Khamis, 28 Oktober 2010

Amukan Merapi I

 25 Oktober 2010
Tepat pukul 10.55 malam, sesampai sahaja aku di blok dari PTSL, dengan pening-pening lalat dek kerana lab petro yang belum dihantar, lab GS yang menghantui diri, final sedimen yang tiba-tiba diawalkan kepada dua hari depan (sudah diketahui seminggu yang lepas, asalnya 8 nov.) , tetiba tergerak hati untuk membuka laptop. Seperti biasa, laman sesawag FB menjadi keutamaan. Pada malam tu, aku rasa macam nak bukak lah pulak pak cik Google dan search 'Earthquake'.
   Tetiba, ak betul2 terkejut besar. Mengigil tangan. berpeluh seluruh badan. errr.....Gempa bumi kuat ...masa tu berukuran 7.5 pada skala richter, so ak, macam biasa, nak dapatkan kepastian, terjah USGS punyer web, kejadian berlaku tak sampai lagi sejam sbb kat map tu masih warna merah, huh....ade bukti....terus ak post kat wall aku, siap link USGS ngan tulisan yang sangat besar, menandakan bende tu amat amat amat penting..tapi malang sesangat...aku cume dapat 2 like kawan-kawan FB, tu pun yang bukan sejurusan dengan aku. sedihnyer.....aku x tau nak cakap ape. nak marah? nak persoalkan? aku tak de hak....aku nie 'org kecil' jer dalam tu....tp aku amat2 bersyukur....aku dikurniakan jurusan yang sehidup semati dengan jiwa aku, x pernah sekelumit pon rasa menyesal, niat aku cuma nak beri kesedaran kepada rakyat umum kat luar tentang pentingnya ilmu sains bumi nie dan bertindak secepat mungkin jika berlaku sesuatu kecemasan.
  Dan aku rasa tidak salah untuk post sesuatu yang berkait dengan proses ketamadunan manusia, nie lah salah satunye, bencana alam. Tapi sayang, tak ramai yang sedar. terkilan rasa hati. nielah aku post bende tu


GEMPA BUMI KUAT BERUKURAN **7.5** PADA SKALA RICHTER MENGEGAR KAWASAN KEPULAUAN MENTAWAI, INDONESIA, AMARAN** TSUNAMI** DIKELUARKAN


pastu aku update blog ke-2 aku, pasal gunung merapi sbb mase aku tengok2, check2, aku ader terbaca pasal peningkatan aktiviti seismik gunung teraktif kat Indonesia tu dgn gempa tu skali.

pas tu aku post birthday kat wall adik aku, dan tunggulah breaking news seterusnya, tp, ak hampa.
Sbb kurang orang update pasal gempa nie, kt twitter jerlah yg banyak.
last2 aku tido, dengan keadaan sedih yang teramat sangat.

26 OKTOBER 2010
  Pagi tu, aku update pasal Gunung merapi berbunyi

Sedang memantau aktiviti seismik Gunung Merapi | peningkatan lahar, tahap berjaga-jaga ke tahap merah dikuatkuasakan di sekitar Yogyakarta , Merapi boleh meletus bila-bila masa


dalam status nie, ade 7 orang like, tiada sebarang komen yang ditinggalkan. Aku sangat sedih, padahal kiteorang (bakal2 geologist) nie belajar bende2 sebegini. Kenapa dieorang tak minat nak tahu? atau aku yang lebih-lebih update? Fine!! aku time tu dah tak kisah dah dieorang nak cakap ape/ kutuk ape/ngata/ sindir...aku dah tak kisah...aku update bukan untuk menunjuk2 yang aku nie seorang sangat mengetahui bende itu atau aku berbangga. TIDAK!! TIDAK SAMA SEKALI!!! 
   aku sangat minat bidang nie. Gempa dan aktivit volkano lah yang membuatkan aku jatuh cinta dengan bidang geologi. sejak tahun 2004 lagi aku dah jatuh hati dah, cume aku tak tahu kos nie belajarnyer macam mane, bidang kerja n belajar tentang ape.Dulu mana ade tenet sangat tempat aku tuh....CC jer lah...tiap kali ade gempa, mak aku dah paham dah.....nie mesti kene melabur sikit, beli paper esok....
   tengah hari tu, aku tak update, sbb sibuk baca pasal sedimen, esok nak exam, 4 unit, besar sangat , petang baru update. Punyalah terkejut bila baca die die (merapi) bersiap sedia untuk meletus. Aku pun update laa status:

Mount Merapi Set to erupt!

---------------------------------------esok sambung. bye =)
Sambung cerita x abis....


lepas tu, sambung baca sedimen....huh..huh...
lepas pening2 baca sedimen yang banyak punyer tuh, cubalah search 'earhquake' balik....
Nak tahu..nak tahu...nak tahu...tenet lembab ar kat ptsl tuh....huh....
erkkk...TSUNAMI???!!  betulkah.....ape yang aku post tuh x sia2x lah.....kan2x..(Puas hati)..
mase nie masuklah berita-berita pasal kejadian gempa tuh...tp, bile aku check balik, rupanyaer dah naik, 7.7 pada skala richter....
ok, sangat besar untuk menghasilkan satu ombak besar yang boleh dikategorikan sebagai ombak pemusnah....
dan, aku menjumpai berita pertama, 10 buah kampung "hilang" dalam kejadian tersebut.


speechless.tak tau nak cakap apa.mana sistem amaran awal mereka?.mana perginyer segala pengalaman semasa menghadapi gempa 26 disember 2004 lepas?


dan, sejak dari hari ini, bermulalah susur galus mengepos bahan-bahan/maklumat2 dalam bencana gempa 7.7 dan tsunami di kawasan kepulauan mentawai, indonesia i FB.
pada masa yang sama, aku ada jugak check pasal gunung merapi yang dikatakan semakin aktif tuh....
wah, dah nak meletus!!!
dan bermulalah juga kehidupan aku untuk mengepos serta men'update' perkara-perkara yang memberi kepentingan kepada proses ketamadunan manusia ini, di FB.
tujuannyer, nak kite semua ambik iktibar dan mensyukuri dengan apa yag kita ada kini, usah banyak merungut, jangan banyak persoal itu, ini, untung negara kita, x kena bencana macam2, sepatutnyer kite makin bersyukur, bukan cakap 'padan muke' @ 'malas nak amik tau" @ " x der kene mengena dengan kehidupan kita"...
Ok, fine!!! mmg langsung x ader kene mengena dengan kehidupan kita, tp bila sampai masanyer, Allah nak bagi ujian kat kite, x kira waktu, x kira masa, time tu barulah nak bersyukur lah, nak kembali kpd kehidupan asal, sbb tu kita dituntut untuk bersyukur dengan setiap detik yang Allah dah bagi kat kita. Ok, dah, puas ak membebel. fullstop.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan