Ahad, 13 September 2015

Kepentingan Penjelajahan dalam Pencarian Mineral.

Sebuah program penjelajahan yang kompeten, komfrehensif dan effektif merupakan elemen terpenting dalam sesebuah pelan bisnes pengeluar bagi memastikan kemaslahatannya (survival). Menurut kajian terkini yang dijalankan oleh sekumpulan konsultan ternama mencadangkan aktiviti yang paling asas ini semakin berkurangan seiring dengan daya tahan ekonomi semasa global.
 
Menurut kajian, yang dikeluarkan oleh Boston Consulting Group (BSG) pada lewat bulan Jun dibawah tajuk 'Tackling the Crisis in Mineral Exploration' menyatakan daripada tahun 2010 hingga 2013, jumlah penemuan-penemuan telah menurun kepada lebih separuh. Kajian juga menggangarkan jumlah purata kos bagi penjelajahan logam base (Base Metal) menghampiri tiga kali ganda iaitu $23 million pada 1980 hingga 1989 kepada $64 million pada tahun 2000 hingga 2009.
 
Alexander Koch, rakan kongsi BCG merangkap penulis kajian berkenaan memaklumkan, krisis dalam aktiviti penjelajahan mineral telah diketepikan oleh pemain-pemain industri perlombongan. "Sejak pengakhiran kepada penemuan-penemun sumber baru, kebanyakkan syarikat-syarikat perlombongan kini menumpukan fokus kepada tahap pengeluaran dan mengurangkan kos bagi aktiviti penjelajahan, yang akan mengganggu proses meningkatkan nilai rizab dan sumber baru".
 
Penemuan mineral, menurut Koch, adalah kunci utama kepada nilai sumber yang unggul kepada pemegang saham. "Penurunan harga logam telah menonjolkan kepentingan sesuatu penemuan mineral - khususnya dalam aktiviti lapangan hijau (greenfield)- sebagai sumber deposit bernilai tinggi yang boleh menjadi sumber kewangan kepada sesebuah kitaran komoditi dalam pasaran.
 
Peningkatan kepada kos aktiviti penggerudian hanya sebahagian kecil sahaja yang menonjolkan krisis ini. Untuk lebih mendalami situasi semasa, BCG menyatakan mereka telah bekerjasama dengan enam individu yang telah menemui jasad-jasad bijih terkemuka dunia seperti Minera Escordida di Chile, Oyu Tolgoi di Mongolia, dan Olympic Dan di Australia. Menurut BCG, krisis yang berlanjutan ini bukanlah berpunca daripada faktor dalaman seperti geologi, ekonomi sesebuah industri dan juga bukan faktor makroekonomi yang lain.
 
Tambahan pula, terdapat empat kriteria penting dalam usaha menangani masalah ini iaitu: strategi penjelajahan (pendekatan terbaik dalam menentukan jasad bijih), pengurusan sesuatu penjelajahan (penentuan dalam menjalankan asas-asas penjelajahan), inovasi (pendekatan berbeza dengan menggunakan teknologi terkini), dan pembangunan bakat & pengurusan pekerja.
 
Strategi Penjelajahan adalah perkara asas dalam sesebuah aktiviti penjelajahan, namun biasanya tidak dipandang serius. Strategi penjelajahan menuntut sebuah usaha pengoperasian ke arah mencari jasad bijih, contohnya, memilih deposit-deposit bijih yang besar kerana ianya target yang mudah atau menentukan sela yang terbaik dan jumlah lubang gerudi atau kadar kedalaman sesuatu aktiviti penggerudian.
 
Pengurusan Penjelajahan menjadikan sesebuah pemain industri yang berjaya dalam sesebuah aktiviti penjelajahan secara efektifnya dapat menentukan sumber aktiviti penjelajahannya, selain berjaya menentukan cara terbaik dalam kerjasama dengan majlis kerajaan tempatan yang dikuasakan disesuatu tempat.
 
Inovasi bermakna mencari idea baru dan menyesuaikan kaedah terkini berkenaan, memfokus kepada penjelajahan dan juga kaedah terbaik dalam pengekstrakan sesuatu jenis bijih. Teknik-teknik berkenaan mestilah berupaya mengurangkan kos-kos penjelajahan dan juga kos pengeluaran seiring pasaran yang kompetitif.
 
Kajian juga menyatakan terdapat dua kaedah teknologi baru -peranti 3-D seismologi dan magnetotellurik (magnetotellurics)- peningkatan bagi kedalaman yang boleh di akses dengan menggunakan kaedah penderiaan jauh (remote sensing) daripada kadar biasa pada kedalaman 500 m sehingga beberapa kilometer.
 
Selepas pencapaian dalam industri minyak dan gas, 3-D seismologi kini telah digunapakai dalam mencari target batuan keras. Kaedah Magnetotelluris pula bergantung kepada aliran elektrik semulajadi bumi, atau, telluric, kini digunakan untuk menyukat tahap pengaliran aliran elektrik dalam batuan daripada permukaan bumi sehinggalah kedalaman beratus kilometer.
 
Teknik terbaru sistem Airborne Electromagnetic (AEM) juga telah mengubah bagaimana kaedah para penjelajah memburu mineral-mineral berharga. AEM menggunakan transmiter pesawat udara dan penerima untuk menghasilkan imej 3-D bagi menentukan kekonduktivitian bagi sub-permukaan  dan boleh memetakan sesebuah kawasan dengan pantas. Ianya memberi maklumat yang terperinci seperti jenis batuan, termasuklah mineral sulfida berkonduktif tinggi.
 
Pengembangan bakat dan pengurusan pekerja memerlukan usahasama kearah mengembang, memperkuatkan dan memantapkan skill-skill yang betul termasuklah memantapkan nilai modal insan dalam sesuatu kumpulan, pengalaman serta daya tahan diri. Kajian daripada pakar-pakar penjelajah mencadangkan kadar aktiviti penjelajahan akan terbantut jika sesebuah syarikat mengubah pendirian daripada mengembangkan bakat ahli geologi muda dan mengupah ahli geologi secara kontrak untuk jangkamasa tertentu untuk sesuatu projek sahaja.
 
Bagi ahli geologi, penjelajahan mineral menjadi satu bidang yang mempunyai risikonya yang tersendiri. Mereka dilihat mempunyai dua pilihan: samada bekerja untuk kontraktor, ataupun mereka berkhidmat kepada syarikat. Untuk mengoptimasikan penjelajahan, menyahut cabaran produktiviti dan meningkatkan nilai jangka panjang dalam penjelajahan dalam bidang korporat, pemain-pemain industri perlombongan seharusnya  menerapkan pendekatan secara tersusun dalam kesemua empat kriteria berbeza ini.
 
"Salah satu kunci utama adalah setiap pemain industri boleh meningkatkan kualiti penjelajahan mereka. Harus diingat, memburu jasad bijih bukanlah mengenai nasib semata-mata, dan kejayaan bukanlah sesuatu yang tidak dijangka" tambah Koch.
 
Sumber: "Study Points at Crisis in Mineral Exploration", pg. 74, E&MJ, August 2015, Engineering And Mining Journal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan