Jumaat, 18 April 2014

NASA Kesan Planet Kepler-186f Berpotensi Menampung Kehidupan

Untuk sekian kalinya, Pihak NASA berjaya mengesan planet bersaiz bumi yang mengorbit bintangnya di 'Zon Habitat' sejauh 500 tahun cahaya dari bumi.

Penemuan planet sejauh 500 tahun cahaya ini cukup penting dalam usaha meneruskan kelangsungan hidup dimasa akan datang. Illustrasi gambar oleh NASA

Pihak Agensi Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan Amerika (National Aeronautics and Space Agency, NASA) hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah menemui sebuah planet yang mempunyai saiz hampir sama dengan saiz bumi serta berada pada zon habitat. Zon habitat ialah zon bagi sesuatu jarak tertentu yang telah ditetapkan oleh ahli astronomi antara bintang dalam sistem solar dimana cecair seperti air berkemungkinan besar wujud di permukaan planet terbabit.

Penemuan Kepler-186f penting

Planet yang diberi nama Kepler-186f itu berjaya ditemui dengan cerapan menggunakan Teleskop Angkasa Kepler milik pihak NASA. Planet misteri ini berada sejauh 500 tahun cahaya dari bumi. Penemuan planet ini sekaligus membuktikan terdapat planet yang mempunyai saiz bumi wujud dalam zon habitat yang mengorbit bintang lain selain daripada bumi yang diketahui mengorbit matahari.

Sebelum ini, planet-planet yang ditemui di kawasan zon habitat ini mempunyai 40 peratus saiz lebih besar daripada bumi. Berbeza dengan planet Kepler-186f ini, ianya yang lebih hampir menyamai bumi, tidak kira dari segi saiz, lokasi dan pencirian-pencirian lain.


Perbandingan antara planet bumi dengan planet Kepler-186f. Illustrasi NASA.


"Penemuan planet Kepler-186f ini amat bermakna dan setapak kehadapan dalam mencari dunia baru yang mempunyai ciri-ciri seperti yang ada pada planet bumi." kata Paul Hertz, Pengarah Jabatan Astrofizik NASA di ibupejabat agensi berkenaan di Washington. "Misi NASA yang seterusnya , seperti peletakan Satelit Survey Transit Exoplanet dan Teleskop Angkasa James Webb, akan menjelajah exoplanet yang berbatu dan menentukan kandungan serta keadaan atmosfera seterusnya menentukan samada boleh didiami seperti planet bumi atau tidak."

Planet misteri

Walaupun saiz planet Kepler-186f ini sudah diketahui, namun jisim serta komposisi planet tersebut masih tidak diketahui. Namun, data kajian sebelum ini mencadangkan komposisi planet misteri ini berkemungkinan adalah berbatu.

"Kita sedia maklum bahawa hanya bumi satu-satunya planet yang boleh menampung kehidupan. Apabila kita mencari kehidupan lain diluar sistem solar kita, kita lebih tertumpu kepada mencari planet yang mempunyai pencirian yang hampir sama dengan bumi."kata Elisa Quintana, saintis kajian di Institut SETI di Pusat Kajian Ames milik NASA di Moffett Field, California.

Seakan-akan bumi

Planet Kepler-186f ini berjaya mengorbit bintangnya secara satu pusingan lengkap setiap 130 hari dan menerima satu per-tiga tenaga daripada bintang yang diorbitnya, seperti bumi yang menerima tenaga solarnya daripada planet matahari. Selain itu, kecerahan bintang yang diorbitnya pada waktu tengah hari hanya seterang setengah jam sebelum terbitnya matahari di bumi.

"Secara umumnya, planet yang berada di zon habitat tidak bermakna planet tersebut sudah pasti mempunyai kehidupan. Suhu sesuatu planet cukup bergantung kepada jenis atmosfera yang meliputi planet tersebut" kata Thomas Barclay, saintis dan pengkaji di Institut Bay Area di Ames.

Langkah seterusnya adalah untuk mencari kesan-kesan kehidupan termasuklah mencari kembar bumi - Planet yang mempunyai saiz sama seperti bumi, terletak didalam zon habitat yang mengorbit bintang, dan mengira kandungan kimia planet berkenaan.Teleskop Angkasa Kepler yang secara langsung dan berterusan mencerap planet yang termasuk dalam lebih 150,000 bintang, adalah misi utama NASA dalam usaha mencari planet seperti bumi disekeliling sistem solar.

Sumber: NASA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan