(1). Ketiadaan minggu belajar untuk semester ini.
(2). Cuti perayaan Deepavali ditambah (daripada 3 hari kepada 6 hari)
(3). Beberapa waktu peperiksaan dimajukan kehadapan.
Penulis agak terkilan,terkesima disaat pengumuman untuk membawa jadual peperiksaan yang berada pada posisi selamat dan selesa bagi pelajar tiba-tiba diubah waktu dan tarikhnya hanya gara-gara penambahan cuti sempena Deepavali. Bukanlah bersikap perkauman atau racist tetapi perkara sebegini tidak seharusnya berlaku.
Kerajaan kampus yang dipimpin dan diterajui oleh Aspirasi sepatutnya memikirkan kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada para pelajar. Pengumuman yang melibatkan kepentingan pelajar yang boleh membawa kepada rosaknya punca dan harapan tidak sepatutnya berlaku.Pihak Aspirasi sepatutnya memikirkan secara rencam tentang jadual pelajar lain yang sudah sedia padat pada hari-hari berkenaan. Adalah tidak patut bagi mereka untuk bulat-bulat menerima serta menggangguk sahaja apa yang dicadangkan oleh pihak pengurusan. Adakala mereka sendiri tidak faham situasi pelajar bagaimana.
Anda sebagai wakil pelajar seharusnya mewakili pelajar dalam segenap perkara, tidak kiralah samada ianya berpihak kepada pelajar mahupun Universiti. Diharap, selepas ini pihak PMUKM tidak mengulangi kesilapan yang sama jika mahu menang dalam Pilihan Raya Kampus akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan