Jumaat, 26 Mac 2010

Majlis Alumni dan Makan Malam Geologi UKM, 2010

Entri kali ini membawakan satu tajuk akhir semester yang cukup bermakna iaitu penganjuran sebuah program besar, iaitu Majlis Alumni dan Makan Malam Geologi, UKM 2010 bertempat di Hotel Equatorial, Bangi. 






Bertemakan 'Colurful of Life', program ini berjaya menyatukan hampir kesemua batch-batch rockaholic yang ada, sejak dari tahun 1974 hinggalah batch terakhir setakat ini, batch aku.Maknanya, semua yang hadir adalah bekas-bekas pelajar Geologi, UKM yang pernah bekhidmat atau pun pernah belajar di sini.


 Majlis ini sedikit sebanyak memberi panduan dan pengajaran yang berguna kepada pelajar tahun satu untuk mengendalikan tugas apabila mereka naik ke tahun dua kelak. Program ini juga dapat merapatkan hubungan antara batch2 yang sedia ada dan menjalin ukhwah serta mengenalkan batch-batch yang baru kepada alumni-alumni sekalian. Kami, selaku pelajar tahun 1, amat berbangga dan cukup teruja kerana dapat mengenali alumni2 yang ada yang ada sudah berpangkat besar dan bekerja di luar. kami juga amat berterima kasih dengan alumni2 yang sanggup datang ke majlis kami walaupun ada yang terpaksa pulang ke Malaysia semata2 untuk bertemu dengan adik2 program geologi sesi baru ini.
  Bertemakan '1 geologi, 1 Hati', program ini amat benar2 menjadi pencetus semangat pelajar tahun 1 untuk terus maju dalam bidang pengkajian geologi ini.


 Sejak mula kami masuk lagi, walau ada sesetengah yang masih tak faham tentang apa yang di katakan dengan 'geologi' itu, tetapi, setelah memasukinya, mempelajarinya dan memahaminya, kami rasa amat bersyukur kerana memdapat kos yang cukup menarik walaupun pada kefahaman semua, ianya bukanlah pilihan pertama. Perasaan jatuh cinta itu sudah mula terwujud dan terlintar didalam hati nurani.
  Pelajar2 tahun pertama sentiasa menyokong segala program yang dianjurkan oleh senior bagi mencari dan mendalami segala ilmu berkaitan pengurusan sesebuah majlis. Kami amat2 berterima kasih dengan pelajar tahun 2 kerana telah bersusah payah mengendalikan program 5 tahun sekali itu.

Semoga pa yang diharap iaitu, hubungan yangterjalin akan tetap bertahan sampai bila2...
  Program geologi telah mengajar kita tentang perilaku sejarah bumi yang telah tersingkap lebih berjuta2 tahun lamanya, dan sejarah inilah yang kita harapkan supaya dapat dipupuk ke hati masyarakat dan seterusnya dapat dipelihara supaya apa yang kita ada pada hari ini adalah khazanah yang paling bernilai yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.




Hubungan kekeluargaan kita untuk satu batch, diharap agar terus berkekalan dan tak akan terputus walau apa2 sahaja onak dan duri, gempa menggoncang atau dicincang2,,,kita adalah satu keluarga.


  kami semua bersatu terus membina kecemerlangan geologi untuk UKM.




1 Geologi, 1 Hati




sekian, terima ksih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan