Rabu, 27 Januari 2010

Kemeriahan PRK di UKM


 28 januari 2010, hari yang cukup ditunggu2 oleh seluruh warga kampus apabila Pilihan Raya kampus (PRK) akan berlangsung. Serentak di 4 Universiti utama iaitu UM, UKM, UTM dan USM, PRK kali mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila berlangsung dalam keadaan yang cukup2  berbeza dari tahun yang sebelumnya. Fokus utama kali ini tertumpu pada Universiti kebanggaan rakyat Malaysia, UKM sebagai peneraju kepada asas pembangunan modal insan yang cemerlang. Demi menjadikan ekosistem kampus UKM sebagai Ekosistem ilmu yang menjadi wadah kepada perjuangan warganya.
   Pelbagai isu dan masalah turut di bangkitkan oleh kebanyakan calon yang bertanding baik calon UMUM mahupun calaon Fakulti, antaranya Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG), yuran Kolej, kemudahan awam di kolej, masalah penggunaan bahasa di kampus dan pelbagai isu di bangkitkan selain ragam2 ahli2 yang cukup setia pada perkumpulan mereka.
Antara Fakulti yang menyaksikan Pertandingan ialah :
Fakulti Sains dan Teknologi(FST)
Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (FKAB)
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (FSSK)
Fakulti Undang-Undang (FUU)
Fakulti Pendidikan (FPEND)
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) 
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP)
 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM)
Fakulti Farmasi

Manakala Fakulti pengajian Islam Menyaksikan Calon Menang tanpa bertanding.


Hari Ini, bermula dari Pukul 8 pagi, pusat pengundian akan dibuka di seluruh kolej di Kampus Induk Bangi mahupun Kampus KL dan Kampus Cheras.Antara Kolej2 dan kawasan yang menjadi Lokasi pembuangan Undi iaalah:

Kolej Dato Onn (KDO)
Kolej Tun Hussien Onn (KTHO)
Kolej Ungku Omar (KUO)
Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) 
Kolej Ibrahim Yaakub (KIY)
Kolej Aminuddin Baki (KAB)
Kolej Rahim Kajai (KRK)
Kolej Antarabangsa Ibu Zain(KAIZ)
Kolej Keris Mas (KKM)
Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) -kampus KL
Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)-kampus Cheras
Kolej Pendeta Za'ba (KPZ)
Pusanika-bagi pelajar yg menetap di luar kampus.


Keputusan Pula dijangka diketahui selewat2 nya malam ini dengan Pusanika menjadi fokus seluruh siswa UKM utk mengetahui siapa yang akan mengemudi tampuk pemerintahan akan datang.
Nota kaki; JOM mengundi!!!!!! reramai Tururn Kolej mengundi calon pilihan anda, yang boleh membuat kerja......yang menjaga kebajikan Mahasiswa....dan terus maju!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan