Sabtu, 27 Mac 2010

Program Kepimpinan Dan Jejak Menara Gading (JMG) 2010


  
  Entri kali ini membawakan satu program menarik (simulasi sebenarnyer) KO-K, Pengucapan Awam iaitu program JMG '10, dimana kami bertandang ke sebuah sekolah iaitu Sekolah Vokasional Ampangan, Seremban (SMVAS), hanya beberapa puluh minit dari UKM.
  Penganjuran program ini adalah bagi memberi pendedahan awal tentang kehidupan di kampus, serta memberi peluang kepada pelajar sekolah ini mendalami ilmu pengucapan awam yang semua sedia maklum, amat penting lagi-lagi ketika temuduga. Ini bagi merealisasikan hasrat pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang berilmu serta mempunyai kemahiran bercakap dengan teratur dan tertib kepda khalayak selain ilmu2 teknikal yang dipelajari.


     Program selama 3 hari 2 malam ini amat bermakna bukan sahaja kepada pemimpin2 pelajar yang terlibat, malah fasilitator juga turut penting kerana markah mereka juga diambil! tetapi tidak mengapa, ini adalah sebahagian daripada pengalaman kita menjadi fasilitator.
program sebegini banyak meninggalkan kesan yang amat bermakna kepada barisan fasilitator sekalian.


  Semasa baru sampai ke sekolah berkenaa, di dalam gambar Huzaifah, coursemateku (kanan) dan Helmi (kiri).
Pelajar memulakan sesi pertama iaitu ice breaking dimana kumpulan2 akan dibahagikan kepada 11 kumpulan.
  Kembara Ilmu: para pelajar akan dibawa berjalan2 (bukan seronok2 yer) , bertujuan menguji tahap ketahanan fizikal dan mental dalam menjawab pelbagai soalan (bervariasi) sambil mata ditutup.
Sebahagian daripada peserta program ini.

Sebahagian Daripada fasilitator yang bertugas dalam menjayakan program ini
Pelbagai pengalaman suka dan duka terlakar sepanjang program ini berlangsung.
Aktiviti yang penuh dengan motivasi dan inovasi selaras dengan hasrat pelbagai pihak bagi melahirkan generasi berinovasi.


Pelbagai elemen Pengucapan Awam diterapkan bagi menjana insan yang praktis dan kritis. 

Dalam hidup ini, pelbagai cabaran terpaksa kita lalui bagi mencapai hasrat yang kita inginkan selama ini. Denda2 yang akan diberi jika membuat sebarang kesilapan.


Bersama memupuk semangat bersatu hati, bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain; resipi seorang pemimpin yang baik.
Sukan Juga adalah salah satu cara untuk melepaskan tekanan belajar dan seterusnya memberi peluang dan ruang kepada badan untuk memperolehi oksigen dengan kadar yang maksimum.


Yeah!! teruskan.....dah nak siap tu.....cuba lagi...cuba lagi...!!
Seni dan budaya amat perlu diterapkan dikalangan pelajar supaya tidak hilang ditelan zaman.


[antara sebahagian fasilitator yang sama2 berganding bahu menjayakan program ini]


                              

             


















[Terima kasih dan semoga bertemu lagi di lain masa, lain ketika, Insyaallah]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan