Kebiasaannya, taufan yang melanda kawasan lautan Pasifik terbentuk secara bersendirian. Kadang-kadang, ianya boleh terbentuk secara sepasang. Namun, berpandukan kepada ahli meteorologis, bulan Ogos 2015 melakar satu lagi sejarah tersendiri apabila tiga taufan dalam kategori 4 secara serentak dan berjujukan pada kawasan tengah dan timur lautan Pasifik.
Taufan Kilo, Ignacio dan Jimena dirakam hampir sebaris dilembangan Pasifik. |
Gambar yang dijana data-datanya menggunakan peranti Visible Infrared Imaging Radiometer Suite (VIIRS) yang terdapat pada satelit Suomi-NPP ini merupakan pandangan waktu siang dan waktu malam Taufan Kilo, Ignacio dan Jimena (dari barat ke timur). Peranti VIIRS "band siang-malam" berjaya mengesan cahaya pada panjang gelombang daripada hijau hingga ke hampir infra-merah, dan menggunakan cahaya intersifikasi yang membolehkan gelombang dikesan walaupun pada signal yang lemah.
Cahaya bulan yang terhasil merupakan salah satu kelebihan terhadap imej waktu malam, yang diambil antara pukul 11:30 malam dan 3 pagi waktu standard Hawaii (sekitar pukul 9:30 hingga 13:00 Waktu Universal pada 30 Ogos 2015). Pada masa berkenaan, kesemua ketiga-tiga taufan berkenaan berada pada taufan kategori 4- ranking kedua tertinggi dalam Skala Kekuatan Taufan Saffir-Simpson.
Taufan Kilo (kini ribut Kilo) mempunyai kekuatan angin sehingga 215 kilometer per jam (135 batu per jam), berdasarkan kepada nasihat yang dikeluarkan oleh Pusat Taufan Tengah Pasifik. Ribut yang membawa angin kencang itu sedang bergerak ke arah utara-baratlaut, dan tidak mempunyai sebarang ancaman di kawasan daratan.
Walaubagaimanapun, Taufan Ignacio (kini ribut tropikal Ignacio) mempunyai persamaan dari segi kelajuan angin iaitu dicerap pada kelajuan 220 kilometer per jam (140 batu per jam). Taufan ini walaubagaimanapun, bergerak berdekatan dengan pulau utama (big island) kawasan Kepulauan Hawaii dan berpotensi menghasilkan kerosakkan harta benda awam dan kemalangan jiwa.
Berlainan pula dengan Taufan Jimena, taufan yang terbentuk dikawasan paling timur antara ketiga-tiga buah taufan itu, membawa kekuatan angin maksimum 210 kilometer per jam (130 batu per jam), menurut data yang dikeluarkan oleh Pusat Taufan Kebangsaan.
Imej kedua diatas menunjukkan keadaan ribut selepas 12 jam kemudian, semasa waktu siang. Imej berwarna semulajadi yang dijana dalam bentuk mosaic, diambil oleh peranti VIIRS antara jam 11 pagi hingga 2 petang waktu Hawaii Standard pada 30 Ogos (21:00 dan 00:00 Waktu Universal pada 30 hingga 31 Ogos).
Perbandingan imej dibuat bagi mengetahui arah pergerakan atau laluan bagi setiap taufan. Kawasan yang bersinar cerah didalam gambar pada waktu siang adalah kesan pantulan cahaya matahari dari kawasan lautan.
Sumber: http://earthobservatory.nasa.gov/IOTD/view.php?id=86512&src=fb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan