Sabtu, 2 Jun 2012

Era Paleozoik Awal


Paleozoik berasal daripada perkataan 'Paleo' iaitu tua dan zoik iaitu zoo atau haiwan. Zaman Paleozoik dicirikan oleh hidupan yang tertua yang terdiri daripada invertebrata dan ikan primitif. Paleozoik boleh dibahagikan kepada dua iaitu, Paleozoik Awal dan Paleozoik Akhir. Paleozoik Awal terdiri daripada Kambria, Ordovisi dan Silur, manakala Zaman  Paleozoik Akhir pula terdiri daripada Devon, Karbon dan Perm. Sempadan bawah antara Paleozoik ditendakan dengan kemunculan fosil berangka dan sempadan atas ditandakan oleh episod kepupusan massa yang terbesar dalam sejarah bumi.

Skala Masa Geologi


Paleogeografi Paleozoik Awal
Terdapat 6 benua yang besar yang wujud pada zaman Paleozoik Awal iaitu (1) Gondwana (2) Laurentia (3) Siberia (4) Khazakhstania (5) Baltika (6) China. Benua Gondwana terdiri daripada Afrika, Amerika Selatan, India, Madagascar, Australia, Timur Tengah dan Selatan Eropah. Benua Laurentia pula terdiri daripada Amerika Utara, Greenland, Ireland dan Scotland. Benua Siberia pula terdiri daripada Rusia Timur, Mongolia, dan benua Baltika terdiri daripada Rusia Barat dan Eropah Utara.

Paleogeografi dan Tektonik


Kebanyakkan benua pada masa Paleozoik ini berada pada latitud rendah. lautan Lapetus dan Rheic hasil pemuaian lautan pada zaman berkenaan.Pinggir benua Laurentia dan Baltika jenis pasif. Pinggir benua Gondwana aktif dan mempunyai zon subduksi. Orogeni Pan Afrika berterusan hingga Kambrian. Avalonia berpisah dengan Gondwana dan bergerak ke arah Laurentia. Pada zaman Ordovisi tengah, berlaku Orogeni Takonik hasil perlanggaran Laurentia timur dengan arka kepulauan. Berlaku penggasieran pada akhir Ordovisi di Arfika Utara.

Pada masa Silur lautan Rheic makin meluas dan Lapetus pula semakin menyempit. Pada Akhir Silur, berlaku orogeni Caledonia hasil pelanggaran Baltika dan Laurentia. Kebanyakkan benua masih terletak pada latitud rendah. Pinggir benua Laurentia dan Baltika jenis pasir. Pinggir benua Gondwana aktif dan mempunyai zon subduksi.

Hidupan Paleozoik Awal


Hidupan Kambrian dikenali sebagai masa berlaku letusan fosil berangka kalsit. Kambrian Awal didominasi oleh 75% Trilobit, 15-20% Brachiopoda inarticulate dan 5% Archaeocyatids. Kumpulan yang penting ialah Trilobit. Kambrian dikenali sebagai zaman trilobit. Trilobit menunjukkan perkembangan yang sangat pesat. Lima kepupusan dan kemunculan major trilobit pada masa kambrian dikenali sebagai biomer. Hidupan yang membentuk terumbu pada masa Kambrian ialah Archaeocyathid, dan terhad hanya pada masa Kambrian Awal Pada masa ini juga muncul fauna Chengjian, China yang terdiri daripada kesan bahagian lembut haiwan.



Terdapat juga Echinoderm dan moluska. Moluska yang terawal terdiri daripada monoplacophora diikuti oleh Rostroconch, Bivalvia, Cephalopoda dan Gastropoda pada Akhir Kambrian. Pada masa Kambrian muncul Burgess Shale, Fauna yang terdiri daripada Trilobit, lain-lain Arthropods, cacing, obor (Cnidaria), sponge, brakiopod dan sedikit echinoderm. Hidupan vertebrat yang terawal ialah ikan Agnatha Yunnanozoon. Ikan yang terawal muncul dikenali sebagai Ostracoderm (kulit bertulang). Pada masa Akhir Kambrian, berlaku kepupusan trilobit. 


Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press.

Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan