Melihat kepada panorama di dunia ini, pernahkah terlintas di fikiran anda beberapa persoalan kejadian alam yang unik. Antaranya ialah bagaimana kewujudan pelbagai jenis batu pasir, granit, batu kapur, konglomerat dan pelbagai lagi. Gunung Himalaya menjadi gunung tertinggi di dunia, kenapa ia terletak di India dan ajaibnya pula adanya letupan gunung berapi yang sangat besar seperti di Karakatoa di Indonesia dan beberapa tempat yang aktif seperti di Filipina, Amerika Selatan, Kepulauan Sulawesi dan kenapa pula tiada atau hampir tiada gunung berapi di Afrika, India, Australia malah di Malaysia? Apakah itu gempa bumi, bagaimana tentang kekuatannya dan yang penting sekali adakah negara kita selamat dari gempa bumi yang kuat seperti di Kobe, Jepun.Selain itu persoalan tentang sumber-sumber alam seperti bagaimana tentang kejadian dan terdapatnya petroleum, emas, perak, intan, timah dan lain-lain bijih lagi turut menarik perhatian untuk difikirkan. Bagaimana pula tentang usia bumi ini? Adakah 20,000 tahun sahaja atau 10 juta tahun atau 1 ribu tahun atau lebih dari itu? Bagaimana tentang keadaan bumi ketika itu? Bagaimana tentang fosil, tentang binatang perkasa yang dipanggil dinasour dan pokok-pokok raksaksa, tentang kepupusan dan revolusi mereka dari zaman lampau sehingga kepada bentuk seperti keadaan sekarang. Sesungguhnya terlalu banyak lagi persoalan tentang kajadian alam yang unik ini dan tentunya ia manjadi cabaran dalam mendapatkan jawapan tentang persoalan yang menarik ini. Persoalan -persoalan in hanyalah sebahagian daripada pengkajian dalam bidang Geologi. Geologi diambil dari perkataan latin bermaksud 'Kajibumi' iaitu suatu cabang ilmu sains yang mengkaji tentang kejadian batuan, pergerakan kerak bumi, gunung ganang, serta kandungan bumi seperti bijih-bijih, emas dan permata serta seribu macam persoalan tentang bumi dan keunikannya. Ia menjadi semakin penting dewasa ini khasnya dalam mencari sumber-sumber baru dari bumi yang semakin terhad tapi keperluannya sangat mendesak seperti petroleum, keperluan air tanah, platinum, bijih-bijih perindustrian dan permata. Di samping itu, ia sangat perlu dalam kerja-kerja pembangunan sesebuah negara seperti bangunan tinggi, jambatan. terusan, empanagan, dan lain-lain agar kemusnahan besar dapat dielakkan. Ahli geologi juga sangat diperlukan dalam meramalkan kejadian-kejadian alam yang memusnahkan seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi yang jika berlaku melibatkan taruhan nyawa yang bukan sedikit. Persoalan mengenai geologi seterusnya lebih menarik jika dikaitkan bersama dengan kemungkinan-kemungkinan kejadian yang telah dan boleh berlaku di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Antaranya bagaimana terdapatnya dua banjaran yang besar iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Timur yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Dari batuan apa ia dibina dan kenapa pula ia menganjur dari Utara kes Selatan? Kenapa pula diantara dua banjaran ini, terdapat suatu kawasan yang agak luas yang sangat kaya dengan emas seperti Raub dan Bukit Koman di Pahang di antaranya sehingga 6.0 hingga 10.0 gram per tan dari batuan yang dilombong. Begitu juga di timur Semenanjung Malaysia yang bukan sahaja kaya dengan emas seperti di Lubuk Mandi dan Penjom, Kuala Lipis Pahang malah luar pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang sangat kaya dengan petroleum yang bernilai tinggi yang sekarang menjadi salah satu sumber kakayaan negara. Bagaiman tentang kejadian Kondominium Highland Towers yang runtuh, kejadian runtuhan lumpur di jalan Genting Highland dan akhir-akhir ini tentang runtuhan batuan yang memenuhi di Kilometer 21.8 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Bukit Lanjan. Bagaiman tentang gempa bumi di Malaysia dan jika berlaku gempa bumi di Sumatera yang dijangkakan boleh mencapai sehingga 8.5 pada skala Ritcher sahaja. Bagaimana pula tentang gunung berapi di Malaysia?. Tapi antara persoalan menarik tentang Semenanjung Malaysia sekarang ialah benarkah bahawa Timur Semenanjung Malaysia yang meliputi Pahang, Terengganu dan Kelantan dan sebahagian Johor adalah dari benua yang berlainandan bertemu dengan Barat Semenanjung Malaysia pada suatu masa jutaan tahun dahulu dan apakah bukti-bukti yang menyokongnya? Atau adakah Malaysia dahulunya dipanggil Gondawanaland dan kemudiannya hanyut ke tempat di mana ia berada sekarang? Inilah antara pelbagai persoalan geologi yang menarik di Malaysia yang boleh kita fikirkan bersama jika terdapat asas geologi di minda kita dan ini semua dapat diperolehi dengan mendapatkan bacaan tentang geologi yang banyak terdapat di pasaran ataupun perpustakaan. Di Malaysia keperluan kepada pengetahuan dari ahli geologi semakin mendesak sedangkan negara hanya mampu mengeluarkan tidak sampai 30 orang geologi setahun. Keperluan ini boleh dicapai jika dapat ditanamkan minat kepada pelajar-pelajar pada masa persekolahan lagi dan bikannya setelah menjejaki menara gading. Kemungkinan sekarang, ramai pelajar tidak pernah mendengar apatah lagi memahami apa itu Geologi. Tapi hanya mendapat sedikit gambaran tentang dimosour dari filem "Jurassic Park" sedikit masa dahulu. Jadi terpulanglah kepada kamu semua khasnya generasi muda untuk mendalami tentang geologi bumi dan negara kita dan seterusnya mamahami dan mencari jawapan persoalan-persoalan menarik bukan sahaja tentang persoalan diatas mahalan terdapat banyak lagi persoalan misteri di dalam bidang Geologi-nahrafqifah@http://kgum.tripod.com/koleksi_artikel/artikel_01.htm | |||||||
Encourage People to concern about earth for the next generation | Membangunkan perasaan kecintaan Masyarakat terhadap misteri alam untuk generasi akan datang.
Sabtu, 2 Januari 2010
Geologi satu bidang pengkajian yang menarik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan