Rabu, 14 Mei 2014

Tragedi Letupan Lombong Arang Batu di Manisa,Turki : Beratus Mangsa Terperangkap

Sebuah letupan menggegarkan kawasan lombong arang batu di kawasan Manisa, barat Turki menyebabkan sekurang-kurangnya 201 pekerja maut dan cedera.
Pekerja lombong arang batu yang cedera dibawa keluar oleh pasukan penyelamat - Gambar Reuters.
 Menteri Tenaga Turki, Taner Yildiz menyatakan 787 orang pekerja berada dalam lombong berkenaan semasa kejadian letupan yang dipercayai bermula daripada litar pintas bekalan elektrik, BBC melaporkan. Pasukan penyelamat berhempas pulas sehingga ke lewat malam untuk mencari mangsa yang terperangkap, namun jelas Yildiz, harapan untuk menemui mangsa amat tipis.

Ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa yang setia menunggu berita terkini. -Gambar Reuters


Kawasan tragedi berlaku di Soma dalam wilayah Manisa, 450 km (280 batu) di barat kawasan pusat bandar Ankara. Yildiz mengesahkan ketika ditemubual oleh stesen TV Turki bahawa jumlah mangsa yang terkorban dan menyatakan lebih 80 yang lain mengalami kecederaan.

Penemuan ayah dan anak selepas operasi pencarian- Gambar AFP


Yildiz juga menjelaskan, mangsa yang terkorban kebanyakkannya disebabkan terhidu gas beracun karbon monoksida. Oleh itu, gas oksigen dipam masuk kedalam shaft (terowong bawah tanah) yang menempatkan mangsa-mangsa yang hilang. Turki pada masa yang sama mengisytiharkan 3 hari sebagai hari berkabung bagi menghormati mangsa-mangsa yang terkorban.

Punca tragedi masih disiasat namun dipercayai akibat arus litar pintas lalu menyebabkan berlakunya letupan kuat didalam shaft lombong berkenaan. Arus litar pintas juga menyebabkan kabel lif yang membawa pekerja lombong berkenaan naik ke permukaan dan turun ke shaft (terowong bawah tanah) juga tidak dapat digunakan.Mangsa yang terperangkap dilaporkan berada 2 km (1.2 batu) kawasan permukaan dan 4 km daripada pintu masuk lombong rang batu berkenaan.

Ibu mangsa yang hilang masih menunggu berita daripada pasukan penyelamat. -Gambar AP


Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menangguhkan lawatannya ke Albania selepas kejadian terbabit dan akan melawat kawasan Soma. Pemilik lombong berkenaan, Soma Komur Isletmeleri memberitahu, siasatan yang lengkap akan dijalankan berhubung tragedi berkenaan ketika "langkah keselamatan tertinggi yang telah diambil".

Sumber: BBC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan