Jumaat, 1 Jun 2012

Era Arkean

Zaman Arkean (Archean Eon) adalah satu zaman yang termasuk didalam zaman PreKambrian (3.8- 2.5 Billion) .  Zaman Prekambrian meliputi hampir 88% daripada keseluruhan usia bumi ini, iaitu 4.5 billion tahun, berpandukan kepada usia meteorit yang pernah jatuh di muka bumi. Zaman Arkean meliputi 45.6% daripada keseluruhan usia bumi ini. 

Pembentukan Litosfera
Kebiasaannya, batuan berusia Arkean ditemui di kawasan perisai dan kraton, iaitu suatu benua yang stabil dan jauh daripada aktiviti tektonik. Pada masa ini, bumi masih lagi merupakan sfera batuan lebur. Magma yang wujud kemudiannya menghablur membentuk lapisan pepejal kerak bumi pada bahagian luar iaitu permukaan bumi. Arus olakan terbentuk didalam bumi lalu bermulanya proses tektonik keping. Litosfera pada masa ini tidak stabil kerana sering mengalami hentaman meteorit. Mineral yang tertua yang ditemuialah zircon yang berusia 4.3 Ga (Giga anom). Batuan yang tertua pula ialah acasta Gneiss 3.96 yang ditemui di Yellowknife Lake, Canada. Manakala, batuan granit yang tertua adalah berusia 3.8-4 Ga yang terdapat di Slave Craton, Canada.

Batuan awal yang terbentuk terdiri daripada basalt kaya dengan aluminium. Ini diikuti oleh pembentukan andesit dan granit. Batuan tersebut mengalami kitaran peleburan semula lalu menghablur semula dan mengalami metamorfisme dan membentuk batuan metamorf. Terdapat tiga jenis sekutuan batuan iaitu (1) Sekutuan Granitoid-greenstone. Granitoid gneiss, granulit, komatitit. (2) Sekutuan pasir kuarza, karbonat dan syal (3) Sekutuan batuan granitoid termetamorf. migmatit.


Pembentukan Atmosfera

Atmosfera mula terbentuk pada zaman Arkean ini. Atmosfera terbentuk hasil daripada proses outgassing yang dihasilkan oleh volkano. Bahan gas seperti karbon dioksida, metana, ammonia, gas nadir, hydrogen, nitrogen, dan wap air dikeluarkan ke atmosfera. Kemudian, berlaku tindak balas pemecahan molekul air oleh ultra violet dan  membentuk lapisan ozon. Pada masa Hadean, oksigen bebas sangat kurang (1%).

Pada masa Arkean, oksigen juga kurang. Buktinya, Uraninit dan pirit yang ditemui telah mengalami pengoksidanan. Tambahan pula, tiada oksida besi ditemui. Tanah yang berusia prekambria mempunyai kandungan oksigen 2%. Hidupan awal bagi pada masa Arkean adalah jenis anaerobik. Namun, selepas wujudnya hidupan autotrof pada usia 3.5 Ga, oksigen bertambah secara berperingkat-peringkat.


Pembentukan Hidrosfera


Sistem hidrosfera terbentuk apabila wap-wap air yang terkumpul apabila suhu sejuk turun sebagai hujan dan mengisi lembangan. Bumi menjadi semakin sejuk. Wap air juga masuk kedalam atmosfera bumi melalui komet dan meteorit. Pada masa Arkean juga, bumi mula bumi mula menyejuk dan kerak bumi mula terbentuk. Air laut pada masa ini masih tawar.

Pembentukan Biosfera
Terdapat berbagai teori yang dicadangkan bagi menerangkan asal mula hidupan , iaitu (1) Penciptaan (2) Penjanaan spontan (3) Bubble Theory (4) Panspermia.

Hidupan yang terwal terdiri daripada prokaryoy ialah Bakteria Cyanobakteria yang berusia 3.6 Ga yang ditemui di Pilbara, Australia barat dan Afrika Selatan. Selain daripada bakteria, terdapat juga stromatolites yang menjadi banyak pada masa Akhir Arkean 2.7 Ga). Hidupan awal ini jenis autotrof yang membuat makanan secara fotosintesis.

*Jika hendak dibandingkan dengan masa 24 jam waktu zaman kini, Zaman Arkean mengambil masa selama hampir 11 Jam, iaitu bermula pukul 12.00 tgh mlm hingga hampir pukul 11.00 pagi.
Bagi yang belum familiar dengan perkataan-perkataan seperti 'basalt', 'andesit' dan beberapa istilah geologi lain (yang sepatutnya ada dalam silibus KBSR mahupun KBSM), boleh lah cuba mencari sendiri di Internet, atau bertanya kepada penulis sendiri atau menunggu entri-entri seterusnya. Terima Kasih.

Rujukan: Condie, K.C. 2005. Earth as an Evolving Planetary System. New York: Elsevier & Academic Press.

Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan