Khamis, 10 April 2014

Objek Bersinar dikesan Curiosity, Bukti Bandar Moden di Marikh?

Pada 7 April lalu, sekeping gambar yang berjaya dirakam oleh kapal penjelajah ke planet Marikh milik NASA, Curiosity telah mencuri tumpuan dunia terutamanya para saintis pengkaji pelbagai bidang antaranya sains angkasa, bidang astronomi dan sains bumi, laman Slate melaporkan.

Gambar atas menunjukkan imej cahaya yang dirakam kapal penjelajah NASA, Curiosity. Pada pendapat anda, apakah sebenarnya cahaya yang dirakam ini? Gambar oleh Slate.

Pelbagai persepsi serta gambaran awal oleh para saintis mahupun orang ramai yang memperdebatkan tentang penafsiran imej yang dirakam oleh Curiosity ini. Ada yang memberikan pandangan bahawa ianya bukanlah imej makhluk tidak dikenali (alien) namun hanyalah pantulan daripada lampu flash kamera yang ada pada Curiosity kepada batuan yang ada di permukaan Marikh (cahaya buatan). Namun, pendapat ini disangkal kerana imej cahaya berkenaan dilihat terlalu jauh  (dianggarkan berjarak 500 meter hingga 1.0 km) untuk sekurang-kurangnya memantulkan kembali cahaya berkenaan.

Emily Lakdawalla, pengkaji sains planetary menyatakan kemungkinan cahaya berkenaan adalah sebahagian daripada 'Cahaya Kosmik'. Cahaya kosmik adalah cahaya semulajadi yang wujud diangkasa raya termasuklah kerlipan bintang-bintang, ribut kosmik dan sebagainya.

Tidak kurang juga ada yang beranggapan bahawa cahaya terang berkenaan yang seumpama lampu spotlight pada jarak yang sangat jauh itu kemungkinan datang dari sebuah bandar moden yang sudah lama wujud di planet berkenaan. Bandar berkenaan didiami oleh makhluk tidak dikenali (alien) yang menetap di planet gersang berkenaan.

Inilah robot Curiosity. Comelkan?. Robot ini mengingatkan kita berkenaan filem Wall-E. Gambar Wikipedia


Curiosity adalah sebuah robot pintar berkuasa solar yang dioperasikan dibawah pihak NASA bagi kajian menyeluruh untuk memahami, mendapatkan maklumat terperinci serta mengkaji kemungkinan-kemungkinan terdapatnya bukti-bukti kehidupan di sekitar planet Marikh dibawah projek Makmal Sains Marikh (Mars Science Laboratory, MSL). Curiosity berlepas dari bumi pada 26 November 2011 dan selamat mendarat di Marikh pada 6 Ogos 2012.

Sumber: Slate, NASA, Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan