Encourage People to concern about earth for the next generation | Membangunkan perasaan kecintaan Masyarakat terhadap misteri alam untuk generasi akan datang.
Sabtu, 18 Mei 2013
Bencana Letusan Gunung Berapi St. Helen 18 Mei 1980
Pada 18 Mei 1980, satu kejadian letusan gunung berapi telah berlaku di Gunung St. Helen, menyebabkan berlakunya runtuhan debris gunung berapi di sekitar kawasan sekitar kaki Gunung St. Helen.
Kejadian bermula pada akhir musim sejuk sehingga awal musim luruh tahun 1980, apabila beberapa siri gegaran gempa bumi yang berlaku disekitar kawasan gunung berkenaan. Siri gegaran gempa bumi (paling tinggi dengan magnitud 5+) menjadi petanda awal tentang aktiviti seismik disekitar kawasan gunung berkenaan. Ini juga menandakan magma sudah berada di dalam ruang magma dalam Gunung St. Helen, dan sudah dalam fasa bersedia untuk mengeluarkan magma yang terpendam.
Magma yang terpendam juga menghasilkan bonjol pada sisi utara Gunung St. Helen. Tekanan yang terhasil didalam Gunung St. helen juga telah menyebabkan ais yang melitupi permukaan gunung mencair sedikit demi sedikit serta menghasikan rangkaian air panas yang sedang terwap. Ais yang mencair ini telah menyebabkan struktur tanah diatas gunung tersebut menjadi lemah.
Pada pukul 8.32 pagi, tanpa ada amaran siap siaga, sebuah gempa bumi dengan magnitud 5.1 pada skala richter , dan dengan serta merta, bonjol dibahagian utara gunung dan kawasan puncak gunung mengalami kegagalan struktur lalu menghasilkan satu siri runtuhan serpihan batu-batu gunung yang terbesar dalam sejarah. Seroihan batu-batu gunung berapi yang bewarna gelap berserta campuran air gelegak yang dipanaskan semasa magma mendaki ruang Gunung St. Helen.
Serpihan runtuhan bergerak sejauh 23 km dari kawasan gunung dengan jumlah kuantiti isipadu runtuhan dianggar 2.5 km3 bersamaan dengan saiz 1 juta kolam renang bersaiz olimpik.
Pada hari ini, menandakan ulangtahun ke-33 letusan bencana gunung berapi tersebut. Banyak lagi misteri alam yang masih belum terungkap, banyak lagi pengetahuan tentang bumi dan sistemnya yang perlu diterangkan kepada masyarakat umum khususnya . Bencana seperti ini juga pernah berlaku didalam negara kita suatu masa dahulu, satu masa yang cukup lama dahulu, jutaan tahun lampau. Inilah yang kita perlu ketengahkan kepada masyarakat agar kita tahu asal usul kita, asal usul tempat yang kita duduki dan kesannya pada masa hadapan. Supaya kita belajar dan terus belajar, dan akhirnya kita menghargai apa yang kita ada dan seterusnya berusaha untuk melindunginya demi generasi akan datang.
Sumber : USGS Volcanoes Hazards Programs
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan