Sabtu, 9 Jun 2012

Era Mesozoik


Era Mesozoik dinamakan sebagai zaman hidupan menengah atau dikenali sebagai zaman Reptilia.

Zaman Reptilia ini terdiri daripada beberapa skala masa iaitu:
- Trias (205-250 juta tahun ) = Triassic
-Jura (205-142 juta tahun)= Jurassic
-Kapur(142-65 juta tahun)= Cretaceous


Paleogeografi
Pada masa Perm, berlaku pelanggaran antara kepingan yang akhirnya membentuk Pangea.
Pada masa era Mesozoik, berlaku pemecahan Pangea.

Pada masa Trias, Asia Tenggara, China Selatan, Tibet, Iran, Afghanistan dan Turki bergerak ke Gondwana ke utara dan pada akhir Trias, Malaya berlanggar dengan Indochina, China Selatan dengan China Utara membentuk Orogeni Tsingling dan Pamir, manakala Khazakhstan membentuk pergunungan Tien Shan.

Pada Trias Tengah, Sonomia telah berlanggar dengan Nevada barat dan California utara membentuk Orogeni Sonoma. Pada Trias Akhir, Stikinia berlanggar dengan bahagian barat Amerika Utara. Pada Masa Trias juga, lapisan merah didapati sangat meluas

Pada masa Jura, berlaku pembukaan lautan Atlantik Utara.Pada awal Jura, Pangea berpecah menjadi Gondwana dan Laurasia. Pada akhir Jura, Amerika Selatan dan Afrika berpisah.
Pada masa ini, terbentuk subduksi Andes dan berlaku Orogeni Nevada.

Zaman Kapur merekodkan Atlantik Selatan semakin melebar dan terbentuk subduksi di merika Selatan dan pergunungan Andes. Selain itu, lautan Hindi juga telah terbentuk pada masa ini. Pada awal Kapur, berlaku kesinambungan pada Orogeni Nevada.

Pada Kapur Tengah, berlaku Orogeni Sevier yang berakhir pada Kapur Akhir. Pada masa Akhir Kapur, berlaku satu lagi orogeni iaitu Orogeni Laramide di system Cordilerra yang berterusan hingga Tertier.


Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press

Khamis, 7 Jun 2012

Episod Kepupusan Massa Perm-Trias


Episod kepupusan massa Perm-Trias atau lebih dikenali sebagai Kepupusan P-T adalah merupakan salah satu peristiwa kepupusan yang terbesar dan paling teruk dalam sejarah bumi (Great Dying).

 Kejadian ini berlaku pada 252.28 Juta tahun lalu, dan ditandai dengan satu lapisan yang dikenali sebagai lapisan P-T yang memisahkan antara batuan berusia Perm dengan batuan berusia Trias. 

Ianya merupakan peristiwa paling teruk sepanjang sejarah bumi, dengan lebih 96% daripada jumlah hidupan marin pupus sepenuhnya, dan 70% daripada hidupan daratan menjadi pupus.

Satu-satunya episod kepupusan massa yang melibatkan kepupusan serangga. Sebahagian 57% bagi kesemua famili dan 83% bagi kesemua genera telah pupus.

Oleh kerana banyak hidupan yang pupus, maka tempoh masa bagi bumi untuk kembali dengan satu ekosistem yang sempurna mengambil satu jangka masa yang agak lama berbanding episod kepupusan massa yang lain. 

Peristiwa ini digambarkan sebagai 'Ibu segala episod kepupusan massa'.

Pengkaji mencadangkan terdapat sekurang-kurangnya tiga fasa bagi episod kepupusan pada zaman ini, fasa awal adalah disebabkan perubahan sekitaran secara mendadak, dan fasa berikutnya lebih berkait dengan aktiviti bencana.

Antara aktiviti bencana yang dicadangkan adalah seperti impak meteorit, peningkatam aktiviti volkanisme, pembakaran batu arang yang berpunca daripada akviti banjiran basalt di Siberia, pelepasan gas metana, perubahan mendadak aras laut, anoxia, dan perubahan pergerakan arus yang dikawal oleh peruaahan cuaca.

Corak Kepupusan 
Haiwan invertebrata sekitaran marin paling terkesan semasa episod kepupusan massa P-T ini. Kepupusan pada mulanya memberi kesan kepada hidupan yang mempunyai rangka kalsium karbonat, terutamanya yang memerlukan CO2 untuk pembinaan tulang/rangka. 

Antara haiwan yang berjaya hidup semasa episod kepupusan ini adalah seperti brakiopod artikulat (yang mempunyai hinge), Ammonites dalam order ceratitida dan krinoid, yang mana hampir-hampir pupus namun menjadi semakin banyak pada masa selepas episod kepupusan massa ini.

Bagi haiwan daratan, zaman Perm merupakan zaman yang mempunyai serangga dan lain-lain spesies invertebrata, termasuklah serangga yang terbesar yang pernah wujud dimuka bumi ini.

Zaman Perm adalh satu-satunya zaman yang telah menyebabkan serangga kebanyakkannya menjadi pupus, dengan 8 hingga 9 order serangga menjadi pupus dan 10 yang lain berkurangan secara mendadak.

Kebanyakkan fosil serangga ditemui selepas lapisan sempada P-Tr. 

Penyebab Kepupusan Massa

-Impak Meteorit 
-Volcanisme: Perangkap Siberia (Siberian Trap)
-Pengeluaran Gas Metana
-Penurunan Aras Laut
-Anoxia
-Keracunan gas Hidrogen Sulfat
-Pembentukan Superbenua Pangea
-Pemaduan kesemua aktiviti diatas pada satu-satu masa

Rujukan: Wikipedia

Rabu, 6 Jun 2012

Transit Zuhrah 2012 Terakhir Abad Ini


6 Jun 2012, mencatatkan satu lagi sejarah dalam bidang Sains Angkasa, apabila Fenomena Transit Zuhrah 2012 berjaya dicerap dengan jayanya. Fenomena yang kali terakhir berlaku pada Jun 2004 itu akan hanya boleh dicerap sekali lagi pada tahun 2117.

Fenomena alam yang sangat unik ini bermula seawal pukul 6 pagi dan boleh dicerap sehingga pukul 12.50 tengah hari, 6 Jun 2012. Oleh itu, peristiwa transit Zuhrah ini boleh dicerap secara keseluruhannya di Sabah, manakala disemenanjung boleh dicerap bermula terbit matahari, selain boleh dilihat diseluruh semenanjung, bergantung kepada cuaca.

Transit berlaku apabila  planet Zuhrah yang mengorbit matahari, akan melintasi bumi, berada tepat diantara Bumi dengan Matahari. Perkara ini akan mewujudkan satu lintasan planet yang bersaiz kecil , iaitu bulatan hitam yang sedang melintasi permukaan matahari.

Transit Zuhrah yang diambil oleh Pusat Observatori Negara Langkawi

Umumnya, bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari, manakala planet Zuhrah pula mengambil masa selama 225 hari untuk melengkapkan satu pusingan. 

Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, planet ini juga akan melintasi bumi setiap 1.6 tahun oleh kerana orbitnya yang lebih kecil dan pergerakkannya yang lebih laju berbanding pergerakan bumi semasa mengorbit matahari.

Semasa fenomena ini berlaku, planet Zuhrah akan berada di antara Matahari dan bumi. Oleh kerana satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya planet ini akan kelihatan berada diatas mahupun dibawah matahari.

Bagi fenomena transit Zuhrah 2012, planet Zuhrah kelihatan berada di bahagian bawah matahari jika dilihat dari sekitar kawasan Semenanjung mahupun Malaysia Timur.



Zaman Perm



Hidupan Perm
Bryozoa dan sponge membentuk terumbu pada masa Perm. Kemudian, muncul satu kumpulan reptilia yang dinamakan Therapsid yang berketurunan Pelycosaurs.

Tumbuhan Perm berkembang dengan baik. Calamites pula pupus pada zaman Perm dan Glossopteris menjadi sangat banyak di Gondwana.

Glossopteris  merupakan sejenis tumbuhan yang bukan tumbuh di kawasan berpaya, dan merupakan tumbuhan jenis benih pakis yang ditemui sangat banyak di benua Gondwana. Ianya menjadi bukti kritikal berhubung penyebaran tumbuhan jenis ini serta menjadi kunci kepada penyusunan semula benua kuno ini yang telah terpisah sejak jutaan tahun lampau.


Therapsid

Therapsid di tafsirkan oleh pakar paleontologi sebagai sejenis haiwan yang endothermic dan kemungkinan mempunyai bulu yang lebat.

Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press

Selasa, 5 Jun 2012

Zaman Karbon


Hidupan Karbon

Pada masa Karbon, kebanyakkan kumpulan hidupan tidak bertambah kepelbagaiannya seperti tabulata, stromatoporoids, trilobite dan placoderms. Walaubagaimanapun, krinoid, blastoid, brizoa, brakiopod, ammonoid dan ikan berkembang dengan sangat baik.

Fusulinid mula muncul pada zaman ini dan menjadi penting dalam biostratigrafi. Satu kumpulan haiwan iaitu kumpulan Amfibia Labyrinthodont (gigi berkedut dan berlipat) yang hidup dalam sekitaran paya, merupakan moyang kepada Reptilia. reptilia tertua ialah Hylonomus yang muncul pada Karbon tengah.

Pada Karbon Akhir, muncul pelycosaurs iaitu reptilia bersirip di belakang, dan pupus pada zaman Perm. Keturunannya dikenali sebagai therapsid iaitu reptilia berbentuk mamalia yang meneruskan kehidupannya.

Kala jengking daratan dan serangga bersayap mula mengisi hutan paya. Pada akhir karbon, muncul serangga bersayap yang boleh lipat.

Tumbuhan karbon

Tumbuhan kebanyakkannya terdapat di Hutan Paya. Pokok Lycopod yang terdiri daripada Lepidodendron dan Sigillaria. Sphenopsid terdiri daripada Calamites. Cyacad, conifer dan Cordaites merupakan tumbuhan berbiji pada masa karbon.



Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press
Wikipedia

Episod Kepupusan Akhir Devon



Episod kepupusan pada akhir zaman Devon adalah salah satu episod kepupusan yang tersenarai antara 5 episod kepupusan utama sepanjang sejarah bumi ini. Episod yan utama dinamakan 'Kellwasser Event', berlaku pada sempadan fasa akhir zaman Devon, kira-kira 374 juta tahun lalu. 

Secara keseluruhannya, 19% daripada famili dan 50% daripada genera hidupan yang hidup pada masa berkenaan di bumi, pupus sepenuhnya. Yang kedua, dinamakan 'Hangenberg Event', berlaku berdekatan zaman Devon.

Walaupun umum mengetahui terdapat kehilangan biodiversiti pada akhir Devon, episod kepupusan ini tidak dapat ditentukan jangka masanya. Anggaran bagi episod kepupusan massa ini adalah sebanyak 500,00 hingga 25 juta tahun lampau.

Pada akhir Devon, kawasan daratan didominasi oleh tumbuhan dan serangga. Di dalam laut pula, pembinaan terumbu-terumbu oleh karang dan stromatoporoid giat berlangsung. Benua Euramerica dan Gondwana mula bersatu membentuk super benua Pangea. 

Episod kepupusan ini dilihat banyak memberi kesan terhadap hidupan marin. Antara yang paling terkesan termasuklah brachiopod, trilobit dan pembina terumbu.yang akhirnya pupus selama-lamanya, yang mana karang moden mula terbentuk semasa Mesozoik.

Walaubagaimanapun, punca episod kepupusan ini masih samar-samar. Antara teori-teori yang diketengahkan termasuklah perubahan aras laut dan kejadian 'anioxia' dilautan yang dipercayai akibat penyejukan global atau aktiviti volkanik bawah laut.

Selain itu, teori-teori seperti impak meteorit ataupun lain-lain peristiwa berkenaan kehadiran yang datangnya dari luar bumi turut dicadangkan.

Mengejutkan, haiwan-haiwan vertebrata berahang dilihat tidak terkesan daripada episod kepupusan ini, selain agnathans yang telah lama menurun, sebelum episod kepupusan ini berlaku lagi.

Tektonik Akhir Devon
Semasa zaman akhir Devon, benua-benua tersusun secara berbeza, dimana Godwana yang meliputi kawasan hemisfera selatan. Bagi benua Siberia, k pula lebih tertumpu di hemisfera utara, sementara benua-benua yang terletak di bahagian tengah iaitu Laurasia (hasil pelanggaran antara Baltik dengan Laurentia) mula menghanyut ke arah Gondwana. 

Pergunungan Caledonia mula terbentuk yang kini merupakan kawasan tanh tinggi Cotland dan Scandinavia, sementara Appalachians terbentuk di Amerika, yang sama pembentukannya seperti Himalaya pada hari ini.

Tumbuhan Akhir Devon
Pokok-pokok yang wujud adalah dalam bentuk paku pakis, tumbuh-tumbuhan kecil yang hidup sejak zaman Ordovisi lagi, hanya berkembang pada akar, bijih benih dan hanya bergantung pada kehadiran air sahaja.

Kesan daripada peristiwa kepupusan ini
Episod kepupusan massa ini mempunyai perkaitan rapat dengan berlakunya anoxia di lautan. Anioxia adalah satu keadaan dimana lautan mempunyai kandungan oksigen yang rendah, mengurangkan kadar pereputan dan membenarkan bahan-bahan organik tersimpan. Perkara ini, ditambah dengan kebolehan batuan terumbu untuk menampung minyak menyebabkan batuan berusia devon adalah batuan punca yang utama dalam industri minyak, terutamanya di USA.


Sumber : Wikipedia

Zaman Devon


Hidupan Devon (408-360 Ma)

Hidupan zaman Devon kebanyakannya terdiri daripada terumbu tabulata dan stromatoporoid yang pada masa ini masih lagi terbentuk. Rugosa, trilobit dan brakiopod terus hidup hingga ke paleozoik Akhir. Euripterid pula semakin berkurangan, manakala ammonoid mula muncul.

Serangga seperti labah-labah dan anai-anai mula muncul. Ikan berkembang dengan sangat baik pada zaman Devon, sehingga dikenali sebagai Zaman Ikan.

Kumpulan ikan yang penting terdiri daripada kelas ostracoderm, Acanthodian, Placoderm, Chrondrichthyes dan Osteichthyes. Ostracoderm adalah jenis ikan tanpa rahang yang berperisai. Ianya pupus pada akhir Devon.

Acanthodian pula adalah jenis ikan berahang primitif, manakala jenis Placoderm adalah jenis ikan berahang berkulit keras. Chrondrichthyes adalah jenis ikan bertulang rawan, seperti jerung dan pari. 

Osteichthyes pula merupakan jenis ikan bertulang dan boleh dibahagikan kepada dua subkelas, iaitu Ray-finned fish (Actinopterigyan) iaitu seperti ikan sekarang dan jenis lobe-finned fish (Sarcopterigyan).

Eusthenopteron (Crossopterigii) dianggap sebagai moyang kepada Amfibia. Amfibia yang tertua ditemui ialah Ichthyostega yang ditemui pada Old red Sandstone di Greendland timur.

Tumbuhan Devon

Tumbuhan pada zaman Devon- banyak tumbuh berhampiran kawasan berpaya/berair

Pada masa Devon, berlaku peristiwa perkembangan tumbuhan daratan termasuklah pertumbuhan daun, heterospora, pembesaran sekunder dan kemunculan bijih benih.

Rhynia merupakan tumbuhan vascular berspora yang banyak pada awal Devon (Rhynia Chert, Scotland). Tumbuhan-tumbuhan ini telah membentuk komuniti daratan. Kumpulan yang penting termasuklah Zostrophyllodphytes, Trimeropytes dan kemunculan Lycophytes, Progymnosperm dan paku-pakis.

Pada akhir Devon muncul pokok berkayu yang dikenali sebagai Archeopteris.


Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press

Wikipedia


Era Paleozoik Akhir


Zaman Paleozoik Akhir bolehlah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Devon (408-360 Ma), Karbon (360-286 Ma) dan Perm (286-245 Ma). 

Sejarah Tektonik


Pada zaman Paleozoik Akhir, secara umumnya bumi berada pada iklim panas. Pada masa Silur,benua Laurentia dan Baltika berlanggar lalu menghasilkan benua Laurasia. Lautan lapetus tertutup dan berlaku Orogeni Caledonia

Pelanggaran benua Avalonia, Laurentia dan Baltika menghasilkan Orogeni Acardia.Laurentia berlanggar dengan kepingan Siberia lalu menghasilkan Ellesmere

Orogeni Antler pula terhasil akibat daripada perlanggaran arka kepulauan Pulau Klamath dengan Laurentia.Bahagian timur Laurentia berlanggar dengan Gondwana (Afrika) lalu menghasilkan Orogeni Alleghenian.

Orogeni Ouachita hasil perlanggaran Laurentia selatan dengan Gondwana pada akhir Karbon hingga Perm. Laurasia dan Gondwana bercantum lalu menghasilkan Pangea.

Pada masa Perm, pelanggaran antara Siberia dan Laurasia menghasilkan Oroeni Ural. Perlanggaran Sonomia dan Pangea menghasilkan Oregeni SonomaLautan Tethys terbentuk pada zaman Karbon.



Sumber: Wikipedia


Ahad, 3 Jun 2012

Episod Kepupusan Massa Ordovisi-Silur


Peristiwa kepupusan massa Ordovisi- Silur adalah episod kepupusan massa kedua terbesar dalam sejarah bumi, dari sudut peratusan genera yang pupus dan kedua secara keseluruhannya dari sudut kehilangan nyawa. Diantara 450 Ma dengan 440 Ma, dua episod kepupusan, kedua-duan diselangi selama sejuta tahun, kemungkinan telah berlaku.

Perkara ini merupakan kedua terbesar bagi kehidupan marin, disusun dibawah episod kepupusan zaman Perm. Pada masa ini, kesemua jenis hidupan yang diketahui hidup di laut dalam dan juga cetek. Lebih 60% daripada hidupan marin invertebrata mati termasuklah dua per tiga daripada famili brakiopod dan bryozoa. Brakiopada, bivalvia, echinoderm, bryozo, dan karang kebanyakkannya telah terkesan daripada peristiwa ini.

Antara penyebab yang dikaji oleh pengkaji antaranya ialah pergerakan Gondwana ke arah kutub Selatan. Perkara ini menyebabkan berlakunya penyejukan secara global, aktiviti glasier dan penurunan aras laut. Penurunan aras laut secara drastik ini telah menyebabkan habitat-habitat hidupan marin terancam dan musnah dalam masa yang singkat. Bukti aktiviti glasier ini boleh ditemui di Gurun Sahara. Kombinasi penurunan aras laut dan penyejukan global memberikan penunjuk bahawa perkara ini merupakan salah satu punca kepupusan massa Ordovisi berlaku.

Konteks
Kepupusan berlaku 443.7 Ma tahun lalu. Ianya ditanai oleh sempada antara zaman Ordovisi dan diikuti zaman Silur. Semasa peristiwa kepupusan ini berlaku, terdapat beberpa penanda yang menggambarkan perubahan biologikal bagi nilai karbon dan oksigen isotop.

Semasa aktiviti ini berlaku, kebanyakkan organisme multisel yang komplek hidup di sekitaran lautan, dan sebanyak lebih kurang 100 famili marin menjadi pupus, bersamaan 49% bagi genera fauna. Brakiopod dan bryozoa paling terkesan, selain trilobit, conodont dan graptholit.


Kemungkinan Penyebab
Episod kepupusan massa ini banyak dikaji secara ekstensif.  Episod kepupusan massa Ordovisi ini di kenalpasti berdasarkan kejatuhan kadar kandungan CO2 dalam atmosfera pada zaman berkenaan. Apabila bahagian selatan Superbenuua Gondwana terhanyut kearah kutub selatan dan ais kemudiannya menyelubungi kutub berkenaan. 


Sumber: Wikipedia

Zaman Silur


Hidupan Zaman Silur
Selepas kepupusan massa Akhir Ordovisi, kepelbagaian spesies bertambah secara perlahan. Brakiopod, brizoa, gastropod, bivalvia, karang, krinoid dan graptolit mula berkembang semula. Zaman Silur dan Devon merupakan masa pembentukan terumbu yang terdiri daripada Rugosa, Tabulata dan stromatoporoid.

Fosil Eurypterid atau dikenali sebagai Kala Jengking Laut


Pada Akhir Silur, terdapat arachnid, myriapod dan hexapod. Eurypterid mula muncul pada Silur. Ostracoderm banyak ditemui pada zaman Silur. Ikan berahang (Acnthodii) mula muncul pada Awal Silur. Placodermi (ikan perisai berahang) muncul pada akhir Silur. Tumbuhan vascular yang terawal , Cooksonia berbentuk Y ditemui di Wales dan Ireland berusia Silur Tengah.



Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press

Sabtu, 2 Jun 2012

Zaman Ordovisi


Skala Masa Geologi

Zaman Ordovisi dikenali sebagai zaman graptolit. Graptolit berkembang dengan baik. Perkembangan pesat berlaku pada Brachiopoda articulate, gastropod, bivalvia, sefalopod (Nautilod), ekinoderm (krinoid dan blastiod), brizoa, akritarc, receptaculitid (algae) dan konodon. Stromatoporoid yang muncul pada Akhir Kambrian menggantikan archeocyatid sebagai terumbu. Fosil yang penting dalam stratigrafi ialah trilobit, Graptolit, brakiopod dan konodon.

Graptolit

Pada zaman Ordovisi Tengah, muncul Rugosa dan Tabulata. Fosil tumbuhan yang terawal dikenali sebagai Bryophyte. Ikan (Agnatha) merupakan vertebrata yang hidup dalam sekitaran samudera. Pada Akhir Ordovisi, berlaku zaman glasier yang telah menyebabkan kepupusan massa, 12% famili dan 80% genus haiwan pada masa ini pupus. Dianggarkan kira-kira 60% daripada hidupan samudera pupus. Kepupusan massa ini adalah disebabkan oleh aktiviti penyejukan bumi serta letusan sinar gamma.

Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press

Wikipedia

Era Paleozoik Awal


Paleozoik berasal daripada perkataan 'Paleo' iaitu tua dan zoik iaitu zoo atau haiwan. Zaman Paleozoik dicirikan oleh hidupan yang tertua yang terdiri daripada invertebrata dan ikan primitif. Paleozoik boleh dibahagikan kepada dua iaitu, Paleozoik Awal dan Paleozoik Akhir. Paleozoik Awal terdiri daripada Kambria, Ordovisi dan Silur, manakala Zaman  Paleozoik Akhir pula terdiri daripada Devon, Karbon dan Perm. Sempadan bawah antara Paleozoik ditendakan dengan kemunculan fosil berangka dan sempadan atas ditandakan oleh episod kepupusan massa yang terbesar dalam sejarah bumi.

Skala Masa Geologi


Paleogeografi Paleozoik Awal
Terdapat 6 benua yang besar yang wujud pada zaman Paleozoik Awal iaitu (1) Gondwana (2) Laurentia (3) Siberia (4) Khazakhstania (5) Baltika (6) China. Benua Gondwana terdiri daripada Afrika, Amerika Selatan, India, Madagascar, Australia, Timur Tengah dan Selatan Eropah. Benua Laurentia pula terdiri daripada Amerika Utara, Greenland, Ireland dan Scotland. Benua Siberia pula terdiri daripada Rusia Timur, Mongolia, dan benua Baltika terdiri daripada Rusia Barat dan Eropah Utara.

Paleogeografi dan Tektonik


Kebanyakkan benua pada masa Paleozoik ini berada pada latitud rendah. lautan Lapetus dan Rheic hasil pemuaian lautan pada zaman berkenaan.Pinggir benua Laurentia dan Baltika jenis pasif. Pinggir benua Gondwana aktif dan mempunyai zon subduksi. Orogeni Pan Afrika berterusan hingga Kambrian. Avalonia berpisah dengan Gondwana dan bergerak ke arah Laurentia. Pada zaman Ordovisi tengah, berlaku Orogeni Takonik hasil perlanggaran Laurentia timur dengan arka kepulauan. Berlaku penggasieran pada akhir Ordovisi di Arfika Utara.

Pada masa Silur lautan Rheic makin meluas dan Lapetus pula semakin menyempit. Pada Akhir Silur, berlaku orogeni Caledonia hasil pelanggaran Baltika dan Laurentia. Kebanyakkan benua masih terletak pada latitud rendah. Pinggir benua Laurentia dan Baltika jenis pasir. Pinggir benua Gondwana aktif dan mempunyai zon subduksi.

Hidupan Paleozoik Awal


Hidupan Kambrian dikenali sebagai masa berlaku letusan fosil berangka kalsit. Kambrian Awal didominasi oleh 75% Trilobit, 15-20% Brachiopoda inarticulate dan 5% Archaeocyatids. Kumpulan yang penting ialah Trilobit. Kambrian dikenali sebagai zaman trilobit. Trilobit menunjukkan perkembangan yang sangat pesat. Lima kepupusan dan kemunculan major trilobit pada masa kambrian dikenali sebagai biomer. Hidupan yang membentuk terumbu pada masa Kambrian ialah Archaeocyathid, dan terhad hanya pada masa Kambrian Awal Pada masa ini juga muncul fauna Chengjian, China yang terdiri daripada kesan bahagian lembut haiwan.



Terdapat juga Echinoderm dan moluska. Moluska yang terawal terdiri daripada monoplacophora diikuti oleh Rostroconch, Bivalvia, Cephalopoda dan Gastropoda pada Akhir Kambrian. Pada masa Kambrian muncul Burgess Shale, Fauna yang terdiri daripada Trilobit, lain-lain Arthropods, cacing, obor (Cnidaria), sponge, brakiopod dan sedikit echinoderm. Hidupan vertebrat yang terawal ialah ikan Agnatha Yunnanozoon. Ikan yang terawal muncul dikenali sebagai Ostracoderm (kulit bertulang). Pada masa Akhir Kambrian, berlaku kepupusan trilobit. 


Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press.

Wikipedia

Era Proterozoik



Kebanyakkan batuan zaman Arkean telah mengalami metamorfisme. Batuan ini kebanyakkannya terdapat di kawasan perisai seperti Perisai Baltik, Kanada, Brazil, Australia Barat dan lain-lain. Tektonik keping yang telah terbentuk adalah sama seperti yang terdapat pada hari ini (Wilson Cycle). Berlaku penokokan kepada kerak benua Arkean melalui perlanggaran kepingan. Pada akhir proterozoik, terbentuk satu superbenua Rodinia. Rodinia terbentuk antara 1.3-1.0 Ga. Superbenua Rodinia selepas itu berpecah pada 750 Ma dan kemudiannya membentuk superbenua Pannotia pada 650 Ma.



Tektonik

Terdapat beberapa episod orogeni yang berlaku semasa zaman Proterozoik. Orogeni adalah satu proses dimana berlakunya pembentukan banjaran-banjaran gunung-ganang akibat pelanggaran antara palt-plat tektonik. Antara episod orogeni yang berlaku ialah Kenoran, Wopmay, Grenvile dan juga Pan Afrikan. Kenoran berlaku pada sempadan Arkean-Proterozoik di daerah Superior, Kanada. Wopmay pula berlaku pada 2.0 Ga juga di kanada manakala Grenvile yang berlaku pada 1.3 hingga 1.0 Ga membabitkan pelanggaran antara benua dengan benua. Orogeni bagi Pan Afrika pula adalah pada 650 hingga 550 Ma.

Precambrian Banded Iron Formation (BIF)
Berlaku pembentukan BIF (Formasi Besi Belapis ) yang terdiri daripada Magnetit dan Hemait pada 2.5-2.0 Ga.

Pertambahan Oksigen
Oksigen bertambah pada 2.2 Ga dan penambahan ini ditandai dengan pembentukan lapisan merah.

Pembentukan Glasier
Pembentukan glasier dikenalpasti berdasarkan kewujuda n tilit.Tilit Prekambrian dikenalpasti pada 300 lokaliti. Terdapat juga permukaan batuan yang licin dan terguris oleh pergerakan galsier.

Terdapat dua endapat tilit hasil Glasier di Amerika Utara iaitu Ppada Proterozoik Awal dikenali sebagai Gowganda dan pada zaman Proterozoik Akhir dikenali sebagai Varanger.

Hidupan Proterozoik

Antara hidupan yang terdapat pada zaman Proterozoik ialah Cyanobacteria, stromatolites dan algae yang lain tersebar luas pada Paleoproterozoik. Hidupan-hidupan ini membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis.


-Kemunculan Eukaryot: Eukaryot mempunyai sel-sel yang lengkap dan kebanyakannya adalah bersifat anarobik. Fosil yang paling tua berusia 2.1 a yang terdapat di Negaunee Iron Formation di Marquette, Michigan.


-Arritarchs: Arcitarchs mula muncul pada 1.4 Ga dan banyak ditemui pada zaman Proterozoik. 


-Eukaryot lain: Eukaryot juga ditemui pada 1.0 Ga di Bitter Spring Formation, Australia dan mungkin berkait dengan pertambahan oksigen bebas. 

-Kemunculan Metazoa: Selepas berlaku penyejukan Varanger, muncullah haiwan Proterzoik Akhir, Vendian (600-570 Ma) yang dikenali sebagai Fauna Ediacara. Fauna Ediacara dijumpai di Bukit Ediacara di Australia Selatan. Fauna Ediacara terdiri daripada filum Cniaria, Abbelida dan Arthropoda. Fosil yang ditemui pula terdiri daripada kesan hagaian lembut dan tiada rangka keras.

Zaman Proterozoik mengambil masa selama 42.5% daripada usia keseluruhan bumi, iaitu jika dibandingkan dengan waktu 24 jam zaman ini, Zaman Proterozoik mengambil masa selama 10.2 jam. Ini bermakna, apabila bersambung daripada jam 11 pagi tadi (Zaman Arkean), Zaman Proterozoik berakhir pada ebih kurang pukul 9.00 mlm.
Rujukan: Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press.

Wikipedia.