Jumaat, 19 Mac 2010

Sains Geologi

Entri kali ini membawakan sebuah penceritaan lengkap mengenai bidang pengkajian geologi serta perkaitannya antara satu bidang, dengan bidang yang lain..
  Geologi adalah kajian tentang bumi pejal. ia meliputi penyiasatan batuan yang membentuk bumi (Petrologi) dan cara ia teragih (Struktur batuan)dan juzuk-juzuknya (Mineralogi dan kristalografi).Geokimia adalah kajian kimia keatas batuan dan taburan unsur-unsur utama dan surih dalam batuan. Rangkaian batuan, dan mineral. Ini boleh membawa kepada pemahaman tentang bagaimana batuan tertentu terbentuk (Petrogenesis) dan juga dalam erti kata paling umum, kepada pengetahuan tentang kimia lapisan-lapisan atas bumi.
   Taburan batuan di permukaan bumi ditentukan secara melakukan survei geologi (iaitu, melalui pemetaan geologi) dan di rekodkan pada peta geologi. Maklumat tentang batuan ini ditindih di atas peta dasar topografi. Maklumat tentang sifat dan keadaan-keadaan fizik aras-aras bumi yang lebih dalam hanya boleh didapati melalui kaedah-kaedah khas, iaitu Geofizik, yang merupakan sains kembar geologi. Istilah 'sains Bumi' merangkumi kedua-duanya. Daripada teori, dan kaedah geofizik, satu set teknik-teknik (Geofizik gunaan) telah dibangunkan bagi tujuan penjelajahan taburan batuan pada aras-aras cetek di mana minat para ahli geologi dan ahli geofizik saling berkait.
  Pengetahuan tentang Bumi pada masa kini menimbulkan persoalan-persoalan tentang proses yang telah membentuknya pada masa yang lepas ; iaitu, tentang sejarahnya. pentaksiran lapisan-lapisan batuan sebagai sejarahnya. Pentafsiran lapisan-lapisan batuan sebagai sejarah bumi dinamakan Stratigrafi, kajian tentang proses-proses yang menghasilkan batuan sedimen dinamakan sedimentologi. Kajian fosil-fosil (Palaeontologi) berkait rapat dengan sejarah bumi, dan daripada kedua-duanya telah wujud kefahaman tentang perkembangan hayat di bumi. Pemahaman yang telah diperolehi, iaitu tentang jarak/tempoh masa yang bermua beribu-ribu juta tahun dahulu, mengenai asal mula kehidupan dan tentang evolusi manusia, adalah sumbangan utama geologi kepada falsafah saintifik dan pemikiran bahawa lelaki dan wanita adalah manusia yang berpengetahuan.


(Artikel di ambil dari 'Geologi untuk Jurutera Awam, A.C. Mclean C.C. Gribble, edisi Kedua)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan