Jumaat, 1 Oktober 2010

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Program Geologi, UKM

   Sambutan rumah terbuka Aidifitri 1431Hijrah bersamaan 2010 Masihi telah diadakan pada 1 Oktober 2010 bertempat di makmal Peta, Bangunan Geologi, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Bertemakan 'yang jauh kita didekatkan, Yang dekat kita eratkan' ini mengumpulkan seramai lebih kurang 150 orang yang terdiri daripada pensyrah, staf sokongan pelajar tahun 1, 2, 3 pelajar Master dan tidak lupa anak-anak yatim dari rumah anak yatim Darul Ruqayyah.
Lokaliti majlis
    Tentatif program bermula seawal pukul 3 petang lagi apabila majlis yang separa formal ini di mulai dengan bacaan doa dan ucapan ketua program, Prof. Dr Kamal Roslan Mohamed. Selepas itu, pelajar dibenarkan menikmati juadah yang tersedia di belakang sambil diiringi persembahan yang mengasyikkan. Antara persembahan yang  mengisi masa makan adalah persembahan dari pelajar tahun 1, 2 dan akhir sekali pelajar tahun akhir.
Sebahagian pelajar yang hadir.
  Antara juadah yang ada disediakan antaranya lontong, Sup ayam, kuih-muih, KFC,mee hoon, dan bermacam lagi jenis makanan yang enak-enak dan sedap disamping menepati mood raya itu sendiri. Selain juadah yang bermacam lagi pelbagai, hiasan lokaliti yang indah lagi mempersonakan membuatkan perasaan raya itu subur disepanjang majlis dijalankan.
Warna-warni Aidilfitri
   Sesungguhnya program-program sebegini mampu mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam selain memberi pendedahan kepada pelajar dari negara lain tentang budaya, adat dan kepelbagaian jenis makanan yang bermacam di negara yang berbilang kaum ini. Seperti temanya, maka tercapailah objektif sebenar program ini, walaupun tidak semua yang dapt turun, namun, cukuplah untuk mengumpulkan semua batch yang ada. Dapatlah juga pelajar-pelajar tahun 2 berkenal-kenalan dengan adik-adik tahun 1.
Pelajar geologi yang terdiri daripada paljar dalam negara dan juga luar.
    Semoga program-program sebegini dapat terus diadakan dari masa ke semasa. Akhir kata '1 Geologi, 1 Hati'
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan