Khamis, 24 April 2014

Bongkah Ais Sebesar Pulau Guam Terpisah dari Antartika

Sebongkah ais (iceberg) yang dianggarkan sebesar Pulau Guam, Amerika dilaporkan telah terpisah dari benua Antartika.
Bongkah ais yang diberi nama 'Iceberg B-31' yang terletak di kawasan Kepulauan Glasier Pine yang berjaya dicerap oleh Stesen Pencerapan Bumi milik NASA telah terpisah dari benua Antartika. 

Para saintis sedang memerhati dan mencerap secara dekat keadaan sebuah bongkah ais sebesar Pulau Guam ianya dilaporkan terpecah dari benua Antartika, lapor USA Today hari ini. Bongkah ais yang diberi nama 'Iceberg B-31' itu baru-baru ini dilaporkan telah terpecah dan bergerak keluar dari kawasan benua yang diliputi oleh lapisan ais terbabit.

Saintis NASA, Kelly Brunt berkata, kebimbangannya lebih tertumpu pada keselamatan kapal-kapal laut yang kerap melalui jalan laut apabila bongkah ais terbabit memasuki laluan perairan antarabangsa selain peningkatan paras air laut akibat pencairan ais terbabit.

Brunt menambah, bongkah ais berkenaan yang bersaiz 255 batu persegi (660 kilometer padu persegi) dengan ketebalan 1,600 kaki (487 meter) telah terpecah dari kawasan Kepuauan Glasier Pine, benua Antartika.

Kebanyakkan daripada aktiviti pencairan ais di benua Artik dan Antartika adalah berpunca daripada pemanasan global serta aktiviti pembangunan yang meningkatkan pembentukkan bandar haba.

Sumber: USA Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan