Ahad, 17 Januari 2010

Program Geologi, UKM

Geologi merupakan rangkai kata yunani 'geo' yang bermakna Bumi dan 'logos' yang bermakna ilmu.Ilmu tentang bumi ini merangkumi asal mulanya, kandungannya, serta sejarah perkembanganya. Daripada bidang yang deskriptif dan bersifat falsafah, geologi memadukan pengetahuan matematik, kimia, fizik dan biologi untuk sampai kepada fungsinya yang utama dan dinamik iaitu mencari sumber bumi (air, tanah, mineral logam, petroleum mentah, gas asli, mineral radioaktif dan bahan binaan) yang diperlukan untuk membangunkan peradaban manusia. Kini geologi moden, lebih di kenali sebagai geosains, memperluaskan cakupannya daripada geologi ekonomi dan geologi petroleum ini kepada geologi kejuruteraan. Ahli geologi kini berkerja seiring dangan jurutera awam dan geoteknik dalam menyediakan maklumat geologi supaya pembinaan insfrastruktur yang besar-besar seperti empangan, jambatan, bangunan pencakar langit dan lapangan terbang selamat dan bersifat jimat kos. Ahli geologi melalui bidang geologi sekitaran mengkaji penyebab geobencana seperti tanah runtuh, aliran lumpur, gempa bumi,tsunami, gunung berapidan seumpamanya dan mencari jalan mengurangkan kerosakan dan membina sistem amaran.


  Semenjak tahun 2000, bilangan pelajar yang memilih untuk mengikuti Program Geologi bertambah secara mendadak. Secara purata pengambilan 70 pelajar bagi setiap sesi pengajian.Program sedia ada yang menawarkan Ijazah Sarjanamuda Sains Geologi (Geologi) berdiri atas 129 jam kredit notional. Meskipun objektif program adalah menyediakan ahli geologi yang bersedia untuk menceburi mana-mana bidang bidang utama iaitu geologi petroleum, geologi perlombongan, dan geologi kejuruteraan, sedikit kebebasan diberi kepada pelajar memilih bidang yang mereka minati melalui tujuh pakej. Pakej ini membolehkan pelajar berbeza sebanyak 6 jam kredit daripada rakan mereka dari pakej yang lain.Kursus-kursus pakej ini diberikan di tahun tiga pengajian. Pakej-pakej tersebut adalah:


  -GEOLOGI TULEN
    -GEOLOGI PETROLEUM
    -GEOLOGI PERLOMBONGAN
    -GEOLOGI KEJURUTERAAN
    -GEOLOGI KUARTENER
    -GEOLOGI SEKITARAN
    -GEOLOGI PEMULIHARAAN DAN PELANCONGAN




(Artikel di atas dipeti daripada Buku Panduan Prasiswazah, Fakulti Sains dan teknologi, sesi Akademik 2009-2010)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan