KAMI DI BLOG #HDIN. MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN PENUMPANG SERTA ANAK KAPAL PESAWAT MH370 YANG DILAPORKAN KALI TERAKHIR DIKESAN RADAR DAN SATELIT DI SELATAN LAUTAN HINDI. SEMOGA ADA HARAPAN WALAU SEKECIL ZARAH SEKALIPUN. BELANSUNGKAWA. AL-FATIHAH.
#PrayFormh370 #DoakanKeselamatanMH370 |
Sebelum berita kehilangan pesawat MH370, lambakan sampah di lautan lepas tidak langsung diambil peduli oleh masyarakat global. Namun, selepas operasi mencari serpihan pesawat malang berkenaan yang dilaporkan berakhir di selatan Lautan Hindi, dunia menyedari bahawa terdapat banyak lambakan sampah yang sedang terapung-apung di lautan lepas yang pada mulanya dipercayai sebagai serpihan pesawat malang berkenaan.
Perkara ini secara tidak langsung menggangu operasi SAR (Search And Rescue) yang mana pihak-pihak yang terlibat terpaksa menghabiskan bahan bakar (minyak dan diesel) semata-mata untuk pergi ke kawasan yang dilaporkan satelit sejauh 2,000 km, yang memakan masa perjalanan selama sehari ke dua hari, namun, penemuan tersebut menjadi hampa.
Antara jenis sampah yang terapung-apung yang pada mulanya dipercayai sebagai serpihan pesawat adalah sampah hasil pemancing laut dalam, kontena kargo yang terjatuh dari kapal-kapal perdagangan, plastik-plastik sampah serta pelbagai objek lain seperti kayu, pelampung dan pelbagai lagi sampah yang dipercayai telah dibawa arus lautan dan ombak sejauh ribuan kilometer.
'Tong Sampah Universal'
Persoalanya, bagaimana sampah-sampah yang sebegitu banyak ini boleh terlepas ke laut lepas? Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Apa kesannya kepada hidupan lautan dikemudian hari nanti? Perlu diingatkan bahawa bukan sahaja sampah sarap, malah minyak kesan tumpahan/ kebocoran daripada kapal-kapal kargo juga turut menyumbang kepada pencemaran laut lepas ini.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah dunia, dimana dunia menonton operasi SAR ini secara langsung dan terkini di media sosial mahupun elektronik, dan dunia juga menjadi saksi bahawa lautan kita kini menjadi 'pusat pembuangan sampah' tanpa disedari. Lautan kita telah menjadi tong sampah universal bagi manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Marcus Eriksen, saintis marin dan pengarah Institut 5 Gyres, sebanyak 90% sampah sarap berkenaan adalah bahan plastik. Dan plastik yang dihumban kedalam lautan ini akan di makan oleh sebahagian besar hidupan dilaut lepas seperti ikan, penyu, ikan paus, burung dan berbagai hidupan akuatik yang lain. Perkara ini akan mencetuskan masalah baru dalam keseimbangan ekosistem terutamanya hidupan akuatik laut dalam.
Kesan gigitan ikan pada plastik yang ditemui oleh para penyelidik juga menguatkan lagi fakta bahawa ekosistem akuatik semakin diancam bahan berbahaya dan boleh membawa kepada penurunan kadar sumber ikan dan hidupan akuatik lain. Lebih teruk lagi, ia boleh membawa kepada kepupusan beberapa spesies akuatik yang terancam seperti penyu, ikan buntal, anjing laut, ikan paus, burung hering laut dan lain-lain.
Bawaan Tsunami
Selain daripada aktiviti manusia, sampah-sampah yang terapung-apung dilautan ini adalah daripada aktiviti alam sendiri seperti kejadian tsunami. Contohnya, Kejadian gempa bumi dan tsunami Jepun pada tahun 2011 lalu telah menyebabkan beribu-ribu tan sampah terdiri daripada serpihan kayu rumah, bot-bot, tayar kenderaan, dan pelbagai lagi sampah telah dibawa arus tsunami ke kearah lautan Pasifik.
Sampah-sampah ini telah terapung-apung disekitar laut Pasifik dan mendatangkan kebahayaan kepada bot-bot kecil dan kapal kargo yang lalu-lalang disekitar lautan pasifik. Pada februari 2013, dilaporkan penduduk di California menemui sebuah motosikal jaguar yang mempunyai nombor plat Jepun ditimbunan sampah yang terapung-apung disekitar pantai California. ianya dipercayai hasil bawaan arus di lautan Pasifik dari sampah bawaan Tsunami Tohoku 2011. Terdapat banyak lagi sampah yang sedang terapung-apung di tengah lautan Pasifik berpunca daripada bencana ini.
Oleh itu, objek-objek yang terapung-apung yang dicerap oleh satelit China, Perancis dan UK semasa pencarian pesawat MH370 itu mungkin adalah sebahagian daripada sampah bawaan tragedi Tsunami Aceh tahun 2004 yang masih lagi terapung-apung dilaut lepas. Ini mengambil kira lokasi Aceh yang terletak di lautan Hindi, serta tahap kekuatan janaan ombak tsunami itu sendiri yang amat kuat, yang boleh membawa objek-objek yang berada di daratan ke lautan dan sebaliknya.
Semoga signal kotak hitam pesawat MH370 berjaya ditemui, Insyallah. - Ihsan FB DS Najib Razak |
**Jaga laut kita. Pulihara kehidupan akuatik di laut. Jangan buang sampah merata. Jangan tambahkan lagi apa yang telah berlaku ini.
Rujukan: National Geographic
Tiada ulasan:
Catat Ulasan