, menurut Sephton.

"Hujan asid terus turun membanjiri kawasan biosfera. Hidupan dibumi sedang bertarung untuk terus hidup dengan keadaan bumi yang terlalu berasid yang dihasilkan oleh letusan banjiran basalt Siberia. Suhu bumi pada masa berkenaan dikawal oleh peningkatan aras gas karbon dioksida disekitar atmosfera. Ini juga merupakan salah satu penyebab kepada kes pada zaman akhir Perm selain Siberian Traps juga menghasilkan gas karbon dioksida dan gas sulfur dioksida dengan kadar yang sangat tinggi. Apabila akar pada tumbuhan tidak dapat tumbuh, maka kandungan organik pada tanah semakin hilang dan teroksida untuk menghasilkan gas karbon dioksida. Oleh itu, pada akhir Perm merupakan salah satu model yang baik untuk menggangarkan jujukan kepada pemanasan global secara tersusun"

Sumber: NBC News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan