Isnin, 7 April 2014

Spinosaurid Pahangenesis Sp. : Sumber Warisan Geologi Malaysiana Yang Hilang

*Nota: Artikel adalah rekaan saintifik & imaginasi penulis semata-mata tanpa melibatkan situasi sebenar (fakta sebanar sains) dan tidak bersangkut-paut dengan mereka yang masih hidup, ataupun yang telah meninggal dunia. Rujukan adalah berpandukan penemuan saintifik sample gigi dinosaur Spinosaurid oleh Universiti Malaya (UM) di kawasan pedalaman Pahang yang diumumkan pada 18 Februari 2014.

75 Juta Tahun Lampau, sebelum episod Kepupusan Massa K-T (Kapur-Triassik), Pedalaman Pahang, Malaysia...


Beginilah rupa spesies Spinosaurid menurut kajian awal UM yang pernah mendiami kawasan pedalaman Pahang.

Spesies-spesies ikan kuno di tasik semakin berkurangan, manakala tahap keracunan udara semakin membimbangkan. Pelepasan gas-gas beracun seperti Sulfida Dioksida (SO2) dan gas rumah hijau (CO2) dari letusan lava besar-besaran secara berlapis-lapis di Benua India sudah diketahui oleh spesies-spesies hidupan dipelusuk hutan-hutan Amazon mahupun Hutan Hujan Tropika.

Ilustrasi menunjukkan aliran basalt kebenuaan yang pernah melanda benua India - History Channel


 Namun, ini semua tidak mematahkan semangat kehidupan seperti spesies Spinosaurid sp. untuk terus mengekalkan kelangsungan hidup (survivor) mereka nun dikejauhan pedalaman Pahang. Spinosauridae Sp. merupakan hidupan pemakan ikan yang mempunyai morfologi gigi seumpama buaya pada masa kini itu tetap terus mengekalkan kelangsungan hidup walaupun mengetahui bencana yang besar sedang berlaku.


Situasi bumi akibat pelepasan gas beracun dan gas rumah hijau berpunca daripada letusan Deccan Volkanisme. -History Channel


  Serentak dengan itu juga, Benua India yang ketika ini masih belum bercantum dengan benua Eurasia sedang mengalami letusan lava besar-besaran secara berlapis-lapis dan merupakan permulaan kepada episod kepupusan Massa K-T. Letusan ini cukup terkenal dan digelar sebagai 'Deccan Volcanisme'. Letusan lava yang keluar meliputi beribu-ribu meter tebal dan alirannya mencapai jarak sejauh 1,000 km merentasi India keluar ke Teluk Benggal.



 Deccan Volkanisme bermula di wilayah Deccan, India meliputi kawasan Mumbai di barat India, Nagphur di Utara India ke Teluk Benggal melalui Lembangan Krishna-Godavari. Aliran lava adalah dari jenis aliran basalt kebenuaan (Continental Floods Basalt, CFB) yang banyak dikaitan dengan kepupusan massa sebelumnya.

Letusan gunung berapi ketika zaman dinasour.


  Di pedalaman Pahang, Udara semakin tercemar dek pengeluaran asap beracun dari letusan lava di benua India, dengan air tasik menjadi semakin kotor dengan racun terampai. Di laut Paleo-Tethys pula, kadar kelangsungan kehidupan bagi beberapa spesies antaranya Trilobite telahpun pupus buat selamanya.

Illustrasi satu spesies dinosaur yang sedang menghirup air tasik.

Tanpa disedari, bumi pada waktu ini sedang menjadi sasaran sekumpulan meteorit, ada diantaranya sebesar bandar Texas, dalam perjalanan ke bumi menuju ke arah bandaraya Chixulub, Mexico. Impak dari meteorit ini akan menghasilkan mega-tsunami  yang akan mengubah rupa bentuk bumi selama beribu tahun. Ini merupakan pemangkin kepada apa yang dikatakan sebagai ibu kepupusan hidupan besar-besaran.  Inilah permulaan kepada episod baru sejarah kehidupan bumi : Episod Kepupusan Massa K-T.

Bumi, diambang Kepupusan Massa K-T. Gas rumah hijau dilepaskan akibat letusan Deccan Volkanisme- History Channel


**Jagalah kebersihan bumi kita, ingatlah, bukan mudah untuk mengembalikan semula pada tempatnya yang asal. Ingatlah sebelum bencana besar datang menimpa akibat berlaku ketidak-seimbangan pada sistem semulajadi bumi. Perkara ini boleh dielakkan sekiranya kita sedar akan tanggungjawab kita sebagai makhluk berakal dimuka bumi ini.

Sumber: History Channel, Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan