Dibawah lapisan ais di Greenland, terdapat tanah yang berusia 2.7 juta tahun, lebih tua usianya jika dibandingkan dengan titik mula peradaban manusia di dunia.
Lapisan tanah berusia 2.7 juta tahun ditemui di bawah lapisan ais Greenland. |
Lapisan tanah ini telah tertimbus sejauh ribuan kaki oleh lapisan ais dan terpelihara daripada gangguan manusia sejak awal permulaan peradaban manusia lagi. Batu lodak yang berusia 2.7 juta tahun itu adalah peninggalan daripada mendapan di kawasan tundra yang menghijau yang pernah tumbuh disekitar kawasan Greenland sebelum ianya tertimbus oleh lapisan ais yang sangat tebal, lapor pengkaji dalam jurnal Science.
Hasil kajian DNA pada debunga dan fosil tumbuh-tumbuhan yang ditemui dikawasan lantai lautan kawasan Greenland mencadangkan kawasan pulau berkenaan pernah mengalami iklim tundra dan hutan berpaya yang menghijau. Penemuan terkini itu memberi cadangan bahawa landskap tundra pernah wujud di Greenland sekitar 200,000 tahun hingga 1 juta tahun sebelum lapisan ais menimbus kawasan berkenaan.
Selain itu, hasil penemuan kajian ini juga memberi informasi tambahan kepada para saintis bahawa ais yang meliputi bumi tidak mencair secara total semasa berlaku pemanasan global pada 130,000 tahun lalu- antara tahun terpanas pada abad berkenaan.
Sumber: Livescience.com, Newser
Tiada ulasan:
Catat Ulasan