Isnin, 25 Januari 2016

#Blizzard2016 seliputi sebahagian besar Benua Amerika Utara


#Blizard2016 #BlizzardJonas #Snowzilla #Snowmaggedon


Angin kencang bawaan ribut salji Jonas telah melanda kawasan timur Amerika Syarikat pada lewat januari 2016, yang dimulakan apabila berlaku dua sistem tekanan udara yang rendah yang terbentuk disepanjang kawasan di negeri Virginia sehingga ke New England dengan membawa sejumlah salji yang amat tebal. Pada lewat tengah hari 23 Januari 2016, kadar penurunan salji dibeberapa kawasan telah menghampiri rekod tertinggi, selain keadaan tiupan angin taufan dikawasan persisiran pantai memyebabkan berlaku limpahan air yang menyebabkan banjir. Ribut salji berkenaan dijangka berterusan sehingga awal pagi 24 Januari 2016.

Imej VIIRS daripada satelit NPP Suomi (NASA)


Melalui data daripada Visible Infrared Imaging Radiometer Suite (VIIRS) melalui satelit Suomi NPP berjaya merakamkan sistem ribut salji berkenaan pada 2.15 a.m. Waktu Standard Timur (EST) (07:15 Universal Time) pada 23 Januari 2016. Ianya menggunakan kaedah VIIRS iaitu infra merah 'band waktu malam-siang' yang mengesan sebarang signal pencahayaan seperti cahaya di bandar, cahaya rembulan dan cahaya aurora. Melalui imej ini, taburan salji dapat dilihat berpandukan bayangan cahaya rembulan mengambang dipantulkan dengan kewujudan awan-awan manakala cahaya yang bersinar daripada bandar-bandar besar dikawasan pantai timur Amerika Syarikat.

Salji sehingga setebal 84 cm melanda Amerika Utara.


Jumlah taburan salji dianggarkan setebal 30 inci (76 sentimeter) sekurang-kurangnya di empat negeri, dan sekurang-kurangnya 12 inci (30 sentimeter) telah direkodkan di lapan negeri lain, dengan beberapa jam lagi sebelum ribut berakhir. Penurunan salji mencapai ketebalan setinggi 3 inci per jam, dan amaran ribut salji dikeluarkan disepanjang negeri Virginia sehingga ke Massachusetts sehingga 24 Januari 2016. Pada 23 januari sahaja, 33 inci (84 cm) ketebalan salji direkodkan di pekan Frederick, negeri maryland, 23.5 inci (60 cm) di Lapangan Terbang Dulles dan 16.2 inci (41.1 cm) di Muzium Kebangsaan, Washington.

Kawasan pertanian juga diliputu salji tebal. (AFP)


 Lokasi-lokasi yang terletak dikawasan persisiran pantai seperti kawasan pekan Norfolk, negeri Virginia merekodkan penurunan salji setebal se inci sehingga ke 2 inci. Angin kuat disepanjang kawasan persisir Lautan Atlantik menyebabkan air laut melimpah ke daratan, diburukkan dengan kejadian air pasang besar akibat fenomena bulan mengambang. Kombinasi ini menyebabkan limpahan air laut terutamanya dikawasan Cape May dan Ocean City di negeri New Jersey, dan pekan Lewes, Delaware dimana air naik sehingga mencapai 9.27 kaki.

Salji tebal menyukarkan pergerakan penduduk tempatan. (AFP)


Berpandukan kepada laporan-laporan berita portal tempatan, sekurang-kurangnya 8 orang telah terkorban dalam kejadian ribut salji berkenaan, dan ribuan yang lain terkandas samada didalam kenderaan masing-masing di lebuhraya negeri pennsylvania dan Kentucky. Sekurang-kurangnya, 9,500 jadual penerbangan samada dibatalkan ataupun ditangguhkan, memaksa pengguna untuk bermalam dibandar-bandar terbabit untuk semalam dua.

Lapangan terbang diselaputi lapisan salji tebal dari Ribut Salji Jonas. (twitter)



Sumber: http://earthobservatory.nasa.gov/IOTD/view.php?id=87385

Tiada ulasan:

Catat Ulasan