Selasa, 26 Januari 2016

Asia Timur, Utara Asia Tenggara Alami Sejuk Luar Biasa

Suhu sejuk luarbiasa telah melanda kawasan Asia timur sehingga merentasi ke kawasan utara Asia Tenggara. Daripada kawasan kepulauan Jeju, di Korea Selatan, Okinawa Jepun merentasi kawasan Taiwan, Hong Kong, Vietnam sehingga ke kawasan Bangkok, Thailand, suhu sejuk dapat dirasai jutaan penduduk di negara-negara terlibat.

Salji menyelubungi utara Vietnam. (AFP)


Bandar Okinawa, salah sebuah kepulauan di kawasan Jepun yang terletak dikawasan sub-tropika, telah diselubungi udara sejuk dan lapisan nipis salji. Kepulaitu yang terbesar di rantaian Ryukyu itu selalunya mempunyai suhu minima 19° celsius pada waktu musim sejuk dan 14°  celsius pada waktu malam. Pekan Okinawa tidak pernah diselubungi salji, namun pada waktu ini, kawasan yang berketinggian 100 meter dan keatas telah diselubungi salji, menjadikan suhu turun sehingga ke -5° celsius. Walaubagaimanapun, salji luarbisa itu pernah turun pada tahun 1952, 1964 dan 1977 di pekan Okinawa disebabkan luruan angin artik dari Siberia.

Penduduk bermain salji. (AFP)


Di kawasan utara Vietnam, dimana petani-petani sudah terbiasa menanam tumbuhan pertanian mereka dibawah suhu 11° celcius pada musim sejuk, lapisan salji telah menyelubungi tumbuh-tumbuhan pertanian penduduk tempatan yang ditanam dikawasan teres-teres. Gelombang sejuk yang sama dari arah selatan China turut menyelebuhngi kawasan Sa Pa, di wilayah Lao Cai pada ahad lalu,  yang menurunkan suhu dikawasan terbabit.

Salji nipis menyebungi kawasan utara Vietnam. (AFP)


 Selepas suhu yang separa panas pada hari khamis lalu, iaitu setinggi 21°  celsius, hari sabtu menyaksikan penurunan suhu yang drastik iaitu serendah 8°  celsius dikala waktu hujan, dan pada hari ahad, lapisan salji tiba lalu menyelimuti pekan bergunung-ganang tersebut. Ianya mencatatkan suhu dibawah 0°  celsius, dengan bacaan serendah -4°  celsius pada ahad malam.

Salji amat luarbisa di Okinawa, situasi sama juga berlaku di wilayah Lao Cai. Ianya tidak pernah berlaku sejak 30 tahun yang lalu. Selain itu, udara sejuk juga telah sampai sejauh ke barat dan selatan, dengan merentasi kawasan Laos dan Myanmar, sehingga ke ibu negara gajah putih, Bangkok, Thailand. Ianya merupakan musim yang sesuai bagi pelancong yang datang ke Bangkok kerana cuacanya ketika yang tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk tetapi cerah dan chilly.

lapisan salji di permukaan pokok bunga di Vietnam. (AFP)


Pada waktu siang di tengah-tengah kota raya Bangkok, suhu biasanya mencecah 32°  celsius dan serendah 23°  celsius pada waktu malam. Namun, pada ahad lepas, suhu jatuh sehingga ke 16° celsius. Pada pagi isnin, suhu maksimum direkodkan pada 20° celsius dikala cuaca mendung.

Di kawasan Taiwan, dilaporkan seramai 57 orang maut, yang kebanyakkannya warga emas, kerana cuaca sejuk mengejut yang melanda ibu negerinya, Taipei. Suhu jatuh mendadak sehingga ke paras 4° celsius di bandar Taipei, yang lazimnya mengalami cuaca sub-tropika dan diburukkan dengan kebanyakkan kediaman tidak dilengkapi dengan alat pemanas , yang menyebabkan ramai penduduk mengalami masalah jantung dan kesukaran bernafas.

Gelombang sejuk mengejut yang melanda Taipei ini telah menyebabkan 40 orang maut, sementara 17 lagi orang maut di kawasan New Taipei City akibat cuaca sejuk mengejut. Di Hong Kong, cuaca sejuk mengejut juga dialami negara yang rakyatnya sudah terbiasa dengan suhu sub-tropika . Lapisan nipis fros sejuk menyelimuti kawasan beraltitud tinggi melebihi 100 meter manakala orang ramai mula memakai pakaian yang tebal untuk melakukan aktiviti harian. Tiada pemanasan dalam rumah menjadi satu masalah kepada penduduk Hong Kong yang sebelum ini sudah terbiasa dengan suhu sub-tropika 32° celsius.

Angin sejuk terbentuk akibat luruan angin dari kawasan utara iaitu Siberia akibat fenomena Polar Vortex.

Sumber: Al-Jazeera, HMetro, Kosmo, MSN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan