Sabtu, 3 Mei 2014

Tragedi Tanah Runtuh Badakhshan, Afghanistan: Sekurang-kurangnya 350 Orang Dikhuatiri Tertimbus

Sekurang-kurangnya 350 orang dikhuatiri tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Badakhsan, Afghanistan.
Penduduk tempatan bersama-sama anggota keselamatan dan paramedik sedang berusaha mencari mangsa-mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh ini. - USA TODAY

Pihak berkuasa Afghanistan mengeluarkan kenyataannya hari ini sejurus selepas tragedi runtuhan tanah di kawasan Badakhistan menyatakan beratus-ratus penduduk sekitar dan anggota penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan penduduk yang terperangkap dalam kejadian itu, lapor USA Today hari ini.

Runtuhan boleh berulang

Abdullah Homayun Dehqan, ketua kawasan wilayah Badakshan memberitahu beratus-ratus penduduk tempatan bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas tragedi menyayat hati tersebut. Beliau selaku penggerak Agensi Penyelamatan Kebangsaan bagi kawasan Badakhshan juga memberi amaran bahawa kemungkinan terdapat runtuhan tanah yang lebih teruk boleh berlaku di masa hadapan.

350 Orang dikhuatiri tertimbus

Walaubagaimanapun, beliau tidak mempunyai jawapan yang tepat atau data rasmi berhubung jumlah sebenar mangsa yang terlibat, namun, pihak The United Nations (UN) menganggarkan sekurang-kurangnya 350 orang penduduk di kawasan lembah pergunungan itu telah terkorban, manakala 2,000 lagi dikhuatiri hilang. Pihak penyelamat kebangsaan Afghanistan sedang berusaha untuk sampai ke kawasan tragedi yang terletak di sebuah pekan terpencil di bahagian pengunungan timur laut negara berkenaan.

Memetik laporan agensi berita rasmi Afgahnistan Khaama Press hari ini, Ketua Polis bahagian Badakhshan, Fazluddin Ayar mengesahkan 250 orang terperangkap dalam kejadian yang berlaku di kawasan perkampungan Aab Khoshk. Lebih 300 buah rumah dianggarkan tertimbus dibawah tanah dalam kejadian yang berlaku 12.30 malam waktu tempatan tersebut.

Dukacita

Sementara itu, Presiden Barack Obama dengan penuh rendah hati melahirkan rasa dukacita berhubung kejadian tragedi berkenaan dan bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan dari negara kuasa besar berkenaan.

Kubur Besar

Menurut laporan Berita Harian hari ini, runtuhan tanah yang berlaku mungkin akan bertukar menjadi kubur besar apabila runtuhan berkenaan menyebabkan aktiviti menyelamat menjadi mustahil. Selepas 24 jam operasi menyelamat dijalankan, hanya 3 mayat berjaya ditemui dan 12 yang cedera berjaya diselamatkan. Pasukan menyelamat perlu mengorek sisa runtuhan kira-kira sedalam 10 meter.

Wilayah Badakhshan, Afghanistan.


Wilayah Badakhshan terletak di kawasan pergunungan Hindu Kush pada jujukan pergunungan Pamir yang berterusan hingga ke banjaran Himalaya dan bersempadan dengan China, antara kawasan paling terpencil di Afghanistan.

Aktif dengan aktiviti seismik

Dari segi geologi, rantau pengunungan ini diketahui mempunyai aktiviti seismik yang aktif akibat penyusupan benua India dibawah benua Eurasia yang menghasilkan banjaran Himalaya serta kawasan pergunungan disekitarnya. Selain itu, Kawasan tersebut pernah menjadi kawasan serangan ketika peperangan saudara dan juga kemasukan Amerika di Afghanistan pada tahun 2001.

Tragedi Tanah Runtuh Secara Ringkas

Secara umumnya, tragedi tanah runtuh telah menyebabkan kerugian berbillion dollar diseluruh dunia dan menyebabkan kerosakkan harta benda di seluruh dunia, menurut US Geological Survey,USGS. Untuk rekod, kebanyakkan tragedi tanah runtuh yang mencatatkan kematian paling ramai berlaku di Asia, dimana pada tahun 1920, 100,000 orang dilaporkan terkorban di China dan pada tahun 1949, dianggarkan seramai 12,000 hingga 20,000 orang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Tajikistan.

Sumber: USA Today, Khaama Press, Berita Harian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan