Selasa, 5 Jun 2012

Zaman Karbon


Hidupan Karbon

Pada masa Karbon, kebanyakkan kumpulan hidupan tidak bertambah kepelbagaiannya seperti tabulata, stromatoporoids, trilobite dan placoderms. Walaubagaimanapun, krinoid, blastoid, brizoa, brakiopod, ammonoid dan ikan berkembang dengan sangat baik.

Fusulinid mula muncul pada zaman ini dan menjadi penting dalam biostratigrafi. Satu kumpulan haiwan iaitu kumpulan Amfibia Labyrinthodont (gigi berkedut dan berlipat) yang hidup dalam sekitaran paya, merupakan moyang kepada Reptilia. reptilia tertua ialah Hylonomus yang muncul pada Karbon tengah.

Pada Karbon Akhir, muncul pelycosaurs iaitu reptilia bersirip di belakang, dan pupus pada zaman Perm. Keturunannya dikenali sebagai therapsid iaitu reptilia berbentuk mamalia yang meneruskan kehidupannya.

Kala jengking daratan dan serangga bersayap mula mengisi hutan paya. Pada akhir karbon, muncul serangga bersayap yang boleh lipat.

Tumbuhan karbon

Tumbuhan kebanyakkannya terdapat di Hutan Paya. Pokok Lycopod yang terdiri daripada Lepidodendron dan Sigillaria. Sphenopsid terdiri daripada Calamites. Cyacad, conifer dan Cordaites merupakan tumbuhan berbiji pada masa karbon.



Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press
Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan