Selasa, 5 Jun 2012

Zaman Devon


Hidupan Devon (408-360 Ma)

Hidupan zaman Devon kebanyakannya terdiri daripada terumbu tabulata dan stromatoporoid yang pada masa ini masih lagi terbentuk. Rugosa, trilobit dan brakiopod terus hidup hingga ke paleozoik Akhir. Euripterid pula semakin berkurangan, manakala ammonoid mula muncul.

Serangga seperti labah-labah dan anai-anai mula muncul. Ikan berkembang dengan sangat baik pada zaman Devon, sehingga dikenali sebagai Zaman Ikan.

Kumpulan ikan yang penting terdiri daripada kelas ostracoderm, Acanthodian, Placoderm, Chrondrichthyes dan Osteichthyes. Ostracoderm adalah jenis ikan tanpa rahang yang berperisai. Ianya pupus pada akhir Devon.

Acanthodian pula adalah jenis ikan berahang primitif, manakala jenis Placoderm adalah jenis ikan berahang berkulit keras. Chrondrichthyes adalah jenis ikan bertulang rawan, seperti jerung dan pari. 

Osteichthyes pula merupakan jenis ikan bertulang dan boleh dibahagikan kepada dua subkelas, iaitu Ray-finned fish (Actinopterigyan) iaitu seperti ikan sekarang dan jenis lobe-finned fish (Sarcopterigyan).

Eusthenopteron (Crossopterigii) dianggap sebagai moyang kepada Amfibia. Amfibia yang tertua ditemui ialah Ichthyostega yang ditemui pada Old red Sandstone di Greendland timur.

Tumbuhan Devon

Tumbuhan pada zaman Devon- banyak tumbuh berhampiran kawasan berpaya/berair

Pada masa Devon, berlaku peristiwa perkembangan tumbuhan daratan termasuklah pertumbuhan daun, heterospora, pembesaran sekunder dan kemunculan bijih benih.

Rhynia merupakan tumbuhan vascular berspora yang banyak pada awal Devon (Rhynia Chert, Scotland). Tumbuhan-tumbuhan ini telah membentuk komuniti daratan. Kumpulan yang penting termasuklah Zostrophyllodphytes, Trimeropytes dan kemunculan Lycophytes, Progymnosperm dan paku-pakis.

Pada akhir Devon muncul pokok berkayu yang dikenali sebagai Archeopteris.


Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press

Wikipedia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan